Ayam Panggang Rosemary

4:39 PG

Agak lama juga Amie tak buat Ayam Panggang Rosemary. Tanam pokok rosemary pun asyik mati saja ha ha haaaa! Jadi gunakan rosemary kering sajalah.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam seberat 1.5 kg
1 biji lemon - perah jusnya
4 biji kentang - kupas dan belah 2
1 batang lobak - buang kulit dan potong bulat
2 batang jagung - kupas kulit dan potong 3
1 biji bawang Holland - kupas kulit dan belah 2
2 biji tomato - belah 2
5 hirisan lemon
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
2 sudu besar stok ayam pekat
7 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar mentega

Bahan tumbuk / kisar:
3 cm halia
1 sudu besar rosemary kering
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara:
1. Lumurkan ayam dengan perahan jus lemon sehingga rata.
2. Goreng bawang putih hingga kekuningan menggunakan minyak zaitun. Kemudian tumbuk bawang putih hingga lumat.
3. Gaulkan bawang putih tumbuk bersama minyak zaitun dan kesemua bahan tumbuk / kisar. Tambahkan gula perang, garam dan stok ayam pekat.
4. Kemudian lumurkan pada ayam dan perap di dalam peti sejuk selama 4 jam.
5. Rebus kentang, jagung dan lobak merah sehingga 3/4 masak. Angkat dan lumurkan dengan lebihan rempah perapan ayam.
6. Susun ayam, kentang, lobak merah, jagung, tomato, bawang Holland dan hirisan lemon di dalam tray pembakar.
7. Sapukan mentega pada ayam dan sayur-sayuran.
8. Baar dalam oven di antara 180-200'C selama 1 jam.

Jika suka, sediakan sos lada hitam sebagai pencecah ayam panggang. 
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar - cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
1 sudu kecil kicap pekat
1 cawan susu segar
1 sudu kecil stok ayam pekat

Cara:
1. Cairkan mentega.
2. Goreng bawang besar hingga kekuningan.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
4. Tambahkan lada hitam tumbuk dan sos lada hitam, kicap pekat serta stok ayam pekat.
5. Akhir sekali masukkan susu segar.
6. Gaul rata dan padamkan api dapur apabila sos lada hitam mula mendidih.

 Selamat menjalani ibadat puasa!

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pahang Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Selangor Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan trav Western Food Wordless Wednesday

Subscribe