Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, tertunailah hasrat di hati hendak makan Nasi Ala Kak Wook. Teringat rakan seladang, Ustaz Za Fauzan dari Bachok, Kelantan yang sudi kongsi resipi Nasi Ala Kak Wook hampir 10 tahun tahun yang lalu. Semoga beliau sentiasa sihat dan berjaya mencapai cita-citanya untuk mengembangkan perniagaan makanan di Malaya.
| Nasi Ala Kak Wook |
Masakan dari pantai timur memang sedap-sedap belaka. Tak dapat makan air tangan orang Kelantan, sedap juga Nasi Ala Kak Wook hasil air tangan sendiri.... ahaks! Sambalnya memang cukup rasa, asyik hendak menambah saja ke dalam pinggan.
| Set lengkap untuk hidangan Nasi Ala Kak Wook. |
| Ayam Goreng Kunyit |
| Gulai Ayam |
| Sambal Nasi Ala Kak Wook |
Encik Suami sudah keluarkan sayur sawi dan put9k jagung. Fahamlah kita memang dia akan makan nasi dengan sayur bening saja. Amie tambahkan isi ikan dori. Mula-mula Amie rebus tomato kampung bersama halia dan bawang putih. Tujuannya supaya tomato kampung akan keluarkan rasa masam manisnya. Kemudian barulah Amie masukkan isi ikan dori bersama sayur sawi dan putik jagung. Tambahkan sedikit garam saja sebab Encik Suami memang amalkan diet pemakanan kurang garam dan perasa.
Apabila Amie rasa kuahnya, sedap pula. Ada manis masam tomato kampung dengan isi ikan dori.
| Sup Ikan Dori |
| Ini gambar Nasi Ala Kak Wook dari entri lama. |
Untuk resipi Nasi Ala Kak Wook hasil perkongsian dari Ustaz Za Fauzan, bolehlah klik di sini : Nasi Ala Kak Wook
babBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kita hendak layan selera sendiri : Makan nasi dengan Ikan Cencaru Sumbat Kelapa. Kita memang dari dulu suka makan Ikan Cencaru Sumbat Kelapa. Cukuplah lauk satu ini saja makan dengan nasi. Kalau dapat sambal kelapa gaul dengan nasi putih pun sudah enak banget!
Di LD, susah hendak dapat ikan cencaru saiz sederhana kecil. Biasanya yang dijual bersaiz besar. Petang tadi singgah di pasar, dan seperti dijangkakan memang tidak ada ikan cencaru yang kecil comel. Belilah seekor yang paling kecil di antara yang bersaiz besar. Itu pun sudah mencecah 700 gram seekor. Amie suka ikan cencaru yang boleh muat dalam kuali kalau digoreng atau dipanggang.
Tidak mengapalah. Dapat saiz besar pun boleh juga disumbat sambal kelapa. Yang penting sambal kelapa itu yang sempurna rasanya.
| Ikan Cencaru Sumbat Kelapa |
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
| Ikan Cencaru Sumbat Kelapa |
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa ini Amie panggang dalam kuali ajaib. Letak menyerong supaya masak rata. Itu pun ekornya terkeluar juga dari kuali. Apabila sudah masak dan dibuka bahagian dalamnya yang penuh sambal kelapa, lupa lauk-pauk lain sebab aroma sambal kelapa semerbak menggoda!
| Singgang Ikan Batu |
Pada mulanya mungkin Encik Suami sangka Amie akan goreng ikan, jadi dia minta Amie masakkan singgang ikan batu untuknya.
Entah bila hendak ikut jejak Encik Suami, banyak makan lauk rebus setiap hari. Beratnya sudah mencecah 57 kilogram berbanding 79 kilogram sewaktu sakit beberapa bulan lalu. Bacaan gulanya pun cantik, 5.2 sahaja. Tekanan darahnya pun bertambah baik. Harapnya nanti jantungnya juga semakin sihat.
| Sambal Goreng Jawa |
Seperti biasa, kumpulkan lebihan bahan-bahan sayur. Dapatlah sedikit tempe, tauhu, kacang panjang, putik jagung dan lobak. Tambahkan udang sebagai perencah. Tak nampak pula suhun dalam gambar sebab tertutup di bawah bahan lain. Fairuz kata, kenapa sikit sangat bubuh suhun? Suka pula bujang satu ini makan sayur begini.
Eh, tiba-tiba terasa macam masak Sambal Goreng Jawa pula!
| Sup Kambing |
Untuk Fairuz dan Firdaus pula Amie masakkan Sup Kambing. Sekali lagi minta jasa baik slow cooker untuk renihkan kepingan daging kambing. Amie makan dua tiga ketul daging kambing, selebihnya habis dimakan oleh Fairuz dan Firdaus.
| Nasi Putih |
Amie kongsikan gambar dan resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa dari entri lama di bawah ini. Pada Amie ada beza ikan cencaru saiz besar dan kecil. Ikan cencaru saiz lebih kecil rasanya lebih manis... ahaks!
| Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Kegemaranku! |
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Bahan-bahan:
- 1-2 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah bahagian belakang
- 1 cawan kelapa parut
- 1/2 biji cili merah - buang biji
- 3 biji cili padi hijau
- 1 helai daun kunyit muda - hiris halus
- 1 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris halus
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 sudu kecil belacan
- 1/2 sudu kecil pati asam jawa
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- garam / gula / perasa pilihan
- Tumbuk cili merah, serai, belacan, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
- Masukkan kelapa parut, serbuk kunyit, asam jawa, garam / gula / perasa pilihan dalam lesung dan tumbuk lagi tetapi jangan sampai kelapa parut hancur.
- Seterusnya masukkan hirisan daun kunyit dan gaul sebati.
- Isikan sambal kelapa melalui belakang ikan cencaru.
- Panggang atau goreng ikan cencaru sumbat hingga masak.
Bismillahirrahmanirrahim.
Apa cerita kawan-kawan di hari minggu? Amie duduk di rumah, merehatkan diri bermalas-malas sahaja. Teringat kata-kata tukang urut minggu lepas, selain stres badan kita juga sangat letih! Benar itu. Umur pun sudah menjangkau usia emas. Bawa-bawalah berehat.... ahaks! Kadang-kadang semangat saja yang besar tetapi terlupa hari demi hari kudrat semakin lemah. Jadi, berpada-padalah. Sudah habiskan tenaga di ladang, kembalikanlah tenaga sewaktu berada di rumah. Apa pun Alhamdulillah dengan anugerah kesihatan yang Allah kurniakan untuk menyambung hidup di ambang senja ini.
Tengah hari tadi Amie masak nasi berlaukkan Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan dengan ulam Rumpai Laut @ Latok. Amie tambahkan acar @ kerabu campur. Banyak bahan campurannya sebab hendak habiskan stok. Selain hirisan lobak merah, timun dan mangga, Amie tambahkan hirisan peria dan bunga kantan. Itulah acae @ kerabu kegemaran Encik Suami. Ada sedikit telur ikan putih, Amie goreng sahaja dengan bawang.
| Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan |
| Sambal Pencecah Latok |
| Acar @ Kerabu Campur |
| Telur Ikan Putih Goreng Bawang |
| Telur Masin |
| Nasi Putih |
| Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan |
Ikan tenggiri ini Amie perap dengan garam, halia, bawang putih dan asam jawa. Tambahkan serbuk cili dan serbuk kunyit. Renjiskan sedikit minyak dan balut dengan daun pandan. Kemudian panggang dalam kuali ajaib. Semerbak harum wangi pandan ketika dipanggang.