Ayam Gerang Asam

4:28 PTG

Assalamualaikum.
Jom jamu selera dengan hidangan Ayam Gerang Asam. Amie terpikat dengan olahan dari Dapur Ibundo yang menggantikan ikan kepada ayam setelah mengikuti cara-cara olahan masakan ini daripada Chef Florence di Masterchef Malaysia. Kiranya.... bolehlah dikatakan Amie sudah jauh tertinggal bas sebab baru mencuba resepi ini. Sebenarnya hampir tak menjadi hidangan ini sebab si bongsu ajak makan di luar semasa Amie mengambilnya dari sekolah petang tadi. Nampak gayanya tak berasaplah dapur petang ini, tapi Amie pujuk supaya makan saja di rumah memandangkan Amie telah sediakan ayam segar dan bahan-bahan lain yang diperlukan.


Memang tipulah kalau ada sesiapa yang kata hidangan ini tak sedap kecuali mereka yang memang tak makan ayam atau tak pandai makan asam pedas! Tak rugi mencubanya sebab rasanya amat berbaloi tapi rugi besar kalau tak merasainya! Masakan ini merujuk kepada masakan nyonya yang dikatakan terkenal dengan gabungan masakan Cina tetapi menggunakan rempah ratus India dan herba-herba yang sering digunakan dalam masakan Melayu.


Resepi : Ayam Gerang Asam ( Resepi Asal : Ikan Gerang Asam)
Sumber : Chef Florence

    Bahan-bahan: (Amie ubahsuai mengikut keperluan masakan)
    175ml minyak
    0.5 liter air
    35 gram asam jawa - bancuh dengan sedikit air
    1kg daging ayam - 10 keping
    3 tangkai daun kesum
    1 kuntum bunga kantan
    2 sudu teh gula
    1.5 sudu makan serbuk ikan bilis

    Bahan kisar halus:
    25 tangkai cili kering
    300 gram bawang merah
    3 ulas bawang putih
    7 biji buah keras
    2 cm kunyit hidup
    2.5cm lengkuas
    4 batang serai
    1.5 sudu teh serbuk belacan
    Hiasan: daun limau purut, daun bawang & hirisan cili

    Cara:
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
    2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
    3. Selepas itu masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renihkan selama 8 minit.
    4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ayam. Biarkannya sehingga daging ayam empuk atau masak.
    5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi citarasa masing-masing.


Wokey.... satu perkataan saja Amie nak kongsi dengan rakan pengunjung tentang Ayam Gerang Asam ini........ SEDAP!!!!!!

20 comments

  1. Wow kak amie smlm kite bru je post terus arini buat ehh rajonnye...sedapp kann

    BalasPadam
  2. ratna dah lama juga dengar nama resepi ni... biasa pun mmg org gunakan ikan... masa bulan puasa dulu pun nampak dj linda on buat ikan gerang asam.. tp tulah.. bukan amie je yg ketinggalan bas.. ratna pun 2 x 5 jugak.. hehe.. guna ayam pun best juga kan.. kita yg buat dia... janji dirasakan sesuai..

    BalasPadam
  3. Sabar,
    tak rugi masak... berbaloi2 sedapnya! Tumisannya saja dah harum semerbak satu dapur!

    Madiha,
    anak-anak suka ayam, lagipun dah berapa hari asyik masak ikan, tapi memang sodaplah Madiha! Tak kisahlah tertinggal bas ke keretapi ke... janji buat he he he ehh

    BalasPadam
  4. mcm rendang..tp mcm asam pedas...unik...n mmg nmpak menyelerakan....

    BalasPadam
  5. Faa,
    betul...unik masakan baba & nyonya kan... gabungan Cina, India & Melayu!

    BalasPadam
  6. ye lah kak..tipulah kalau kate x sedap kan? tgk saje dh tau sedap, kalau dpt rasa lagi la sedapppp hihihi

    alamak.. bhn masak pakai gram ni yg lemah huhuhu...

    BalasPadam
  7. Mas,
    agak-agak saja Mas... tapi Kak Amie pun timbang gak bawang tu, cuma asam jawa tu tak payah timbang, ikut rasa je, tulah susah sikit kalau guna timbangan kan Mas...

    BalasPadam
  8. haiiii tliur sudah kak tgk lauk ni..QH pon ktinggalan jugak nk mcuba resepi ni...biase wt asam pedas ayam biase tu...leh la try gak nti..hihi

    BalasPadam
  9. Salam kak amie.. nama lain asam pedas ni gerang asam ye.. xpenah tun dgr. nmpk pekat betul kuah tu, kompom sedap nih.

    BalasPadam
  10. mmg betul lah kak, kita selalu masak asam pedas, tapi asyik guna ikan je...

    BalasPadam
  11. terliur saya! rupa sgt menarik lagi buat kita tertarik haha

    BalasPadam
  12. Nampak pun memang sedap sangat, ummi sampai telan2 airliur ni Amie, insyaAllah akan dicuba.

    BalasPadam
  13. Kak Amie cayanggg..salam rindu..maaf mieza baru tiba..bas mieza pancit hahaha..
    Kak, ini pestaim mieza nampak ayam gerang asam..selalu pakai ikan..nampak sedap sgt bila akak post kat fb...terus kecur air liur...kina copycat ni hehehe
    semoga kak amie terus maju :)

    BalasPadam
  14. Selamat pagi Bunda Amie,resepi yang ini nampak lezat,and patut dicuba,Thank you untuk info yang satu ini,Terimakasih sahabatku,,,

    BalasPadam
  15. Lebih kurang Asam Pedas Ayam la ya? Cuma tak masuk kerisik jer. Mudah sangat ni. Boleh la cuba nanti. Tapi saya selalu buat Asam Pedas tercair...!

    BalasPadam
  16. Oh... ala-ala macam masak asam pedas ye Amie. Memang sedap ni kakak dapat rasakan - kakak suka masak ala-ala ini.

    BalasPadam
  17. Qasey Honey,
    ini yang bagusnya bila berlaku pertembungan budaya dalam masyarakat, asam pedas pun boleh dipelbagakan resepinya.

    Tun Telani,
    gerang asam tu nama masakan nyonya style, ada beberapa penambahan bahan walaupun asasnya lebih kurang sama dengan asam pedas.

    Rohah,
    mula2 bonda mentua masak ayam asam pedas dulu... rasa pelik betul, tapi lama-lama boleh terima hakikat rupanya dunia masakan ini luasnya tak bersempadan!

    BalasPadam
  18. Whitecappuccino,
    memang sedap WC, dah cuba sekali rasa nak buat lain kali!

    Ummiross,
    bahan tumisannya tu memang semerbak Ummi...belum siap masak dah tau rasanya! Tak rugi mencuba!

    Mieza,
    seronokkan Mieza... boleh pelbagaikan resepi, kalau tak cuba tak tahu sedap tidaknya ye...

    BalasPadam
  19. Dede Thea,
    sama-sama kongsi info ya Pak... masakan ini memang patut dicuba kerana dihasilkan oleh Chef Florence, keturunan baba & nyonya.

    Azieazah,
    betul tu... cuma tambah lagi beberapa bahan lain, agaknya kalau kering kuahnya tu ada rupa rendang kot...

    Kakzakie,
    ya kak...nyonya Melaka punya resepi!

    BalasPadam
  20. Salam kak amie...kabare..sihat je kan..menu2 pun sentiasa mantappp..:-)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe