Pengumuman Pemenang Teka Merentas Benua Menuju Destinasi Impian
4:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi setelah berhibernasi di musim sejuk sejak hujung tahun 2025. Hari ini barulah sempat masuk dapur maya walaupun permulaan 2026 sudah berlalu. Belum terlambat rasanya untuk Amie ucapkan Selamat Tahun Baharu 2026. Semoga yang baik-baik sahaja yang akan mendatangi hidup kita pada masa hadapan.
Sebelum menutup dapur maya tempoh hari, Amie sempat tinggalkan satu teka-teki untuk rakan pengunjung Amie's Little Kitchen di sini: Merentas Benua Menuju Destinasi Impian. Kali ini Amie bermusafir bersama Encik Suami dan Firdaus.
Amie tinggalkan teka-teki untuk rakan-rakan pengunjung kesayangan yang selalu memeriahkan Amie's Little Kitchen:
- Sebutkan nama negara yang akan kami kunjungi.
- Boleh teka hingga lima buah negara.
- Bayangan negara yang bakal dikunjungi : Terletak di Timur Tengah.
Kami akan menaiki pesawat Air Arabia dari Kuala Lumpur ke Sharjah Airport dan bermalam di Dubai. Keesokannya barulah sambung penerbangan ke destinasi impian.
Jawapan sebenar untuk nama negara yang kami kunjungi ialah :
Ada yang menjawab Dubai, tetapi itu hanya tempat persinggahan sahaja dan sudah Amie jelaskan bahawa kami menaiki pesawat Air Arabia dari Kuala Lumputr ke Sharjah Airport dan bermalam di Dubai. Jadi, bagi sesiapa yang meneka 'Dubai' tidaklah termasuk dalam kategori pemenang.
Amie belanja beberapa keping gambar kembara Jordan dan Palestine di bawah ini.
| Melaram pakaian tradisional Jordan di musim sejuk. |
Terima kasih tidak terhingga buat semua peneka yang memeriahkan dapur maya Amie. Tahniah buat peneka yang berjaya. Kepada yang kurang tepat meneka, in syaa Allah pada masa akan datang, ada rezeki ke luar negara Amie akan adakan segmen begini lagi dan kalian boleh cuba teka lagi.
Tanpa melengah-lengahkan masa, Amie umumkan pemenang Teka Merentas Benua Menuju Destinasi Impian iaitu:
- Roziah @ Chie - BLOG ROZIAH @ CHIE
- Puan Hazel - Hari hari yang ku lalui...
- Kak PI - Karyaku...Paridah Ishak
- Rawiwa - Wife to @ Jalan Rebung
- Mama Tisya - .:: My Life & My Loves ::.
Tahniah sekali lagi buat peneka yang berjaya. In syaa Allah Amie akan kirimkan oleh-oleh kecil dari negara-negara yang kami lawati.
Mohon emelkan details seperti nama penuh, alamat dan nombor telefon untuk urusan pengeposan hadiah terutamanya Kak Paridah Ishak dan Mama Tisya kepada salamiez@gmail.com
Harapnya semua details Cie, Puan Hazel dan Faizahanum (Rawiwa) masih ada dalam kotak emel.
Sekian, catatan pertama 2026.
14 comments
ALHAMDULILLAH SELAMAT KEMBARA KA PALESTIN DAUS PUN IKUT...TERIMA KASIH BANYAK TURUT SENARAIKAN KAK SEBAGAI PEMENANG NANTI KAK EMEL ALAMAT YA...SYUKUR BEROLEH REZEKI XTERDUGA
BalasPadamWah…jauh Firdaus berjalan.
BalasPadamTahniah para pemenang 👏🏽
Wah..Firdaus pun ikut la.....tahniah buat semua pemenang
BalasPadamAlhamdulillah tabarakallah, rasa nak menangis, rupanya Akk ke bumi barokah Filastin 🥹 Di sebalik perang yang berlalu, syukur Allah izinkan Akk ke sana. Daus pun ikut serta. Tahniah dah sampai ke tempat suci, kiblat pertama kita. Sy tumpang gembira dan syukur alhamdulillah. Sebak !
BalasPadamAlhamdulillah...seronoknya dengar...kak Amie direzekikan ke kiblat pertama umat Islam..
BalasPadamAlhamdulillah tak sangka terpilih. Terima kasih kak. Takpe kalau takde nanti Cie emelkan je untuk memudahkan akk tak perlu search. Alhamdulillah dah selamat kembali ke tanah air. Beruntungnya dapat ke tanah Palestin.
BalasPadamKak Amie, happy new yeaaaaar. Rindu nya baca tulisan2 kak Amie... Ditunggu cerita palestin kaaaaak 😍😍😍😍. Ya Allah beruntungnya kakak bisa kesana ❤️. Teringin juga sayaaa.
BalasPadamWah nama kita terselit...nanti kita email ye details... Wah ke Jordan & Palestine
BalasPadamdh email details...TQ
PadamTahniah kepada yang berjaya meneka dengan tepat:)
BalasPadamTahniah yang meneka dengan tepat.
BalasPadamTahniah kepada peneka yang hebat. Ada membaca tetang teke ni, tapi saya terlepas meneka lah pula..mybe teka pun ke laut..seronoknya menang ni.
BalasPadamAlhamdulilah.. terselit juga nama saya... Ya Allah kak.... tak sangka sampai ke Palestine akak pergi. Tak terfikir pulak negara ni dalam pakej negara Timur Tengah untuk dilawati. Pasti kami tertunggu² coretan tentang bumi Allah ni.
BalasPadamAlamat saya masih sama kak.
Alhamdulillah Kak Amie dah sampai bumi Palestine. Excited nak tunggu cerita selanjutnya. Moga kami sampai ke sana juga nanti, Aamiin. Tahniah buat pemenang.
BalasPadam