Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kami mengupah dua orang untuk membersihkan rumah termasuk mengemas pakaian dan dimasukkan ke dalam kotak. Tentang pakaian, walaupun setiap tahun 'keluarkan' dari almari tetapi tahun berikutnya bertambah-tambah pula jumlahnya. Hari ini fokus kerja-kerja mengemas pakaian milik Amie sahaja termasuk baju kurung, blouse dan tudung.
Hasilnya, dua kotak baju kurung, dua kotak tudung dan tiga kotak lagi berisi pelbagai blouse dan pakaian lain. Terpulanglah kepada tukang kemas, samada kotak-kotak berisi pakaian itu untuk dirinya atau untuk orang lain. Sewaktu melipat baju kurung, katanya selain untuk dirinya dia hendak hantar ke madrasah. Alhamdulillah.
Encik Suami pula ikut mengemas 'harta karun' dalam kotak di balkoni. Encik Suami minta pendapat Amie untuk sedekahkan sahaja beberapa keping karpet dan cadar. Amie kata, eloklah begitu sebab kalau disimpan pun tidak digunakan juga.
| Kotak-kotak berisi pakaian. |
Dengan aktiviti mengemas pakaian dan membersihkan rumah diharapkan agar kediaman kami lebih selesa. Mudah-mudahan kalau balik dari ladang tidaklah kepala tambah serabut melihat rumah yang selalunya tonggang terbalik seperti kapal karam.... ahaks!
In syaa Allah, akan datang menyusul Hari Minggu Hari Mengemas Fasa II pula. Kali ini sasaran ke bilik anak-anak dan almari pakaian Encik Suami pula.