Kuih Lopes
9:54 PTG
Masih ingat tak lagi dengan Kuih Lopes? Kuih tradisi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas itu. Sayangnya sekarang susah nak jumpa kuih lopes yang betul-betul asli. Mungkin kekangan masa yang menyebabkan keadaan jadi begitu. Kalau dulu, Amie rasa sedap sangat ketika menikmatinya terutama rasa air gulanya yang agak pekat dan harum dengan aroma pandan, tapi sekarang air gulanya agak cair. Dan satu lagi warna kuih lopes pun lebih hijau sebab kita lebih suka memilih pewarna berbanding membuat air daun pandan untuk dimasak bersama beras pulut.
Dah puas membebel di atas tu.... kononnya Amie nak paparkanlah Kuih Lopes yang 'agak' asli sedikit ni he heheh.... Amie gunakan jus daun pandan dan nampaklah warna hijau pucat Kuih Lopez itu kan. Air gulanya pula Amie gunakan gula merah yang dimasak bersama sehelai daun pandan sehingga agak pekat.
Resepi : Kuih Lopes
Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
4 helai daun pandan - kisar dengan 1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 cawan kelapa muda parut - gaul dengan secubit garam
daun pisang
tali rafia
Bahan untuk air gula:
1 helai daun pandan
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
Cara:
1. Rendam beras pulut selama 2 jam.
2. Toskan beras pulut, dan
kemudian satukan dengan santan cair, garam dan air pandan dalam periuk. Masak seperti
anda menanak nasi.
3. Gulung pulut dalam daun pisang menjadi bentuk silinder. Padatkan dan
ikat dengan kemas menggunakan tali rafia.
4. Kukus selama 20-25 minit.
5. Keluarkan dari periuk pengukus dan biarkan sejuk.
6. Potong pulut tadi dengan menggunakan
benang yang diregang.
7. Gaulkan dengan kelapa parut.
8. Kuih lopes sedia dihidangkan
bersama air gula.
Alangkah nikmatnya kalau dapat makan dengan air gula kabung!
4 comments
dh lama tak mkn kuih lopes..suka sgt..klu zaman knk2 dulu mama yana slalu bt sbb dia tahu ank2 dia suka..huhuu tibe2 rs nk blk kg jee ^__^
BalasPadamselalu beli jer x pernah buat sendiri, tapi benci sangat kalau dapat pulut yg keras...
BalasPadamsuka sangat kuih ni..kalau disejukkan dalam peti ais sebelum dimakan,laagi best
BalasPadamDah lama tak makan kuih lopes asli nie....MA dan anak2 juga suka dengan kuih lopes nie...apatah lagi kalau dibuat sendiri...air gulanya pasti pekat. MA memang suka guna gula kabung bila membuat air gulanya....
BalasPadamMemang terbaikkk..