ADSENSE

Khamis, 2 Ogos 2018

Buah Terap @ Tarap

Setiap kali melihat durian yang kawan-kawan Malaya tayang di FB, rasa macam nak terbang saja melintas Laut China Selatan. Di sini, durian tidaklah semewah seperti di Malaya! Pernah sekali terserempak dengan durian Musang King di LD. Harganya RM68 sekilogram. Esoknya, naik menjadi RM70 sekilogram. Encik Suami kata, kalau kulit durian itu boleh dimakan, okey juga! Maknanya, tak berapa setujulah kalau kita nak beli. Terjumpa durian kampung, harganya RM20 sekilogram. Belilah 2 biji seberat 2 kg lebih. Hari yang lain pula, bila terjumpa durian harga lebih rendah, kita pun beli dua tiga biji, buat lepas kempunan hihihiiii!
Selain durian, cempedak pun turut memunculkan diri! Di dapur, masih harum aroma cempedak. Kami makan begitu saja. Malas pulak nak goreng. 
Ada lagi sejenis buah yang turut bergantungan di gerai-gerai selain durian dan cempedak. Tak lain dan tak bukan, sudah tentulah buah terap atau penduduk tempatan memanggilnya sebagai buah tarap.
Dahulu, sewaktu mula-mula tiba di LD, buah terap tidak begitu dipandang. Harganya pun sangatlah mampu beli. Hanya 50 sen atau seringgit sebiji! Kadang-kadang selonggok, ada beberapa biji dijual dengan harga RM1 sahaja!


Hari ini, Amie singgah di gerai tepi jalan. Belek-belek buah terap. Taklah cantik sangat bahagian luarnya. Ada kesan bopeng-bopeng juga. Harganya RM10 sebiji! RM10 bukannya RM1 seperti harga dahulu, ketika orang tak pandang buah terap!

Inilah rupa isi buah terap. Tak perlu gunakan pisau atau benda tajam lain untuk membuka isinya. Kekah saja dengan kedua belah tangan.

Ini memang kerja tangan yang tak berapa bijak....hiks! Kalau dah biasa buka kulit terap, isinya tidak tertinggal di kulit seperti di atas!

Beginilah pemandangannya, tangan yang tak berapa bijak akan menghasilkan separuh isi terap mengikut batang empulur dan separuh lagi tertinggal di celah-celah sarangnya!

 Biji terap jangan dibuang.
Boleh disangan dan bila dimakan rasanya lemak-lemak seperti kacang!

Pada masa akan datang, mungkinkah terap akan duduk segandingan dengan durian? Maklumlah, sekarangpun harganya sudah menyamai harga cempedak!

2 ulasan:

notie berkata...

Buah tarap ni hanya sesuai tumbuh di sabah serawak sahaja Ke? Macam species cempedak dan nangka ja. Apa rasanya?

Amie berkata...

Notie,
setakat ini buah terap mmg banyak dijumpai di Borneo. Rasanya manis, lebih lembut dari cempedak. Masuk mulut terus telan, tapi jangan telan bijinya.