Ayam Goreng Sos Lemon
8:22 PTG
Teringat beberapa hari sebelum tibanya bulan puasa, kami anak beranak makan di luar. Masing-masing dengan pesanan makanan panas yang digemari. Ketika menunggu hidangan tiba, Amie meninjau di bahagian lauk pauk, mana tahu ada hidangan yang enak, bolehlah buat pesanan tambahan. Amie terpandang ayam masak sos lemon dan meminta pelayan restoran membawa sepinggan ke meja kami. Sementara menunggu pesanan hidangan tiba, anak-anak mencicipi ayam masak sos lemon... dan akhirnya habis sepinggan! Walaupun hidangan masing-masing sudah ada di depan mata tetapi ketika Amie memesan sepinggan lagi ayam masak sos lemon, sekali lagi habis licin! Oh! Rupa-rupanya anak-anak suka ayam masak sos lemon.
Hari ini Amie memikirkan seketika cara tersendiri untuk menyediakan Ayam Goreng Sos Lemon. Amie inginkan hasil gorengan ayam yang rangup di bahagian luar dan berjus di bahagian dalamnya. Untuk itu Amie gunakan bahagian peha ayam, memandangkan Amie juga kurang menggemari bahagian dada. Untuk sosnya pula, Amie inginkan warna yang cantik tanpa menggunakan sebarang pewarna, dan juga rasa yang sedap! Jadi Amie campurkan jus lemon bersama jus limau sunkist yang manis, serta pekatan pati oren sunquick selain sedikit sos plum dan Stok Ayam Pekat Maggi. Oleh sebab, jus limau sunkist sudah manis, Amie tidak tambahkan gula dalam sos ini.
Inilah hasilnya... nampak lembut berjus di bahagian dalam, dan rangup di bahagian luar. Amie hanya membuang tulang ayam, dan membiarkan saja kulitnya diperap bersama beberapa jenis tepung.
Amie betul-betul berpuas hati dengan hasil Ayam Goreng Sos Lemon ini. Anak-anak dan Encik Suami kata... sangat sedap! Mana tidaknya.... bukan saja Ayam Goreng Sos Lemon licin, nasi dalam periuk pun habis dikorek tak tinggal baki!
Wokeeeeyyyy... masa untuk kongsi resepi. Kalau sesiapa berminat nak buat, dipersilakan dengan segala senang hati, tapi pastikan kena buat lebih sedikit dari kebiasaan, takut ada yang menjilat jari! Biasanya kalau masak ayam, Amie gunakan 2 bahagian peha tapi untuk resepi ini Amie gunakan 3!
Bahan-bahan:
3 keping daging ayam bahagian sukuan peha - bersihkan dan pisahkan / buang semua tulang
1 biji telur ayam - ambil putih telur
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggi Cukup Rasa
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung beras
1 sudu teh serbuk lada putih
minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam
Cara:
1. Gaul daging ayam bersama serbuk pati Ayam Cukup Rasa hingga rata dan kemudian celupkan ke dalam putih telur.
2. Campurkan serbuk lada putih, tepung jagung, tepung gandum dan tepung beras dan gaul sebati.
3. Salutkan daging ayam tadi dengan campuran ketiga-tiga tepung.
4. Panaskan minyak yang banyak. Goreng tenggelam daging ayam tadi sehingga masak atau berwarna kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan.
6. Potong ikut citarasa masing-masing dan tuangkan sos lemon di atasnya.
6. Potong ikut citarasa masing-masing dan tuangkan sos lemon di atasnya.
Untuk sosnya pula, terpulang sekiranya anda inginkan yang cair atau sebaliknya. Sebenarnya Amie terlupa untuk masukkan gula, tapi bila berbuka puasa barulah Amie teringat. Bagaimana pun disebabkan jus limau sunkist yang Amie gunakan memang manis, jadi rasanya sudah cukup lazat! Sekiranya jus limau yang agak masam, mungkin perlu tambahkan sedikit gula.
Bahan-bahan:
1 biji lemon - ambil jusnya - lebih kurang 3 sudu besar
2 biji limau sunkist - ambil jusnya - lebih kurang 1 cawan
4 sudu makan pekatan pati oren Sunquick
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan Stok Ayam Pekat Maggi
1 labu bawang besar - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar mentega
2 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 3/4 cawan air
Cara:
1. Panaskan mentega dan goreng bawang besar serta bawang putih hingga hampir kekuningan.
2. Masukkan jus lemon, jus limau sunkist dan pekatan pati oren Sunquick, sos plum serta Stok Ayam Pekat Maggi.
3. Masak sehingga kuah mendidih, dan kemudian perlahankan api.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau seketika sehingga sos menjadi pekat.
5. Padamkan api dapur.
6. Tuang sos di atas ayam goreng tadi.
Selamat mencuba! Anak anda pasti menggemarinya!
8 comments
Nampak sedap ayam ni...hubby suka jugak ayam lemon..tapi versi bakar..nanti nak try resepi amie lak..:)
BalasPadamsedapnya..sy suka ni
BalasPadamNsmpak macam sedap,di retorem makan tengahari tadi makan empat ketul tak cukup.
BalasPadamAssalam sis, sy copy ye,, tenks..
BalasPadamSaya copy ye
BalasPadamSalam sis..saya share ya..tq
BalasPadamAssalam akak , minta izin print ya resepi ni . Tadi nak buat nasi ayam lemon tak jadi hahahahaa :D
BalasPadamDah try.coating die best.cuma kne tmbh garam sket.will keep dz recipe.tq tt
BalasPadam