Bermalam di Park Inn by Radisson Putrajaya
10:07 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan 20 Disember 2025, bersamaan pada hari Sabtu. Dan cuti pun bermula....
Kami terbang dari LD - KK - KLIA1. Beberapa minggu sebelum itu Amie minta Abang Farid tempahkan hotel berhampiran KLIA1 memandangkan kami akan tiba waktu malam. Rasanya hendak merehatkan diri dahulu sebelum sambung perjalanan balik kampung. Abang Farid kurang sihat, jadi agak lewatlah hendak tempah hotel. Minggu terakhir kami hendak terbang barulah Abang Farid mula meninjau-ninjau hotel yang berdekatan. Sayangnya kebanyakan hotel berhampiran KLIA1 sudah penuh. Akhirnya Abang Farid dapat menempah dua bilik di Park Inn by Radisson Putrajaya.
Penerbangan yang dijadualkan mendarat di KLIA1 pada pukul 08:40 akhirnya tiba lewat pukul 09:30 malam. Setelah proses mengambil bagasi, bergegas pula ke Suria Car Rental untuk urusan sewa kereta.
Alhamdulillah, selain Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah muncul pula Fuad dari Johor menyambut kami di KLIA1.
Begitu dan begini, hampir pukul 12:00 tengah malam kami sampai ke hotel. Fuad jadi pemandu kereta. Syukurlah, rezeki untuk Fuad dapat tempah lagi satu bilik secara walk in.
| Agoda - Park Inn by Radisson Putrajaya |
| Agoda - Park Inn by Radisson Putrajaya |
Apabila belek gambar dalam galeri, kenapa hanya ada dua buah beg? Mana pergi satu lagi - beg warna hijau milik Firdaus? Oh, baru teringat rupanya Firdaus tidur sebilik dengan Fuad!
Memandangkan sudah larut malam, mata pun hendak terpejam saja... ahaks! Sebelum lelapkan mata sempat juga merakam suasana hotel empat bintang ini. Kata Abang Farid hanya bilik begini sahajalah yang tinggal.
| Ada TV Skrin Rata di dinding tapi manalah sempat hendak buka dan tonton! |
Jom intai bilik airnya pula. Memang puas hati melihat bilik air yang luas, kemas dan bersih.
Begini pula keadaan tempat menyangkut pakaian dan juga iron board. Kreatif pula cara susun aturnya. Tiada almari pakaian disediakan sebagaimana kebiasaannya.
Sehelai sejadah dilipat terletak di rak paling atas. Sterika pula tersangkut di tepi rak. Botol air mineral diletakkan di dalam mini peti sejuk.
| Teh dan kopi serta gula dan krimer turut disediakan. |
Kalau Firdaus tahu ada kolam renang di sini, mesti dia hendak mandi!
| Agoda - Park In by Radisson |
Dapatlah hilangkan letih berterbangan dari LD ke KL. Cukup rehat dan cukup tidur sebelum sambung perjalanan balik kampung. Macamlah kampung kita tu jauh di hujung lagit.... hihihiii! Malam tadi sewaktu sampai di hotel tak dapat jumpa Hamzah sebab cucunda kita dah tidur. Abang Farid daftar masuk hotel waktu petang, lebih awal sebelum kami sampai.
| Agoda - Park Inn by Radisson |
Bangun pagi, sibuklah Encik Suami telefon Fuad untuk sarapan bersama-sama. Waktu itu Abang Farid datang ke bilik kami bersama Hamzah. Aduhai cucunda nenda yang dikasihi!
8 comments
Selamat kembali ke Malaysia ya. Cantik sekali dan aman damai di Park Inn Puterajaya..
BalasPadamOo Fuad dah keje Johor pulak ya.
BalasPadamSempatlah berkumpul satu family sebelum sama² balik kampung. Ehhh.. Fairuz je tertinggal kat KK.
Park Inn ni walau nama dia Putrajaya tapi sebenarnya di Kajang berdekatan dengan Uniten. Uniten tu pun katanya kampus Putrajaya juga. Nampak selesa juga hotel ni Amie.
BalasPadamMasa survey hotel hari tu nampak jugak hotel ni. Boleh la nanti book yang ni pulak.
BalasPadamAlhamdulillah selesa dan cantik hotelnya. Berbintang² pulak tu :)
BalasPadamwaaahhhhhh nampak selesa luasssss yg penting bilik air bersih! ehehe
BalasPadamBersih kemas memang selesa nampak hotel ni
BalasPadamwah selesa sekali hotel penginapan bercuti
BalasPadam