ADSENSE

Selasa, 1 Oktober 2013

Kek Coklat Keju - Sesi Post Mortem

Alhamdulillah, akhirnya ada kesempatan untuk paparkan sesi post mortem Kek Coklat Keju yang Amie siapkan untuk ulang tahun Abang Farid DI SINI.



Abang Farid paling suka makan kek coklat. Jadi Amie memang asyik memikirkan untuk menyediakan sebiji, walaupun tidak dapat meraikan hari ulang tahunnya bersama-sama pada kali ini. Amie pilih Kek Coklat Kukus Lembap Chef Zubaidah sebagaimana yanag Amie paparkan resepi dan rujukannya di bawah ini. Sebelum ini memang Amie pernah buat kek ini, dan Abang Farid cukup sukakannya.



Kalau boleh sebaik sahaja keluar dari kukusan rasanya nak ngap terus! Baunya yang semerbak dengan coklat.... adeeehhhhhh! Tahan sajalah perasan tu sampai masa untuk disolek-solek sikit!

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Sumber : Hasue & Ayunalisa
Sharing : Lina_pg

Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum 
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara:

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3. Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven. Kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing atau ganache.


Bila kek dah sejuk bolehlah di potong dua bahagian seperti di atas. Sebenarnya Amie hendak paparkan langkah demi langkah tapi tak ada juru kamera yang boleh membantu, jadi mana yang dapat sajalah ye, silap-silap karang kamera pula yang kena deko dengan freshcream!
Untuk bahagian tengah kek, Amie gunakan lapisan keju seperti dalam  resepi yang Amie pernah gunakan untuk membuat American Brown Cheese Cake sempena ulang tahun Fuad dua minggu lepas. 


Lapisan Keju:
280 gram krim keju
35 gram mentega
80 gram gula
1 biji telur gred A
40 gram serbuk  milo
8 gram gelatin
40 gram air

Cara: 
1. Double boil gelatin dan air.
2. Putar krim keju bersama mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga campuran menjadi licin.
3. Masukkan Bahan gelatin yang telah dimasak secara double boil, telur dan serbuk milo. Tukarkan kelajuan rendah dan putar selama 1 minit.
4. Tuangkan ke atas kek dan sejukkan selama 1/2 jam di bahagian sejuk beku.


Bila lapisan keju sudah agak keras, bolehlah keluarkan dari peti sejuk dan bubuh bahagian kek satu lagi untuk lapisan atasnya. Kemudian Amie sapukan fresh cream (coklat), dan kemudian sebagai sentuhan seterusnya Amie bubuh coklat ganache pula. Dan yang terakhirnya Amie susun buah peach serta hirisan strawberry.


Siaplah sudah sebiji Kek Coklat Keju buat Abang Farid. 



Sebenarnya, dua minggu sebelum ulang tahun Abang Farid, Amie dan Encik Suami sudah berbincang untuk membuat kejutan sempena ulang tahunnya. Kami meminta tolong daripada Cikgu Yusrina Yusuf (yang mengajar di Labuan) supaya membelikan sebiji kek untuk Abang Farid dan meminta jasa baiknya menghantarkan sekali ke kolej. 


Inilah kek coklat yang Abang Farid terima.... terima kasih banyak Cikgu Yusrina di atas budi baik meluangkan masa untuk menyempurnakan hasrat kami. Seronok sungguh Abang Farid dapat kejutan sempena ulang tahunnya kali ini. Budi baik Cikgu Yusrina hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


10 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie..mesti Abg farid trharu dgn kejutan yg ayah & mummy dia buat ni..nampak sedap kek coklat yg ditempah.

ummiaisyah berkata...

sedapnya kek coklat cis itu...wahai kak amie...ada lg tak? sy suka mkn kek yg org lain buat...air tgn sendiri dh kureng!

Wattie berkata...

Salam,
Sgt cantik kejadian keknya dan nampak sungguh menyelerakan, mesti Abg Farid suka sesangat. Happy belated birthday Abg Farid, semuga menjadi anak yang soleh, amin.

Rohah berkata...

Mantopss kak kekmu
..seronok ank bujang dpt surprise ye...

asyifa mustaffa berkata...

Terbaik...! Buat leleh air liur je ni.....nak membaking malas plak....

Sally Rashid berkata...

sedapnyaaa..

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, sangat sedap n menarik kek coklat keju ni. Amie tak bau keteluran ke dlm krim keju tu

Yatie Mokhtar berkata...

wahhh..sdpnya...gabungan cheese ngn coklat kek..amat menggoda..

ummiross berkata...

Amie..ummi pun rasa nak ngap je kek coklat cheese tu, looks so yummy!.

Waa ada suprised lagi, mesti seronok sangat Abg Farid kan.

Bbwana adienia berkata...

cantik lapisan dalam kek..kemas..terbaek kak amie!