Makan Malam di Harmony City Hotel Jerusalem
10:04 PTGAlhamdulillah.
Sebaik sahaja kembali dari Masjidil Aqsa, kami terus ke dewan makan. Di hadapan kami terhidang makan malam yang sederhana. Ada nasi putih yang dimasak gaya Timur Tengah bersama lauk ayam panggang berempah, dan satu hidangan berkuah yang pada awalnya Amie sangkakan ayam. Namun apabila dicuba, rupanya isi ikan yang lembut, putih dan hampir tiada tulang, seakan ikan dory.
Amie hanya mengambil sedikit nasi bersama sepotong ayam panggang dan sekeping ikan sahaja dan serba sedikit mezze. Setiap suapan terasa menghangatkan. Bukan sekadar kerana makanannya panas, tetapi kerana tubuh yang keletihan akhirnya dapat berehat. Keinginan besar pada masa ini hanyalah untuk meluruskan pinggang setelah menjamah sedikit makan malam.
Dan tidak lepaskan peluang ambil beberapa hirisan limau yang manis dan menyegarkan sebagai pencuci mulut!
Di meja buffet, tersusun pelbagai hidangan mezze seperti salad segar dan sayur-sayuran yang diolah dengan penuh rasa. Tertarik pula melihat tabbouleh, warnanya hijau segar dengan taburan tomato merah, disimbah perahan lemon yang menaikkan selera. Rasanya ringan, masam-masam segar, sesuai benar dimakan dalam cuaca sejuk di Jerusalem.
Ada juga salad kobis yang lembut, serta hidangan sayur tumis yang dimasak dengan minyak zaitun, ringkas tetapi cukup rasa. Di satu sudut, terhidang sayur goreng seperti terung dan kentang, dihiasi hirisan lemon dan daun herba.
Seperti biasa, Amie tidak lepaskan peluang untuk mengenali dan berkongsi hidangan Timur Tengah iaitu mezze atau hidangan pembuka seperti di bawah ini.
| Makdous - Sayur Goreng Campur |
| Salad Kobis |
| Tabbouleh |
Tabbouleh diperbuat daripada bulgur, daun parsley, tomato cincang dan disiram dengan jus lemon serta minyak zaitun. Rasanya segar, sedikit masam. Tabbouleh merupakan mezze atau pembuka selera yang sangat popular di sini.
| Salad Kobis Merah |
| Mesin minuman panas automatik. |
| Firdaus di sebelah daun pintu lift. |
| 9"C |
14 comments
Allahuakbar bestnya dapat solat Di masjidil Aqsa. Mudahan satu masa nanti dapat sampai Di sana. Aamiin
BalasPadamIn syaa Allah, mudahan Notie ada rezeki ke sini.
PadamTenguk menu ada terung.... Bestnya. Lift ajaib gitu
BalasPadamSedap terus tu, ada rasa manis.
PadamMeriah dengan salad je menunya. Sesuai la kalau mengamalkan vegetarian & diet. Lift macam kat rumah la ada pintu.
BalasPadamAsa menu utama tapi tak ambil gambar. Ambil gambar mezze @ hidangan pembuka saja.
PadamMemang penat berjalan. Jadi duduk sambil makan untuk rehatkan kaki. Suka air panas juga
BalasPadamYa, air panas / kosong pilihan terbaik.
PadamBila sudah penat berjalan, yang terbayang hanyalah tilam dan bantal. Tapi, perut jika tidak diisi, risau lapar sepanjang malam pulak. Sejuknya Kak Amie, 9°c tu boleh menggigil dibuatnya.
BalasPadamSebagai penyuka sayuran, yg begini ini saya akan sukaaaaa bangettttt 😍😍😍😍. Pastilah aneka salad dan sayur akan saya coba. Sehat2 makanan mereka ya kak. Makan banyak pun tak kuatir gemuk 😄
BalasPadamSaya agak seram dengan model lift yg pakai pintu begini. Beberapa kali jumpa juga. Agak ngeri ketika dibuka, dan lift sedang ada di atas atau bawah. Saya macam seram saja melihat ruangan terbuka yg tinggi begitu
Unik pulak lift nya camtu.. kiranya kalau lift tu di atas atau dibawah kalau kita buka pintu takde lantai lift lah kan.. aishhh serem pulak. Atau mungkin juga pintu lift tu tidak boleh dibuka.
BalasPadamWalaupun tak banyak pilihan tapi nampak sedap2 semua pelbagai jenis sayur tu nampak sedap
BalasPadampintu lift tu nampak mcm pintu stor pulak.. oldskol betul!
BalasPadamsegar rasanya kalau dapat mandi air panas kan kak amie...pelik ye lift ada pintu kita kena extra alert nampaknya...kalau tak pasti lama menunggu
BalasPadam