ADSENSE

Selasa, 4 Mac 2014

Begedil @ Pegedel Udang

Ada yang panggil pegedel. Ada yang sebut begedil, bergedil atau pegedil. Mana satu yang betul ye.... Apa-apa sebutan pun yang penting bahan asas dan cara olahannya tetap sama. Masa kecik-kecik dulu memang suka makan begedil, tapi malas nak bantu menyiapkannya. Amie tengok macam susah nak buat... kena goreng kentang, lenyek kentang, siat-siat daging ayam atau daging lembu, bubuh itu ini dan nak goreng pun kena celup dulu dalam telur! Pendek kata, memang sehingga usia remaja Amie tak pernah merajinkan diri membuat pegedil. Sekarang kenalah buat sendiri kalau nak makan! Tapi tak susah mana pun, walaupun beberapa kali buat tak berapa menjadi sebab bila digoreng, pecah bertabur pulak isi begedil.



Entah tahun bila, Amie sendiri lupa.... sewaktu Bonda berkunjung ke Lahad Datu, Amie merajinkan diri buat soto. Bonda buat sendiri taugeh ekor pendek yang rasanya lemak rangup! (Amie buat taugeh tak pernah menjadi). Ketika Amie hendak menyediakan begedil, Bonda tegur Amie.... jangan rebus kentang! Katanya, nanti tak berapa menjadi. Bukankah orang kampung kita pun ada yang rebus kentang? Bonda kata kena tengok jenis kentangnya. Ada kentang yang keras dan ada jenis yang lembik.... alamak! Amie tak tahu itu semua. Jadi, kata Bonda, untuk selamat eloklah goreng kentang. Wokeeeeyyy.... Amie pun goreng dan sehingga ke hari ini Amie terus pilih cara goreng dan bukannya rebus atau kukus.
Kali ini Amie gunakan dua jenis kentang.... kentang kulit merah dari Kundasang dan kentang biasa. Amie goreng dan lenyek halus... dapatlah 2 cawan penuh. Amie tambahkan sedikit udang kering tumbuk dan secawan udang basah yang telah dihiris.


Resepi : Begedil @ Pegedel Udang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan kentang goreng yang telah dilenyek halus
1 cawan hirisan udang basah
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan hirisan daun bawang dan daun sup
garam / gula / perasa pilihan secukup rasa
sebiji telur
minyak

Bahan tumbuk:
1 sudu makan udang kering - rendam hingga kembang
1 sudu teh lada putih

Cara:
1. Masukkan kentang lenyek ke dalam mangkuk, disusuli dengan udang basah, bawang goreng, hirisan daun bawang dan daun sup serta perasa.
2. Gaul sebati dan kepal-kepalkan mengikut saiz yang dikehendaki. Kemudian bulatkan dan tekan hingga menjadi agak leper. Kemaskan bahagian tepinya supaya menjadi bulat dan rata.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
4. Sementara itu pecahkan sebiji telur dan pukul ringan.
5. Setelah minyak panas, masukkan salutkan begedil dengan telur dan terus goreng dengan api sederhana kuat. 
6. Goreng sehingga begedil masak atau kelihatan kuning kecoklatan.
7. Angkat dan toskan.

Silakan mencuba resepi ini.... Encik Suami & anak-anak berebut makan sampai habis licin!

5 ulasan:

ummiross berkata...

Amie..sedapnya!, bagusnya petua Bonda Amie tu, terima kasih berkongsi tip ye.

Tihara berkata...

bestnya begedil
fav saya ni kak
dah lama tak buat :)

Yana Shaiful berkata...

InsyaAllah nnt yana cuba..xpnh lg mkn begedil udang..mst sedap ^_^

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum amie...
nani panggil begedil.. hehehe.. tapi nak citer ni.. secret tau.. :P kuang kuang kuang.. nani pernah wat.. tapi kan hancus.. hahahaha.. terlebik ke apa tak tau ler.. terus tak berani wat dah.. sedapnya letak udang..
eh.. kentang kulit merah kundasang tu sedap ke amie? belum penah makan.. rasanya pernah nampak kot kat pasar.. tapi tak berani la nak beli.. takot mahal sangat kot..

NINA FARHANA berkata...

Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah ๐Ÿ˜Š

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1