ADSENSE

Selasa, 4 April 2017

Turki (8) : Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia

Encik Barchin menarik perhatian kami terhadap dunia perubatan kuno, di Pergamon (dulu dikenali sebagai Bergama.) Ini cerita 2200 tahun dahulu, katanya. Rupanya kami di bawa ke tempat rumah sakit jiwa yang pertama di dunia yang letaknya di sebuah perkampungan kecil di Lembah Pergamon!
Asklepion?
Asklepion wujud sekitar abad 3 Sebelum Masehi.
Kami berkesempatan mengunjungi pusat perubatan purba yang merupakan rumah sakit jiwa pertama di dunia. Runtuhan ini dipelihara bertujuan menghormati Asklepius, dewa penyembuh mengikut kepercayaan masyarakat Yunani Kuno. Mereka percaya bahawa Dewa Asklepius iaitu anak Dewa Apollo mempunyai ilmu dan kuasa untuk menyembuhkan penyakit.

Namun begitu tidak semua pesakit boleh diterima masuk ke pusat rawatan ini. Wanita hamil dan yang sedang sakit tenat atau hampir menemui ajal tidak dibenarkan masuk sama sekali, kerana dianggap akan mencemarkan kesucian kuil ini.


 Pintu masuk menuju ke runtuhan pusat perubatan kuno.

Cuaca nampak cerah. Langit terbentang dengan warna biru yang sungguh menawan. Kombinasi warna yang harmoni. Maha Suci Allah yang telah menciptakan langit dan bumi. Langit membiru di atas sana, dan hamparan hijau kuning di bawah sini. Suhunya pulam dingin oleh tiupan angin, dan hangat oleh sinaran mentari petang. Subhanallah! Tidak ada satu pun ciptaan-Mu yang tidak sempurna.

 Jauh juga perjalanan kami untuk sampai ke destinasi.


Nampaknya sambil menyelam minum air, sambil membuat lawatan sambil beriadah!


Perjalanan diteruskan, dan sampai ke kawasan runtuhan. Kelihatan tiang-tiang yang masih kukuh berdiri tegak walaupun hanya sisa, menyambut kedatangan kami. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan sebenar suasana rumah sakit jiwa di zaman kuno. Adakah suasananya hampir sama seperti keadaan rumah penjagaan pesakit mental pada hari ini?

 Taburan bunga daisy kuning seolah-olah mengucapkan selamat datang kepada kami.

Sebelum itu, sambil berjalan marilah kita tambah sedikit info tentang Asklepion ini. Sudah namanya Asklepion, jadi ceritalah tentang Asklepion... he he heeee...! Tadi Amie terangkan serba sedikit tentang Asklepion yang dianggap, sebagai dewa penyembuh bagi pesakit yang datang berubat di pusat ini. Dewa Asklepion itu digambarkan seperti seorang tua yang sedang  memegang tongkat dengan  dengan ular. 


Dahulu, mengikut kepercayaan Yunani Purba, cara merawat penyakit yang dilakukan di Pergamum menggunakan air suci. Air suci ini sebenarnya memiliki sifat radioaktif. Antara bentuk rawatan yang dilakukan termasuklah rawatan psikoterapi, mengurut, mandi lumpur, mentafsir mimpi, perubatan herba dan meminum air suci dari mata air. Pesakit akan dinasihatkan berendam dalam air panas (hangat) atau mandi lumpur, beraroma terapi sambil menonton pertunjukan teater. Ia lebih berbentuk rawatan spa mengikut istilah zaman ini. Kemudian mereka akan tidur di terowong. Ketika itulah ular-ular yang tidak berbisa akan dilepaskan yang kononnya menjadi jurubicara Dewa Asklepius yang dapat menyembuhkan pesakit melalui mimpi. Setelah terjaga dari tidur, pesakit akan menceritakan mimpi yang dialaminya dan pendeta akan mentafsir mimpi tersebut. Dari tafsiran mimpi itulah pesakit akan dirawat.





 


Dengan perkataan yang lebih mudah, di Sanctuary of Asklepion ini  pesakit dimandikan dengan air suci atau air keramat, kemudian Dewa Asklepius akan muncul dalam mimpi mereka untuk memberitahu bagaimana cara untuk menyembuhkan penyakit yang sedang dideritai. Ha... begitulah lebih kurang ceritanya.

Antara ruangan atau bangunan yang terdapat di sekitar kawasan ini termasuklah:
- Roman Theater
- Kuil Asklepius 
- stoa sebelah utara
- stoa sebelah selatan
- tempat mengubati pesakit
- mata air penyembuh
-terowong bawah tanah
- perpustakaan 
- via tecta atau 'sacred way' 
- sebuah propylon.



Bila belek-belek kamera, rupanya Amie bergambar membelakangkan sebuah tiang berukir ular, yang merupakan simbul Dewa Asklepius (lelaki bertongkat dengan ular).

 (Gambar atas) Tiang kecil berwana putih berukir ular dalam bulatan.














Selain terowong bawah tanah, terdapat tiga kolam renang dan air pancur yang digunakan untuk mandi dan minum serta berubat.





 Inilah teater dan runtuhannya.

Tiba-tiba datang kanak-kanak Turki untuk bergambar sama. Kata Encik Barchin, kawasan sekitar Asklepion didiami oleh puak gipsi. Antara kana-kanak yang Amie temui di sini ada yang berkulit agak gelap sedikit. Mungkin mereka dari puak tersebut. 
Wokeh, dah ambil gambar dengan mereka, Amie sambung ambil gambar di sekitar.

 Di sinilah, yang dikatakan sebagai tempat mata air suci.






 Jom patah balik.Lawatan ke rumah sakit jiwa telah selesai.

Mata tak jemu-jemu menikmati  hamparan bunga daisy  putih dan kuning tumbuh liar menghiasi laluan menambah keindahan suasana! Dan nun di puncak bukit sanun... lebih kurang 5 km tingginya, terdapat sebuah lagi runtuhan di Pergamum, iaitu Akropolis  dan terdapat Altar of Zeus di situ. Tapi Akropolis tidak terdapat dalam senarai lawatan kami.

Wokey.....
Setelah menelusuri sejarah kuno buat kali kedua di Pergamum selepas Troy Ancient City di Canakkale,, nampaknya tibalah masa untuk mengundurkan diri.

Tapi sebelum itu ingin mengabadikan kenangan di atas hamparan daisy putih kuning yang sentiasa memikat pandangan.

Akhirnya terduduk juga, walaupun tak berguling-guling hihihiii...
Daisy, bunga berkelopak kecil yang sangat sederhana sifatnya, namun cukup menyegarkan mata yang memandang!

 Gadis kecil dari perkampungan gipsi.

 Kenapa ni?

 Macam tak nak balik jew...

 Nak balik, tapi nak bawa kenangan ini....!
Jadi, ambil gambar dulu sepuas-puasnya walaupun Encik Barchin sudah beberapa kali memanggil agar segera ke pintu keluar!

 Wokey...  Selamat tinggal rumah sakit jiwa Asklepion.

Ini sebenarnya gambar mula-mula masuk, tapi tak apalah... tepek di sini buat kenangan sebab ada signboard Asklepion itu.

 Lembah Pergamum.

Subur dengan tanaman menghijau dan ternakan kambing biri-biri.

 Sekali lagi, tangkap gambar Akropolis ( tiang warna putih) nun di puncak bukit!



Singgah di kawasan gerai.
Ada buah delima dan limau.
Memang bumi Turki sungguh makmur dengan hasil taninya!


 Pelbagai barangan kraftangan dan seramik dijual di sini.

















 Hayati membawa kami menuju ke sebuah masjid untuk menunaikan solat.

 Kemudian bas berhenti sebentar di sebuah gerai.

Memandangkan hari menjelang petang, Amie putuskan untuk mencuba jus delima. He he heee.... sebab tak lama lagi akan check in hotel. Harga segelas kecil jus delima ialah sebanyak TL5. Nampaknya penjual buah delima memotong dua biji buah delima untuk mendapatkan segelas kecil jusnya.
Alhamdulillah.... rezeki Allah. Akhirnya dapat juga menikmati jus buah delima, setelah beberapa kali hanya melihat sahaja di banyak gerai buah!


(فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ * فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَان (الرحمن: 68-69
“Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan, dan (lebih khusus ada) kurma dan delima. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”(QS. Ar-Rahman: 68-69)

Ketika menanti rakan-rakan yang lain menunaikan qada' hajat, Encik Barchin sempat bercerita tentang buah delima. Katanya, tradisi masyarakat Turki dalam kalangan peniaga, sekiranya mereka membuka kedai baru, mereka akan pecahkan buah delima di hadapan kedai. Simboliknya ialah biji-biji delima yang bertaburan itu menunjukkan jumlah pembeli yang ramai datang ke kedai mereka!

Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant 
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus

37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu

Tiada ulasan: