Sate Sotong Bercili
10:34 PTG
Banyak bahan makanan yang boleh dijadikan 'sate.' Selain menikmati sate ayam, sate lembu, daging kambing, arnab dan tidak ketinggalan sate kerang Amie juga teruja ingin merasai sendiri mengolah hidangan sate sotong!
Kuah Sate Sotong Bercili sangat sedap! Habis licin 700gram sotong yang Amie jadikan sate! Terima kasih buat Encik Suami & anak-anak yang tidak pernah jemu mencuba resepi-resepi baru yang Amie cuba di dapur! Tanpa mereka yang tidak banyak songel ini apalah yang ada pada Amie's Little Kitchen kaaannn...
Resepi : Sate Sotong Bercili
Sumber : Resepi Sate - Dapur Alma Siti Salwa Tumiran
Bahan-bahan:
1000 gram cumi-cumi segar- ukuran sederhana - Amie gunakan 700 gram
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh garam
3 sudu makan minyak untuk menumis
5 lembar daun pulut
200 ml santan dari 1/4 biji kelapa
25 lembar daun kemangi (daun selasih)
Perencah:
4 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
8 tangkai lada merah - Amie gunakan cili kering
5 biji buah keras
3 cm kunyit
2 cm halia
1 sudu teh belacan
1 sudu teh garam
Cara:
1. Kupas kulit ari cumi - bersihkan - lumurkan dengan air asam dan garam hingga rata - masukkan (kepala) dalam badan cumi
2. Panaskan minyak, tumis perencah yang dikisar dan daun limau purut hingga harum.
3. Tambahkan santan dan masak hingga kuah mengental.
4. Masukkan cumi, masak hingga cumi berubah warna.
5. Masukkan daun kemangi, masak hingga kuah menyusut. Angkat dan toskan.
6. Tusukkan cumi-cumi dengan lidi sate.
7. Bakar di atas bara api hingga warna keperangan.
8. Angkat.
9 comments
Menarik. Lain daripada yang lain.
BalasPadamMaksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.
T.Kasih kerana sudi berkongsi resepi.
BalasPadamHye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
BalasPadambest, menarik lah amie resepi ni...nnti kak ruby nak kongsi ye
BalasPadamSedap niii!, kreatif Amie ni,
BalasPadamtergodaa sangat dengan sate ni..ohoo
BalasPadamkreatif sangat. Mintak secucuk Amie hehehe
BalasPadammaksud cumi-cumi tu apa ya? apa beza cumi-cumi dgn sotong?
BalasPadamPutera Umair,
BalasPadamorang kata cumi-cumi tu jenis sotong kecil, tulang belakangnya nipis. Sotong pula saiznya lebih besar dari cumi-cumi dan tulang belakangnya agak keras. Tapi kita biasa panggil dengan nama yang sama iaitu sotong. Sorry ...kalau tak betul, sila rujuk tuan google.