Assalamualaikum.
Alhamdulillah malam ini Amie mempunyai sedikit kelapangan untuk berkongsi sesuatu mengenai dunia kek yang masih 'hijau' dalam dunia masakan di Amie's Little Kitchen. Amie tidaklah begitu mahir tentang selok-belok dunia tepung & the gang apalagi bab deko-mendeko atau menghias kek dengan menggunakan pelbagai jenis bahan untuk frosting & topping.
Bagaimana pun dengan sedikit ilmu yang Amie perolehi hasil mengikuti kelas masakan, Amie harap paparan ini dapat membantu serba sedikit rakan-rakan atau adik-adik yang baru berjinak-jinak dalam dunia ini.
Bagaimana pun dengan sedikit ilmu yang Amie perolehi hasil mengikuti kelas masakan, Amie harap paparan ini dapat membantu serba sedikit rakan-rakan atau adik-adik yang baru berjinak-jinak dalam dunia ini.
Kek di atas disalut dengan fresh cream atau krim putar. Rasa fresh cream memang sedap, tetapi jika kurang mahir menggunakannya, dan dalam keadaan suhu yang panas seperti di dapur, hasilnya kurang memuaskan. Gambar di atas Amie ambil dari kelas masakan yang Amie pernah hadiri.
Kami disarankan menggunakan dua bahan di atas untuk menghasilkan deko yang lebih berkilat. Menurut Chef Eugene, dengan menggunakan jenama Value Pride sahaja sudah memadai tetapi dengan menambah Gold Label di sebelahnya tu, bahan yang dihasilkan akan kelihatan lebih cantik. Tidak perlu tambahan gula di dalam fresh cream di atas kerana kedua-duanya sudah mempunyai rasa manis. Bagaimanapun sekiranya anda menggunakan bahan di bawah ini... yang ada label merah jambu Soft Blend tu kannn...
Nampak macam sama tapi tak serupa ye.... yang Soft Blend tu tawar, tak manis.
Dengan menggunakan krim putar atau fresh cream ini juga kita boleh jadikan sebagai hiasan dalam pelbagai bentuk. Biasanya krim putar akan menjadi cair dalam tempoh 5 atau 6 minit dalam genggaman disebabkan suhu panas dari tangan kita. Disarankan supaya segera menyiapkan hiasan supaya nampak lebih kemas dan cantik. Apabila krim putar menjadi cair, bentuk hiasan tidak akan kelihatan dengan jelas dan hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Kek di atas juga mengunakan krim putar sebagai frosting. Manakala yang berwarna merah jambu yang likat itu ialah piping gel yang dicampur dengan sedikit warna cecair merah jambu.
Hiasan kek di atas menggunakan buttercream. atau krim mentega. Butter cream lebih mudah dan senang untuk dijadikan bahan frosting dan topping memandangkan ketahanannya yang agak lama sedikit dan tidak cepat cair seperti krim putar atau fresh cream. Biasanya bahan campuran yang digunakan termasuklah krimwell, mentega, susu pekat dan esen vanila.
Kalau diberi pilihan untuk yang cantik, Amie pilih penggunaan buttercream macam di atas ni, tapi kalau disuruh memilih yang sedap pula.... pilihlah fresh cream ++++ cream cheese ... he he hehe.
Wokey... lain kali kalau ada masa kita cerita pulak tentang fondant, gumpaste, glaze, royal icing, coklat ganache dan sebagainya.
Hari ini rasa rajin sikit nak kongsi gambar-gambar tempahan. Sama aje pun rupa tempahannya. Sebenarnya akhir-akhir ini Amie bataskan tempahan... bukan apa. Banyak kerja yang perlu diutamakan dan didahulukan ... maklumlah semakin hari semakin bertambah pula arahan yang diterima dari pihak atasan. Bila sampai rumah tentulah nak berehat, rehatkan badan dan minda! Lagi satu... tak ada sebab yang lebih utama melainkan ingin selalu berdampingan dengan bujang kenit Firdaus. Bila Frdaus menyusu badan, kita pun ikut baring tidur sama, tu yang tambah malas nak ke dapur tu. Memanglah masuk dapur dapat kurangkan stress... tapi tambah stress dong kalo memikir tempahan. Buat rakan-rakan yang menempah kek lapis, Amie terpaksa tolak, mungkin bila Amie ada kelapangan Amie akan terima. Maklum sajalah... kalau dah namanya kek lapis berlapis memang terpaksalah berdedikasi meluangkan masa dan tenaga di dapur berjam-jam lamanya!
Ini Red Velvet Cake tempahan daripada Puan Majaina. Terima kasih sudi menempah dan minta maaf jika terdapat ketidaksempurnaan pada kek tersebut, dan mohon maaf juga sebab asyik menangguhkan tempahan ini.
Selain tempahan ayam panggang, Amie buatkan juga tempahan itik panggang untuk hari ulang tahun cucu kakak ipar. Terima kasih kerana berpuas hati dengan tempahan ini.
Ayam Panggang madu di atas ini pula ditempah oleh seseorang yang berada di Kuala Lumpur. Lama sungguh dia menempah.... Amie usahakan juga untuk menyiapkannya sebagaimana waktu yang dijanjikan. Sebaik sahaja turun dari kapal terbang, Maslina Abdul Latif terus datang ke rumah Amie untuk mengambil Ayam Panggang Madu idamannya. Terima kasih kerana berpuas hati dengan ayam panggang itu.
Ini tempahan American Brown Cheese Cake daripada Encik Gimson Abdan. Terima kasih kerana katanya, ABCC ini sedap... rasa seperti aiskrim!
Tidak ketinggalan tempahan Mango Casablanca.... Amie pun lupa-lupa ingat entah berapa orang yang menempah Mango Casablanca sebab selalunya terlupa untuk tangkap gambar. Terkini, penempahnya ialah Puan Heryati Abdul Wahab dan Encik Laeda.
Ini pula tempahan Mango Casablanca daripada Puan Hariani Ibrahim. Terima kasih kerana sangat berpuas hati dengan tempahan ini.
Tempahan American Brown Cheese Cake lagi.... datangnya daripada Puan Mynah Relay. Dan di bawah ini.... ABCC terakhir Amie buat pada 14 September 2013 sempena ulang tahun Fuad.
Asyik buatkan orang lain ABCC... macam teringin pulak nak ternak lemak lagi!!!!
Selamat berhujung minggu semua...
Jom mulakan hari kita dengan segelas air suam bersama hirisan lemon. Ini bermakna anda memulakan hari anda dengan mencuci hati, sekaligus merangsang sistem pencernaan dan sudah semestinya anda rasa lebih bertenaga disebabkan tindakan lemon yang mampu membersihkan usus serta mempercepatkan proses penyingkiran toksid.
Sebenarnya banyak sangat khasiat lemon. Anda boleh google jika ingin menambah info. Jadi, pastikan di dapur anda sekurang-kurangnya terdapat sebiji atau dua biji lemon di antara pelbagai buah yang ada.
Antara khasiatnya (yang Amie paling suka) :
1. Lemon mengandungi vitamin C yang mampu menghaluskan kulit disebabkan sifat alkali dalam lemon boleh membunuh bakteria penyebab jerawat. Suka tak kulit muka halus tanpa jerawat? Ha.... kalau pergi pasar jangan lupa beli lemon!
2. Lemon melancarkan pembuangan sisa-sisa perut. Ini memang Amie amalkan dengan meminum air suam bersama perahan lemon - kalau boleh setiap hari - hasilnya perut kita rasa selesa sepanjang hari
3. Lemon dikatakan mampu mencegah selsema disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi, mampu meningkatkan daya tahan badan dan kandungan anti virusnya boleh menghalang selsema dari terus merebak - ini boleh dipercayai kot - sebab Amie jarang kena selsema.
4. Dan banyak lagi..... yang Amie tulis di atas tu apa yang Amie alami.
Tengahari ini Amie sempat sediakan lauk Ikan Gelek Masak Sambal. Bila Encik Suami kata beli ikan gelek, Amie pun dah faham apa yang dikehendakinya. Tak lain tak bukan lauk istimewa orang kampungnya... masak sambal. Ikan gelek ini mengikut sebutan masyarakat Melayu Cocos - merujuk kepada ikan kerapu yang agak kecil dan biasanya berwarna merah. Tapi kalau tak ada ikan kerapu @ gelek merah, yang warna kelabu pun boleh. Ada pun yang Encik Suami beli ini rasanya bukan saiz kecil sebab 4 ekor seberat 1kg dan cuma seekor bersaiz agak kecil seperti gambar di bawah ini - Amie tidak potong. Seperti kebiasaannya, dalam resepi masakan Melayu Cocos khususnya masakan sambal, penggunaan jus limau nipis tetap menjadi keutamaan. Tanpanya, seakan-akan ada kekurangan pula - itu menurut MIL & FIL. Sewaktu hayat MIL & FIL masih ada, kalau Amie masakkan ikan ini untuk mereka di kampung memang mereka sentiasa berpesan .... jangan masukkan gula! Tapi untuk hidangan sendiri Amie bubuh je... bubuh sikit je.
Resepi : Ikan Gelek Masak Sambal
Olahan : Amie's Little Kitchen
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 ekor ikan gelek @ kerapu seberat 1 kg - bersihkan dan potong 2
2 biji limau nipis - perah jusnya
1/2 sudu pati asam jawa - bancuh dengan 100ml air (kalau tak bubuh pun ok - yang ini Amie selalu nampak kalau ibu-ibu masak semasa kenduri)
minyak
garam & perasa pilihan
gula
serbuk kunyit
sedikit air
Bahan kisar:
20 biji lada kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak - Amie gunakan sedikit tapi biasanya MIL gunakan lebih.
3. Masukkan ikan.
4. Masukkan bancuhan air asam jawa. Biarkan masak selama 4-5 minit.
5. Masukkan garam / perasa pilihan.
6. Akhir sekali masukkan perahan air limau - 1 biji limau nipis pun cukuplah...sebab Amie tak suka sangat yang masam-masam ni, tapi MIL & FIL suka yang masamnya terasa)
7. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.