Kuih Ketayap @ Lenggang
3:19 PTG
Kalau disebut kuih ketayap, memang orang di tempat Amie tak tahu.... tapi kalau disebut kuih lenggang, bermakna kuih ketayaplah tu!
Jom minum petang dengan kuih ketayap @ lenggang di dapur Amie.
Kali ini rajin sikit nak buat kuih lenggang sebab gunakan jus daun pandan, jadi warnanya taklah hijau sangat. Nak lebih hijau nanti lain pulak rasanya.... Intinya pula warna lebih gelap sebab Amie bubuh campuran gula melaka dengan gula merah.
Bahan A : Inti
2 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula melaka ( yang telah dipecahkan kecil-kecil) & 1/2 cawan gula merah- larutkan bersama 1 cawan air
secubit garam
sehelai daun pandan - disimpul
Bahan A: Kulit Ketayap @ Lenggang
2 cawan tepung gandum
300 ml susu segar
1 biji telur
secubit garam
3 sudu makan minyak canola (minyak jagung atau minyak masak lain pun boleh)
1/2 cawan air pandan - dikisar dan ditapis dari 4 helai daun pandan
Cara:
1. Masukkan semua Bahan A termasuk kelapa parut, secubit garam dan daun pandan ke dalam larutan air gula melaka.
2. Panaskan di atas api sederhana.
3. Kacau sehingga semua bahan sebati dan menjadi melekit.
4. Tutup api dan ketepikan.
5. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Tuangkan susu segar bersama secubit garam dan kacau rata.
6.Masukkan telur dan minyak,dan terus gaul sehingga adunan menjadi sebati. Sekiranya adunan agak kental, masukkan sedikit air.
7. Tambahkan air pandan dan kacau lagi. Jika adunan agak berketul, tapiskan.
8. Panaskan kuali (kuali non-stick adalah pilihan terbaik - jika ada), letak sedikit minyak dan tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali dan lenggang-lenggangkan supaya menjadi bulat.
9. Biarkan masak di antara 1-2 minit dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama kerana akan mempengaruhi warna kulit ketayap.
10. Angkat kulit ketayap dan bubuh inti. Lipat kedua-dua belah tepi kulit dan gulung.
Kuih ketayap @ kuih lenggang ni kalau kena cara buatnya memang sodap!!! |
3 comments
suka-suka, tapi masa makan buang inti...hehehe
BalasPadamMemang tengah cari-cari resepi inti kelapa ni..inti tu nampak sedap sangat
BalasPadamterus rasa lapar Amie..sedap kuih ketayap tu kan
BalasPadam