Rendang Ayam Kota Lama : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (PERAK MONTH)

9:22 PTG

Enaknya kalau dapat cicah lemang, nasi himpit atau ketupat dengan Rendang Ayam Kota Lama!  Makan dengan nasi putih panas pun sodap! Rendang Ayam Kota Lama merupakan satu lagi resepi tradisi negeri Perak yang sungguh enak tetapi amat mudah untuk disediakan. Semua bahan hanya perlu dilebur di dalam kuali tanpa menumisnya terlebih dahulu. Sepanjang tempoh memasak, anda akan terhidu semerbak campuran pelbagai jenis herba termasuk serai, lengkuas, halia dan kunyit hidup! Aroma yang terbit daripada hirisan daun kunyit sebagai sentuhan terakhir membuatkan anda tidak sabar untuk menjamahnya!


Resepi asalnya menggunakan ayam kampung, dan memang daging ayam kampung yang agak keras sedikit berbanding dengan ayam daging amat sesuai untuk dijadikan masakan rendang! 

Resepi : Rendang Ayam Kota Lama oleh Chef Sapiah
Sumber : Resepi Tradisi Cita Rasa Malaysia : Perak

Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung
2 sudu makan cili boh
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan
2 helai daun kunyit - dihiris
sedikit air
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 inci halia

Cara:
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang sudah dikisar tanpa perlu menumis. 
3. Biarkan mendidih dan boleh masukkan kerisik dan santan.
4 .Tambah sedikit air dan biarkan hingga masak.
5. Kemudian masukkan daun kunyit yang sudah dihiris.
6. Hidangkan bersama lemang atau nasi putih panas.


I am submitting this post to  Malaysian Food Festival  Perak Month hosted by Wendyinkk of Table for 2....or More




11 comments

  1. salam kak..

    erm..sedapnya rending. baru ja makan tengahari tadi..sampai bertambah nasi makan..hihi..

    BalasPadam
  2. waduh jadi lapar malam malam begini lihat yg enak enak..nyammm

    BalasPadam
  3. Isk isk isk seperti biasa menu Amie amat menyelerakan lapo terus perut hehehhe :)

    BalasPadam
  4. Kak..rajin riko ngelebokkei resepi nang fest..pingin nyicipi masakan mu..

    BalasPadam
  5. Salam kak amie.. lebih kurang resepi rendang mama tun, cuma xperlu tumis. tun mmg suka menu2 yg lebur dlm periuk camnih

    BalasPadam
  6. bahan-bahannya seperti rendang biasa ya Amie.Ringkas dan tak banyak bahan.Senang ya main lebur je.Yang penting sodap :)

    BalasPadam
  7. Jiran saya, En Zubir masak rendang pun cam ni. Pakai ayam kampung jugak. Tahun ni masa dia buat open house, kami takde kat rumah pulak. Tak jadi makan. Tengok ni dah teringat ingat, haha.

    BalasPadam
  8. Kak Amie cayanggg..wah wahhhhh ini buat mieza malu nih..kak amie dok sabah masak masakan perak...mieza dok perak tak masak pun rendang perak...huwaaaa malunyer hahaha..akak, mieza nak cuba rendang ni hari ahad ni sebab ada student nak datang umah..minta izin nak kopipes resepi dulu :) I love youuuu

    BalasPadam
  9. Alaaa..tiba2 rasa mcm nak mkn rendang laaa... Tapi tak rajin nak buat sendiri..Ngeee

    BalasPadam
  10. gandingkan dengan lemang.. pasti menjilat jari ni amie..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe