Roti Jala @ Roti Renjis @ Roti Kirai @ Roti Sorai & Kari Daging
7:39 PTG
Dah macam-macam nama untuk kuih yang satu ini. Belah Encik Suami panggil roti renjis. Amie biasa dengan nama roti jala. Kawan-kawan pulak kata roti kirai. Ada pula yang betullkan.... jadi roti sorai!
Kalau kakak ipar buat roti renjis (sebutan mereka), dia campur dengan santan kelapa. Mmmmmmm ..... sebenarnya tak cukup 3 cawan tepung gandum yang Amie buat! Habis semua dengan kari daging 700 gram!
Jom kita main renjis-renjis tepung, tebar-tebar jala di dapur!
Resepi : Roti Jala
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 cawan air
2 biji telur
secubit garam
minyak
setitik pewarna kuning
setitik pewarna hijau
Cara:
1. Campurkan tepung gandum, air , telur dan garam ke dalam mangkuk.
2. Adun hingga sebati dengan menggunakan whisker. Tapis.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian adunan.
4. 1 bahagian titikkan dengan pewarna kuning dan 1 bahagian lagi titikkan dengan pewarna hijau. Kacau sehingga warna sebati dengan adunan.
5. Masukkan adunan ke dalam botol acuan bermuncung 3.
6. Lengserkan sedikit minyak di dalam kuali. Mulakan aktiviti 'menjala' dalam kuali.
7. Biarkan sehingga roti masak dan tak petlu diterbalikkan. Keluarkan dari kuali dan lipat serta gulung ikut cara & kegemaran masing-masing.
Untuk pencicahnya pula, Amie sediakan Kari Daging. Masya Allah.... sedapnya hingga tak terkata! Apa Amie pedulik orang kata kita angkat bakul sendiri... memang sangat sedap! Amie bubuh bawang besar & tomato banyak-banyak! Dan satu lagi, Amie tambahkan bancuhan air asam jawa, sebab keluarga sebelah suami memang bubuh air asam dalam masakan kari daging. Dan sebenarnya Amie telah beberapa kali masak gunakan resepi ini untuk kari daging rusa di rumah adik ipar dan ruah kakak ipar semasa kenduri. Hasilnya..... mmmm ... boleh cuba sendiri! Kita tengok resepinya di bawah ini.
Resepi Kari Daging
Bahan - bahan:
700 gram daging lembu - potong ikut saiz yang disukai
4 biji kentang - kupas dan potong dadu
6 biji tomato - potong dadu
4 biji bawang besar - mayang kasar
2 tangkai daun kari - lurutkan
4 sudu makan serbuk kari daging
1/2 cawan bancuhan air asam - pilihan
1 cawan santan pekat
2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
minyak
Bahan penumis:
3 ulas bawang putih - hiris halus
5 biji bawang merah - hiris halus
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh jintan manis
Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 cm halia
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng daun kari serta bahan penumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar serta sebuk kari dan masak sehingga pecah minyak. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air dan gunakan api sederhana panas.
3. Masukkan bawang besar dan tomato, serta daging.
4. Gaul seketika dan biarkan sehingga daging masak.
5. Tambahkan air bancuhan asam jawa (jika perlu tambah air lagi) sebab sudah ada air daging, dan juga kuah daripada bawang besar serta tomato.
6. Setelah daging agak empuk, masukkan kentang diikuti dengan santan.
7. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
8. Setelah daging & kentang empuk, dan terbit minyak, padamkan api dapur.
7 comments
Assalam
BalasPadamKita panggil roti jala hehe
Sedapp dpt mkn dgn kari
Cuma bab menjala tu malas nya
salam kak amie..
BalasPadamem,bestnya makan roti jala ni..apapun, sebutannya tetap sama dan sedap kan..apalagi kalau kena dengan cicah..fuhhh..layan abis..
Suka tengok roti jala Amie...kuning hijau...mmg sedap cicih dg kari yg pekat itu...
BalasPadamtengah lapar2 nie,sedap jugak mkn roti jala bercicah kuah kari...menarik roti jalanya...
BalasPadamlain padang lain belalang, lain tempat lain namanya kan kak, renjis-renjis, jala-jala dapat kari ayam..memang best.
BalasPadamdah lama tak makan..terliur laa..
BalasPadamwife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap
BalasPadam