Puding Coklat Berlaici Yummeh

11:03 PG

Assalamualaikum.
Hari ini sempat sediakan Puding Coklat Berlaici Yummeh walaupun hasilnya tak seberapa menjadi dan cantik seperti yang dihasilkan oleh tuan punya resepi asal, siapa lagi kalau bukan Shahriah Abdullah. Agaknya sebab kelam-kabut nak pergi ke sekolah, lepas tu sambung aktiviti Jejak Kasih pada sebelah petangnya pula. Sepanjang bulan September ini memang terpaksa berada 6 hari seminggu di sekolah. Petang nanti tak tahu sampai pukul berapa kami menjejaki rumah-rumah anak murid yang rajin ponteng sekolah untuk berbincang bersama ibu bapa mereka. Kami sentiasa menurut perintah (biarpun hati terluka dan tercalar) kerana akhir-akhir ini profession kami semakin dipandang hina oleh segelintir insan yang tak akan faham sampai bila-bila pun tentang bidang tugas kami ini kerana mereka hanya tahu memandang dan mengutuk sahaja! Macam melepas gerammmm.... he he he ehhh... apa boleh buat, kami pun ada hati dan perasaan macam orang lain juga.  Iyelah.... 99% yang elok tak dipandang, tapi 1% yang dipandang buruk itulah yang diperbesar-besarkan seolah-olahnya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga! 


Bolehlah klik di dapur Shahriah  DI SINI untuk mengetahui resepinya dengan lebih lanjut.



Apa pun, hasilnya memang sedap, manis laici, masam manis hiasan buah strawberry & lemak puding coklatnya tu buat kita tak cukup makan segelas!


Jumpa lagi!

18 comments

  1. wahhhh terliur la kak...time laki tak der umah ni boleh la memudingkan diri..laki mieza bukan suka pun makan puding...mieza dgn anak2 je laaa

    BalasPadam
  2. Memuding Mieza...sekali-sekali memuding memang best! JOm slurrppp sluurrpppp!

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum... Kak Amie cayangg... tq so much kerana sudi cuba puding coklat berlaici sha yang tak seberapa tu yaa.. pada sha dah cukup menggiurkan! kecur tak sudah dah ni hehehe.. tahniah Kak Amie siap dengan gelas berkaki lagi... wahh siapalah yang dapat makan tu yaa..

    Kak Amie adatlah Kak Amie sebagai pendidik ni banyak dugaan yang terpaksa di tempuhi. Sha pulak dari dulu sehingga kini memang menyanjung insan yang bergelar 'guru dan pendidik' dari merekalah kami semua belajar tiap perkara... setiap hari kesekolah dari pagi ke petang semua didikan A-Z dari guru... tanpa guru siapalah kami.. jasa guru akan kami kenang sampai bila-bila.. i luv guru! ;)

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam Sha,
    he he he heh resepi yang Sha paparkan memang mudah dan ringkas, sama juga yang ada dalam buku resepi tu, tapi hasilnya tetap sedap, membuka selera...
    hmmm.. entahlah Sha, agaknya dah sampai tahap 'kecewa' tu sebab rasa semacam aje, memang kami yang satu profession seakan-akan sudah fobia dengan gelaran ini sehingga dari pengetua sendiri sepakat tidak mahu anak-anak kami ikut jejak kami... he he heh terharu baca tulisan Sha tu.

    BalasPadam
  5. cantiknya decorate, mmg terus terliur..dap ni :)

    BalasPadam
  6. assalam amie..kalau dimakan masa sejuk..mesti sedap sangat ni kan

    BalasPadam
  7. Amie..pasti sedap puding tu, menarik pulak hiasannya, ummi suka tengok, suka makan juga hehe..

    Betullah kan, ada juga terbaca kt fb yang mengutuk guru berlebihan, agaknya orang macam tu lahir je terus pandai, jadi dia takde guru yang perlu dihargai.
    Sabar ye Amie..insyaAllah besar ganjarannya disisi Allah SWT.

    BalasPadam
  8. kak amie..mau seger nih buat melly yg lagi susah hati..huhuhu
    aihhh kalo kak amie cikgu nya anak anak,sengaja melly suruh ponteng biar kak amie dtg rumah bawa makanan sedapa..sedap..heee

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum wbt,
    Amieeeeeee....dr jauh dh jerit nama Amie, aku rindu padamuuuuu....hehehe. Selamat hari raya, maafkan daku zahir dan batin ya Amie sayang (masih terasa pelukan Amie yang sungguh erat itewww) Maaf kerana lama tak singgah ke dapur Amie, dah ujung2 syawal baru nak sampai, hehehe. Lepas projek biskut raya hari tu, sambung pula projek kek raya dsbnya, ni pun baru lepas godek kek. Sebenarnya takla banyak manapun tapi disebabkan penyakit M dah melanda maka begitulah kejadiannya.

    Tkasih juga kerana sudi mendoakan akak, semuga dgn berkat doa Amie dan teman2 semua, dpt akak menghasilkan yg lebih baik, insyaAllah. Pssst, puding tu nampak sungguh gojessss, menyelerakan gitu, lately ni hasil airtangan Amie tambah mengancam, kalah kita kat sini......huhuhu.....

    Biasalah tu Amieeee, adat manusia, lebih suka mengingati keburukan daripada kebaikan. Sabar jer laaaaa dik nonnnn...

    BalasPadam
  10. puding ni klau dimkn time sejuk..fuhhhhhhh

    BalasPadam
  11. Assalam Amie.
    Cantik dan nampak sungguh sedap puding ni.Akak pun suka mencuba resepi Sha senang dan ringkas yg penting rasanya sedap sekali.

    BalasPadam
  12. semalam baru nampak kak sha tayang,skrg nie nampak lak kt dapur kak amie...saya nie bila lah nk try..heheheh...

    BalasPadam
  13. Adoiii K.Amie terasa di tekak nih menelan puding..tp apakan daya ku hanya boleh pandang ngn kedua2 anak mata..kihkih..klu bab puding ni mmg peberet adda lah...mmg xkan cukup nya kalau dlm gelas tuh...

    BalasPadam
  14. aduhai kak amie...sedapnya..!!!!telan air liurr jerlah.. hehehe...

    BalasPadam
  15. semenjak raya ni kita asyik teringin makan puding je kak..nampak kat sini pulak..ni tadi berangan nak buat, tp malassss..Tapi, tapi, tapi nak makan..macam mana tuu!!??

    BalasPadam
  16. cantik dan nampak sedap kak amie..zila suka mkn tp ank n huby kurg tu yg malas jew nk buat :)

    BalasPadam
  17. suka le .. cantik le..siapa ambil gambar .. sangat kreatif dan nampak professional ..bangga :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe