Sambal Bawang
2:55 PTG
Kongsi menu ringkas di hari minggu.... Sambal Bawang!
Pernah makan Sambal Bawang seperti dalam gambar di bawah ini?
Kalau belum pernah, apa kata kita cuba resepi yang Amie kongsikan di bawah ini.
Beberapa tahun yang lalu, ada seorang insan mengirim sambal seperti ini melalui seseorang untuk disampaikan kepada Amie. Rupanya keluarga sebelah Encik Suami yang kirim, tapi Amie tidak mengenalinya. Amie bawa pulang dan tunjukkan pada Encik Suami, dan bila Amie tanya Encik Suami tak tahu pula apa nama kiriman itu. Amie rasa teruja ingin mencubanya, dan hairan juga melihat bawang merah yang dihiris kasar masih jelas utuh, tapi Encik Suami kata memang begitulah rupa sambal yang dia tak tahu namanya tu.
Berdasarkan rasa dan ingatan terhadap sambal itu, Amie pun cuba buat sendiri, tapi Amie belah-belah bawang merah, dan bukannya hiris-hiris kasar.
Sambal Bawang yang Amie buat ini tidaklah pedas sangat rasanya sebab Amie bubuh sedikit saja cili padi. Amie lebihkan belacan, dan kalau boleh gunakan belacan yang kurang masin. Amie gunakan belacan Papar. Bawangnya pula Amie gunakan bawang merah saiz kecil. Boleh belah 2 atau belah 4. Kalau mahu Sambal Bawang tahan beberapa hari tanpa disimpan dalam peti sejuk, lebihkan sedikit minyak semasa menumis. Tapi.... Sambal Bawang ni sebenarnya tak tahan lama mana pun kalau dah dihidang atas meja makan!
Resepi : Sambal Bawang
Bahan-bahan:
300 gram bawang merah saiz kecil - kupas dan belah 2 atau 4
1/2 cawan gula melaka (sudah diparut)
1 sudu teh pati asam jawa
1/2 cawan minyak
1 sudu teh garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
20 biji cili padi - boleh tambah jika suka pedas
7 ulas bawang putih
3 sudu makan belacan (sukatan jika dihancurkan)
Cara:
1. Panaskn minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan gula melaka, pati asam jawa, dan bawang merah.
3. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.
7 comments
Assalamualaikum kak Amie. Lama betul Sue x blogwalking.. Rindu plak nak komen2 ni. Sambal Bwg ni biasa sgt mkn. Tp x,tau plak namanya sambal Bwg kak. Biasa Kalo tumis sambal ni mmg letak Bwg beso byk. Sedap mkn dgn nasi panas n ikan goreng ja. Mmg x tahan simpan lama lah sbb Cpt sgt habis. Hehee
BalasPadamMenarik nya...boleh cuba ini
BalasPadamsalam k.amie….cam sedap juga ni. makan dgn nasi panas & ikan goreng. jgn lupa ulam timun….wah, dah blh bayangkan ni k.amie…tapi kat rumah ni ros je hantu bawang (mmg suka makan bawang lalu2 dlm gorengan daging ke @lain2)….btw rupa ada iras2 acar buah kan…emmmph menarik la
BalasPadammenarik untuk dicuba..
BalasPadamTq amie nk cuba sekarang jugak
BalasPadamIbh_Sue,
BalasPadamwaalaikumussalam...... saya bubuh aje nama Sambal Bawang sebab banyak bawang yang masuk hihihiiii. Memang tak tahan lama ni... kejap je licin!
Cheq Da,
silakan... pasti menjadi.
Rostina,
betul tu makan dengan nasi panas dan ikan goreng je pun dah cukup sedap. Timun tu buat pelengkap....mmmmmmabeles!
Nasa,
BalasPadamsilakan Nasa... simple je.
CikManggis,
silakan.... buat lebih sikit ye...