ADSENSE

Sabtu, 1 April 2017

Turki (1) : Lahad Datu - Tawau - KLIA - Doha - Istanbul

Catatan ini bermula pada 17 Mac 2017 bersamaan hari Jumaat - hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal pertama.
Terburu-buru dari Lahad Datu untuk ke lapangan terbang Tawau takut tertinggal kapal terbang. Balik dari tempat kerja, masuk rumah, capai beg dan hanya gantikan skirt yang dipakai dengan seluar. Baju kerja dan tudung masih melekat di badan. Sebenarnya ikutkan hati nak terbang saja dari LD ke KK dan seterusnya ke KLIA ikut penerbangan MAS, tapi Farid pula belikan tiket dari Tawau untuk naik Air Asia. Bezanya cuma beberapa puluh ringgit sahaja berbanding dua kali penerbangan dari LD -KK - KLIA. Ke Tawau ni, kenalah keluar belanja lebih kerana terpaksa menempuh 2 jam perjalanan! Bayangkan kalau naik teksi sahaja dari LD ke Airport Tawau, bayaran yang dikenakan sebanyak RM150.00. Hitung panjang, naik  Air Asia dari Tawau sebenarnya tidak menguntungkan Amie (naik MAS  lagi lebih jimat) sebab semasa Farid beli tiket, harga kemuncak.... musim orang balik bercuti! Dengan ekonomi negara yang entah bila nak stabilnya ini, semuanya mesti nak berkira... ha ha haaa! 
Hmmmm... nak memulakan catatan ini memang agak sukar sedikit. Tak tahu mana satu nak dijadikan mukadimah. 
Tulis sajalah macam catatan dalam diari...hiks!
Terlebih dahulu terima kasih daun keladi buat Encik Suami kerana mengizinkan Amie melangkah sekali lagi untuk melihat-lihat bumi ciptaan Allah!
Kedua, terima kasih buat Salawati, rakan setugas yang telah berpindah ke Perak beberapa belas tahun yang lalu, dan akhirnya berjumpa semula dalam rancangan jalan-jalan ke Turki. Salawati cadangkan supaya kami melancong menggunakan perkhidmatan As Syukran Vacation. Sesiapa yang berminat untuk mengetahu lebih lanjut tentang agensi pelancongan ini bolehlah klik di sini : JOM MELANCONG DENGAN AS SYUKRAN VACATION AGENCIES SDN BHD.




Sumber : Google

Sebelum terbang ke Turki, sempat study sedikit tentang sejarah negara itu. Sewaktu di universiti dahulu, sebenarnya Amie pernah mengambil subjek Sejarah Turki Uthmaniyah sehingga keruntuhannya, dan Turki di bawah pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk. Bagaimanapun, ketika itu hanya setakat belajar untuk lulus, tidak ada penghayatan! Apa pun, apabila disebut tentang Sejarah Turki, sedikit sebanyak menambah kefahaman tentang dunia yang pernah gah dengan tamadun Islam yang tinggi dan dikagumi dunia!


Sumber : Google

Sementara menanti waktu untuk terbang ke negara tulip itu, sempat beberapa kali Amie ingatkan semasa berbalas-balas whatsapp dengan Salawati tentang kisah pelancong  dari negara kita ke sana. Kami mengajar KOMSAS Bahasa Melayu Tingkatan 4, dan di dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, terdapat sebuah cerpen tentang pengalaman seorang pelancong yang mendapat layanan buruk ketika membeli-belah di Grand Bazaar. Walaupun sekadar cerpen, tetapi apa yang diceritakan sebenarnya memberi gambaran tentang keadaan di tempat tersebut. Tambahan pula, Amie pernah terbaca beberapa pengalaman blogger yang mengalami nasib yang hampir sama seperti yang diceritakan dalam cerpen itu!
Kami sama-sama ketawa bila mengenangkan isi cerita dalam cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, karya Maskiah Haji Masrom, dan cuba mengambil langkah berjaga-jaga. Maklumlah, bila berada di negara asing yang berlainan bahasa dan budaya, walaupun seagama, kita tidak pasti adakah segalanya seperti yang diharapkan.


Hmmmm.... dalam keadaan kalut-kalut takut tertinggal penerbangan Air Asia, Amie tertinggal kasut di LD! Mulanya berangan nak pakai kasut (dalam gambar), yang kononnya sudah lama dibeli untuk ke Turki, walaupun sewaktu membeli memang kasut longgar, tak sesuai dengan saiz kaki! Tapi nak beli juga dengan harapan akan muat bila pakai stoking tebal! Dua hari sebelum tarikh, cuba pakai dengan stoking tebal tapi tetap longgar! Takut nanti tak selesa, dan mana tahu tercabut di tengah jalan! Tak apa... ada lagi sepasang kasut yang Amie beli sewaktu akan mendaki puncak Penanjakan untuk melihat Gunung Bromo tahun lepas. Rupanya, kasut tertinggal dalam kereta! Tak sempat keluarkan dan masukkan dalam bagasi. Mahu tidak mahu, pakai sajalah sandal hitam bertali!


Sumber : Google

Kata Farid, naik Air Asia seronok sebab makanannya sedap! Memang Farid lebih suka naik Air Asia berbanding MAS kalau balik LD atau balik ke KL! Selain jimat tambang, katanya dia boleh makan macam-macam makanan yang sedap-sedap! Betul tu Farid. Jimat tambang naik kapal terbang, tapi tak jimatkan masa mengambil dan menghantar (LD _ Tawau - Tawau - LD) serta duit minyak kereta...hiks!  Rupanya Farid siap belikan 2 jenis makanan untuk Amie. 
Sepatutnya terbang 6.50 petang, tapi terlewat sedikit sebab ada penumpang yang turun, naik semula mencari begnya yang katanya tertinggal dalm kapal terbang. Sayangnya, beg tersebut tidak ditemui. Semoga Allah permudahkan urusannya, dan beg kepunyaannya dtemui semula. Aamiin.


 Nasi Briyani dan Herb Chicken Pocket Pie.

Nasi Briyani yang masih panas ... sedap! Terutamanya acar buahnya tu. Herb Chicken Pocket Pie tu Amie tapau masuk dalam beg. Tak larat nak makan. 

Tepat 10.00 malam, kapal ternang mendarat di KLIA2.  Setelah mengambil bagasi, terus menuju surau. Solat  dan tidur sampai pagi. Lena sangat, walaupun tidur atas lantai tanpa selimut, dan hanya berbantalkan lengan. Suhu sejuk dah tak terasa! Farid akan datang waktu tengahari temani Amie, sebab Amie pun nak siapkan sedikit kerja online. Salawati dan rakannya, Nurhidayah dari Perak dijangka tiba pada pkul 3.30 petang dengan menaiki bas ekspress. Ketika ini, tidak tahu siapa ahli rombongan ke Turki sebab kami dijangka bertemu dengan semua peserta pada pukul 5 petang untuk check in ke Doha. (Transit Doha, kemudian sambung ke Istanbul dengan menaiki Qatar Airways).
Sementara menunggu Farid sampai, jalan-jalan dahulu di sekitar KLIA2. Bosan berkeliling, duduk seketika makan pie dan minum mineral water.


 Suka tengok kedai runcit di dalam KLIA2 ni. Cantik tersusun barang jualannya.










 Menjelang pukul 1 tengahari, Farid sampai. Bukan main seronoknya rasa sebab ada kawan! Sian dia..naik motosikal dari Bangi sampai ke airport.

 Isi perut dulu di Nando's.

 Jagung bakar ni sangat sedap! Lembut dan manis!

Kami dua beranak meratah ayam panggang. Tak ingat dah apa makanan lain yang Farid pesan...ha ha haaa.... janji perut kenyang! Memang sangat kenyang! Lepas tu kami solat di surau dan kata Farid, eloklah buat kerja online Amie di KLIA sebab internet di KLIA2 sangat slow!

Dulu, Kuala Lumpur kita punya! Sekarang... dah berpuluh tahun di negeri orang, Kuala Lumpur bukan kita punya...hihihiiiii! Kami naik KLIA Transit ke KLIA dengan tambang RM2.00.



Terima kasih Abang Farid sudi temankan Mommy, hantar Mommy dari KLIA2 ke KLIA. Nanti jangan lupa, temankan Mommy lagi sekali sebelum Mommy terbang ke LD. Petang itu, cuaca nampak muram. Hujan! Alhamdulillah, segala kerja online dapat diselesaikan. Farid tinggalkan Amie pada pukul 4 petang. Walaupun tak berteman, Amie lepaskan juga Farid balik ke Bangi. (Rupanya hujan di tengah jalan, dan terpaksa berteduh di bawah beberapa tempat sebelum sampai.) Tinggal Amie sendirian, sementara menunggu kedatangan Salawati dan Nurhidayah. Katanya, tiba di KLIA pukul 3.30 petang, tapi tak pula sampai....sampailah menjelang pukul 5 petang! 

Untuk menghabiskan masa, Amie cuba ke tempat tukaran wang asing untuk menukar RM ke TL (Turkish Lira). Sebelum ini Amie telah menukar sebahagian RM ke mata wang USD di LD, sebab tidak ada matawang lira. Di KLIA2, Amie cuba tukar RM ke TL di dua buah tempat tukaran wang asing, tapi matawang TL tidak ada. Di KLIA pun tidak ada! Amie tukarkan sahaja RM ke USD, walaupun agak mahal sedikit berbanding harga tukaran di LD!
Di LD, tukaran 1 USD = RM4.45.
Di KLIA, tukaran 1 USD =RM4.79.
Biasalah tu, standard harga  tukaran wang asing di airport. 

 Ini dia... Salawati dan Nurhidayah baru sampai. Alhamdulillah.

Abadikan kenangan  dengan Salawati dalam gambar, setelah lebih 12 tahun tidak bersua!

Sumber : Google

Pukul 8.20 malam kami memulakan penerbangan ke Doha dengan menaiki Qatar Airways.

Kuala Lumpur International Airport (KUL)
Sat 18 Mar 2017 : 2020hrs QR819

Hamad International Airport (DOH)
Sun 18 Mar 2017 : 2315 hours
(Perbezaan masa : Tolak 5 jam)

Lampu dalam kapal terbang sangatlah malap! Romantik gitu! Nak ambil gambar pun tak terang...ha ha haa sebenarnya Amie tak  berapa pandai ambil gambar guna telefon!

 Transit Doha, sempat solat jamak qasar. 

 Perut terasa lapar! Syukurlah ada snack yang diberi semasa dalam kapal terbang dari KL - Doha. Boleh kunyah-kunyah buat alas perut.

Kami teruskan penerbangan ke Istanbul.

Hamad International Airport (DOH)
Sun 19 Mar 2017 : 0100hrs
QR235

Istanbul Ataturk International Airport (IST)
Sun 19 Mar 2017 : 0545hrs

Tiba di Airport Istanbul, sempat solat Subuh, tapi terpaksa ambil wudhu' dalam toilet. Surau sangat sempit. Alhamdulillah, berpandukan pembacaan daripada blog, Amie teringat supaya jaga air sembahyang. Syukurlah, wudhu' belum terbatal sepanjang penerbangan dari Doha ke Istanbul. Amie juga lihat, ada yang bawa botol air dan spray saja ke muka dan tangan, keadaan yang sama Amie saksikan ketika menunaikan umrah apabila air sembahyang terbatal.


Sempat tukar matawang USD ke matawang Turkish Lira (TL). Memandangkan urusniaga boleh dalam bentuk matawang wang USD dan Lira, Amie hanya tukar USD200 sahaja. 1USD bersamaan dengan TL3.60140. Jadi USD200 = TL720.28. Tolak komisyen sebanyak TL 28.81 dan tax sebanyak TL1.44, dapatlah sejumlah TL690.03. 

 Istanbul!
Kami datang.... 14 ahli rombongan termasuk tour leader kami, Atie Said : Travel Consultant di As Syukran Vacation Agencies Sdn Bhd.

Entri berkaitan kembara ke Turki:


2 ulasan:

Puan Hazel berkata...

Wah dah sampai ke turki ye k.Amie...
Mesti seronok kan

Amie berkata...

Puan Hazel.
Alhamdulillah...