Walaupun Hanya Sekotak KFC... Snack Plate

6:05 PTG

Assalamualaikum.
Ketika Amie berada di Kota Kinabalu, si bongsu menelefon sebelum tidur pada malam semalam. Katanya, oleh kerana kelmarin kami tidak sempat meraikan hari ulang tahunnya, biarlah hari ini dia dibawa makan ke KFC. Amie menyetujuinya dengan berjanji, kami akan membawanya makan bersama di KFC pada sebelah malam memandangkan penerbangan Amie dijangka sampai sebelum senja. Oleh kerana Amie dapat terbang pulang lebih awal, pada pukul 12. 10 minit tengahari tadi, jadi si bongsu sudah menanti Amie di lapangan terbang dengan pakaian lengkap seragam sekolah. Memandangkan si bujang sulung juga ada bersama, kami pun memenuhi hasrat si bongsu untuk makan tengahari di KFC. Kami membeli sekotak lagi untuk si bujang tengah yang bersekolah di sebelah petang. Walaupun sekadar KFC, Amie tidak sanggup makan tanpa kesemua anak-anak di sisi, dan memang begitulah kebiasaannya... mesti yang tiada bersama kami belikan untuk dibawa pulang.


Ketika petang menjelma, hanya setengah jam sebelum si bujang tengah pulang dari sekolah.... tiba-tiba Encik Suami   bersuara dari dapur, mengatakan seketul ayam si bujang tengah sudah dimakan seseorang! Katanya, kotak tersebut sudah dibuka. Encik Suami bertanya kepada si bongsu, tetapi si bongsu menafikan. Si bujang sulung yang tidur di dalam bilik juga mendapat tuduhan sama tetapi dia menafikannya. Sekali lagi Encik Suami memujuk si bongsu supaya mengaku, dan Encik Suami berjanji tidak akan memarahinya sekiranya si bongsu bercakap benar. Hati kecil Amie mengatakan anak-anak tidak akan berbuat demikian kerana masing-masing sudah kekenyangan makan di KFC dan ditambah lagi dengan pelbagai oleh-oleh yang Amie bawa. Akhirnya, Amie putuskan mungkin pekerja KFC hanya memasukkan seketul ayam goreng sahaja setelah Amie memeriksa kembali resit pembayaran. Dalam resit memang menunjukkan memang kami beli set 2 ketul ayam goreng untuk dibawa pulang. Tiba-tiba Encik Suami berteriak.... rupanya kucing kami nan seekor sedang menikmati seketul KFC di balik pintu dapur! Oh! Bijak benar kucing zaman sekarang ini. Pandai buka kotak tanpa sebarang kesan cakaran. Memang nak tergelak pun ada!
Encik Suami bergegas ke KFC  yang berdekatan, dan membawa pulang sekotak kecil yang baru untuk si bujang tengah!


19 comments

  1. mmg betul2 bagus la kucing tu, agaknya dia pun mmg dah lama nk mkn kfc....hihihii

    BalasPadam
  2. kucing pown nk makan kfc jugak hahaha..

    BalasPadam
  3. hihihi...penamat kisah rupenya si kucing tu yg makan...memang bijak itu kucing :)

    BalasPadam
  4. lepas kucing makan kfc pasti nk nak pi sekolah ikut cikgu Amie kan heeee terbaiklah k

    BalasPadam
  5. kucing sekarang mmg tak bersuara..tahu2 kita nampak tulang ikan / ayam atas lantai..bijak juga kucing2 sekarang, ikut perkembangan semasa..hehe

    BalasPadam
  6. demand betul kucing K.Amie yer..nak makan ayam KFC..kuikuikui..

    BalasPadam
  7. he hhee pandai btl kucing tue songlap mkanan akk kan..senyap2 jew amik:) kfc ttp sedap kak amie.

    BalasPadam
  8. Salam Amie,
    Kucing ni mesti dah menjalani latihan yg terbaekkkkk hehehe. Mujur juga ole ole ngan set nasi dan ayam panggang kat bawah tu tak dibahamnya sekali, kalau tidak mau nangis Cikgu Amie kita....hahaha

    BalasPadam
  9. Kucing Amie baca tulisan pada kotak macam baca jawi - CFK, Chicken For Kucing! Mujurlah juga dia baik hati, tak kebas habis.

    BalasPadam
  10. Amie..coretan ini lambang kasih sayang ibu dan bapa kepada anak2nya.Hebat kasih ayah ibu..

    BalasPadam
  11. terbaekk punya kucing.kehkeh.tapi sy x suka kucing.^_^

    BalasPadam
  12. haha..dh agak mesti kucing..kucing ni mmg pandai skang..kalo umah sy kak ami..kene tindih ngn lesung batu ats tutup saji..sbb die sgt bijak buka saji..tanpa menyebbakan lauk berselerak..tgk2 dh abes ikan..hoho

    BalasPadam
  13. hehe pencuri pencuri...takpe lah dah rezeki si kucing..dia pun nak merasa jugak.

    begitulah perasaan ibu...mesti teringatkan anak-anak jika menjamah makanan..tak kiralah sedap atau tak sedap..kasih ibu...

    BalasPadam
  14. as salam k.amie ku rindui..ku sayangi..dan ku ingati yg jauh dimata dekat dihati...(pjg tu mukadimah....hihihi)

    mana main makan tulang ikan hari2..sesekali nk jugak KFC...

    selamat pjg umur utk putera bongsu akak..semoga menjadi anak yg soleh..

    BalasPadam
  15. dah rezeki kucing tuu...kann...nak buat mcm mana...

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Amie :D
    Hehehehe Pandai betul kucing tu...Tulah Amie tak belikan untuk dia sekali...dia pun nak rasa juga KFC yang sedap sangat tu...hik3

    BalasPadam
  17. amboiii...pandai betul kucing tu ya...nak makan KFC jugak....

    p/s..selamat hari lahir utk si bongsu...semoga mnjadi anak yg cemerlang dunia dan akhirat...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe