Assalamualaikum buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Nampaknya kali ini Amie hanya sempat menyediakan menu makan malam yang serba ringkas memandangkan Amie agak lewat pulang petang tadi. Amie terlibat sebagai AJK Pengurus Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu, dan bersama beberapa orang rakan pentadbiran yang lain telah melaksanakan tugas dalam raptai penuh di Dewan Siew Ching sehingga...
Assalamualaikum semua. Amie rasa rindu untuk bercerita dan berkongsi tentang resepi yang Amie masak. Sempena sambutan ulang tahun ketiga-tiga anak bujang Amie pada hari Sabtu lalu, memang Amie tak sempat ambil semua gambar masakan walaupun pada mulanya Amie rancang untuk mengabadikan sebagai sebahagian daripada koleksi resepi Amie. Maklumlah.... walaupun tetamu yang datang merupakan rakan sekolah anak-anak, tetapi mereka perlu diraikan sebaik mungkin. Pada...
Buat PUTERI KASIH tersayang..... Kak Amie ucapkan Happy Belated Birthday pada 25 Sptember 2011, Ahad lalu. Malam tadi Kak Amie sempat 'sambutkan' ulangtahun Puteri bersama 3 'adik' puteri..... Moga Puteri gembira...... dan senyum sepanjang hari ini. Harap Puteri Kasih suka dengan kek warna pink ini..... satu-satunya warna pink yang ada di antara pelbagai warna di kedai kek, sebab pada firasat Kak Amie... Puteri suka warna ini...
Assalamualaikum dan salam pagi Ahad buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Kelmarin Amie dan suami sibuk membuat persiapan sambutan ulang tahun untuk ketiga-tiga anak kami yang kesemuanya lahir pada bulan September. Lahirnya pun selang 3 tahun...1995,1998 & 2001. Kelmarin memang kami khaskan untuk mereka bertiga bersama rakan-rakan mereka, selain kami juga dapat mengenali rakan-rakan anak-anak dengan lebih dekat. Ganaches Cake : kongsi...
Selamat petang semua. Amie jengok dapur untuk seketika saja....sebab ada urusan yang perlu diselesaikan. Amie masukkan resepi Rebung Kerisik. Sebenarnya rebung ini pemberian rakan Amie, iaitu Nur Fadhillah yang sememangnya sudah tahu sangat kegemaran Amie makan rebung yang segar dan manis. Setiap kali muncul tunas rebung baru, Nur Fadhillah tak akan lupakan Amie. Terima kasih banyak ye Nur Fadhillah... mudah-mudahan rebung di lereng...
Kelmarin jalan-jalan ke rumah Kak Ummi Home Sweet Home... adeehhhh sedapnya hidangan yang Kak Ummi sajikan! Kak Ummi masak Ikan Kerisi Tempoyak Pekat & Kacang Panjang! Terliur tengok.....memang Amie cadang nak masak resepi yang sama. Minggu lepas ternampak ikan kerisi segar di Pasar Sri Perdana. Petang tadi tak sabar-sabar lagi, terus ke pasar tapi tak jumpa ikan kerisi walau ekornya pun! Rasa kecewalah...
Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc
Classic Spaghetti Bolognese
Salam petang Selasa kepada semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Marilah sama-sama menikmati hidangan yang Amie sediakan kali ini. Classic Spaghetti Bolognese air tangan Amie ini memang lazat dan cukup lengkap rasa masam dan manis daging.... oppppss... Amie tak gunakan daging lembu, sebaliknya Amie gantikan dengan daging ayam. Cukup syarat bukan..... resepi Spaghetti Bolognese mestilah mempunyai rasa masam dan manis daging! Terima kasih...
Assalamualaikum semua. Masih lagi menghadiri rumah terbuka raya? Tengahari tadi suami bersama anak bongsu beraya di rumah teman sekerjanya. Amie terpaksa berkurung di rumah.... akibat bersin yang belum reda! Lagipun terpaksa makan ubat, jadi rasa mengantuk memang kena layan. Sempat juga Amie masak lauk untuk 2 anak bujang Amie. Ini resepi ulang tayang. Sebelum ini pun sudah masak beberapa kali. Bezanya sebelum ini...
Salam sayang buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Semoga semuanya sihat sejahtera, dengan segala urusan masing-masing terutamanya yang sedang sibuk dengan memenuhi jemputan menghadiri rumah terbuka dan sudah pastinya yang terlebih sibuk ialah tuan rumah yang menganjurkan rumah terbuka itu. Amie terpaksa 'tidak' menghadirkan diri ke beberapa jemputan, memandangkan masih dalam keadaan kurang sihat. Bagaimana pun pagi tadi Amie cuba gagahkan diri bersama suami...