Hari ini kebanyakan orang sibuk membeli-belah terutamanya untuk persiapan menyambut bulan puasa yang dijangka pada hari esok. Oleh kerana dari jendela rumah, Amie lihat kenderaan berjalan seperti semut, Amie tidak berhasrat untuk menyertainya. Mungkin malam nanti Amie bersama suami dan anak-anak akan keluar berbelanja serba sedikit. Sebenarnya persiapan untk bersahur telah sedia ada tetapi sengaja bawa anak-anak supaya mereka boleh pilih sendiri makanan...
Selamat pagi semua. Nampaknya tak sempatlah nak sembang panjang sebab baru saja seorang rakan telefon ajak Amie minum pagi bersamanya. Walaupun sudah bersarapan pagi bersama suami dan anak-anak, namun Amie terfikir mungkin ada sesuatu yang ingin dibincangkan oleh rakan tadi. Sarapan pagi ini berupa kentang goreng wedges dengan sup krim cendawan. Selalu juga Amie buat kentang wedges tapi kali ini Amie bubuh oregano...
Petang ini Amie tak makan nasi. Amie ratah kerabu perut! Mungkin ada yang tak pandai makan perut..... he he he... tak kisahlah! Sudah terlalu lama tidak buat dan makan menu ini. Beberapa kali berhasrat nak buat, tapi bila ke tempat menjual daging, perut sudah habis. Petang tadi, rezeki yang ditunggu sudah tiba. Keluar dari pintu pagar tempat berkursus tergerak untuk menghalakan kereta ke...
Ini resepi tertunggak... hidangan makan malam untuk malam semalam. Oleh kerana internet buat hal, malas nak tunggu lama.... terus tidur sebab 7.30 hingga 2.00 petang Sabtu ada Latihan Dalam Perkhidmatan. Udang dan sotong goreng ini Amie ikut resepi kakak ipar Amie. Adunkan tepung gandum dengan tepung jagung, dan tambahkan lada putih serta serbuk ENO. Memang rangup! Bahan-bahan:20 ekor udang kertas sederhana besar -...
Amie buka penutup periuk pengukus untuk melihat keadaan nasi yang sedang dikukus. Tiba-tiba anak-anak dan suami menerpa ke dapur bila terbau aroma Nasi Oren yang sedang Amie kacau dalam periuk...... masing-masing sibuk bertanya apa resepi yang Amie masak untuk makan malam ini. Kita sedang masak Ayam Lemon Madu, sibuk lagi anak-anak untuk mencicipi kuahnya yang sedang memekat dalam kuali! Alhamdulillah, biarpun Amie masak...
Belum masuk bulan Ramadhan, apalagi Syawal yang masih nun jauh.... tapi Amie sudah ada kuih raya! Tart Nenas & Kek Lapis adalah antara menu pilihan utama Amie..... Tak ada biskut tak apa, yang penting 2 di atas tu kena ada. Kadang-kadang habis stok Kek Lapis di supermarket. Kena beli lebih dan awal. Apa pun raya tahun ini..... Amie balik kampung. Jadi, tak dapat...
Baru balik dari rumah Diana Sky Blue Kitchen .... dari Labuan - Kota Kinabalu - Lahad Datu, turun dari MAS Wing terus balik rumah masuk dapur sendiri. Tengok ikan masak sambal di dapur Diana, teringat pula ikan goreng kita yang belum diangkat dari kuali....... belum hangus lagi! Rasanya ekor ikan Diana macam sama dengan ikan yang Amie goreng, cuma Diana kata tak tahu...
Siapa suka popia? Jom masuk dapur Amie, kita minum petang..... Oleh kerana balik awal sedikit, sebelum azan Asar sempat siapkan inti popia. Amie kena ikut selera anak-anak sebab merekalah pelanggan tetap Amie. Anak-anak memang tak suka makan sayur, jadi sia-sialah Amie masukkan sayur itu dan ini sebab waktu makan nanti, anak-anak keluarkan isinya. Baiklah jangan membazir. Mereka masih boleh terima lobak dan sengkuang, tapi bersyarat.... mesti...
Selamat malam semua. Hari ini Amie ingin kongsi lauk kampung. Amie panggang ikan baulu. Setengah orang panggil ikan bolu. Ikut sebutan dan loghat masing-masing kaum agaknya. Kalau di semenanjung rasa ramai yang masih belum kenal ikan ini sebab beberapa kali Amie masukkan blog, ramai yang tertanya-tanya apa nama ikan ini di sana. Di bawah nanti ada Amie masukkan gambar ikan baulu itu. Di...
Ini resepi tertunggak. Kelmarin internet buat hal. Sebelum resepi jadi basi, baiklah cepat-cepat Amie masukkan hari ini. Tengah sibuk berkemas di dapur, terjumpalah sebungkus kecil saffron. Amie pn tak ingat, bila dan di mana saffron ini dibeli. Tentu ramai yang pernah masak nasi minyak dan sebagainya dengan menggunakan saffron. Belum pun Amie siap masak, anak dan suami beberapa kali menjengah ke dapur.... bertanya,bau...
Salam pagi Ahad untuk semua. Cuaca pagi ini sungguh nyaman, masih terasa dingin... mungkin disebabkan hujan semalaman. Suasana keliling nampak redup di bawah kepulan awan yang berarak perlahan menahan sinaran cahaya matahari. Sungguh indah! Amie pun dengan rasa gembira menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak kerana hanya hari Ahad sahajalah dapat berlama-lama di dapur. Sesetengah orang membawa keluarga menikmati sarapan pagi di luar, tetapi tidak...
Selamat berhujung minggu kepada semua rakan-rakan pengunjung setia ke Amie's Little Kitchen. Dengar khabarnya cuaca di tempat rakan-rakan kebanyakkannya panas menyengat sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, cuaca di tempat Amie berlainan pula. Hujan dan mendung sepanjang hari sejak tiga hari lalu. Dinginnya terasa sampai ke tulang sum-sum. Itulah cuaca Khatulistiwa, panas hujan sentiasa beriringan sepanjang tahun. Apa pun aktiviti harian tetap berjalan lancar. Sana-sini...
Petang ini ada cerita dari dapur... kerana tak semena-mena teringat pada seorang makcik.... ibu angkat Amie....Makcik Rabiah di Jeram. Sekitar tahun 1980-an semasa Amie Tingkatan 1, Amie tinggal bersamanya, kerana suami makcik Rabiah bekerja di Kelang, hanya balik pada petang Sabtu dalam seminggu. Anak-anak makcik semuanya bekerja jauh, ada yang masih belajar tapi tinggal di asrama di Kuala Lumpur. Memandangkan makcik mengalami masalah...