Ikan Gelek Masak Sambal
2:34 PTG
Tengahari ini Amie sempat sediakan lauk Ikan Gelek Masak Sambal. Bila Encik Suami kata beli ikan gelek, Amie pun dah faham apa yang dikehendakinya. Tak lain tak bukan lauk istimewa orang kampungnya... masak sambal. Ikan gelek ini mengikut sebutan masyarakat Melayu Cocos - merujuk kepada ikan kerapu yang agak kecil dan biasanya berwarna merah. Tapi kalau tak ada ikan kerapu @ gelek merah, yang warna kelabu pun boleh. Ada pun yang Encik Suami beli ini rasanya bukan saiz kecil sebab 4 ekor seberat 1kg dan cuma seekor bersaiz agak kecil seperti gambar di bawah ini - Amie tidak potong. Seperti kebiasaannya, dalam resepi masakan Melayu Cocos khususnya masakan sambal, penggunaan jus limau nipis tetap menjadi keutamaan. Tanpanya, seakan-akan ada kekurangan pula - itu menurut MIL & FIL. Sewaktu hayat MIL & FIL masih ada, kalau Amie masakkan ikan ini untuk mereka di kampung memang mereka sentiasa berpesan .... jangan masukkan gula! Tapi untuk hidangan sendiri Amie bubuh je... bubuh sikit je.
Resepi : Ikan Gelek Masak Sambal
Olahan : Amie's Little Kitchen
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 ekor ikan gelek @ kerapu seberat 1 kg - bersihkan dan potong 2
2 biji limau nipis - perah jusnya
1/2 sudu pati asam jawa - bancuh dengan 100ml air (kalau tak bubuh pun ok - yang ini Amie selalu nampak kalau ibu-ibu masak semasa kenduri)
minyak
garam & perasa pilihan
gula
serbuk kunyit
sedikit air
Bahan kisar:
20 biji lada kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak - Amie gunakan sedikit tapi biasanya MIL gunakan lebih.
3. Masukkan ikan.
4. Masukkan bancuhan air asam jawa. Biarkan masak selama 4-5 minit.
5. Masukkan garam / perasa pilihan.
6. Akhir sekali masukkan perahan air limau - 1 biji limau nipis pun cukuplah...sebab Amie tak suka sangat yang masam-masam ni, tapi MIL & FIL suka yang masamnya terasa)
7. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
5 comments
Mcm2 nma ikn kat blog k.amie ni... :-)
BalasPadam1st time dgr nama ikan gelek.. hihi.. lucu la pulak.. tun peminat tegar sambal.. masak la sambal apa pun, sure lajuuuu makan.
BalasPadamIkan Gelek ni tak pernah tengok la kak amie camana rupa parasnya tu..
BalasPadamApa pun menunya tetap sedap..kalau lauk camni xleh ada yg kuah..potong jer..makan lauk ni ngan ulam pun dah cukup
Ingatkan ikan golek tadi Amie, rupanya nama ikan gelek, sambal tu nampak pekat dan mengancam, mesti sedap!!!
BalasPadamsalam kak amie... tak pernah dengar wani ikan gelek... sedapnya masakan bersambal..sekarang ni wani kurang sikit masakan ada lada ..sebab perut tak berapa sihat ...
BalasPadam