Rendang Ayam Kota Lama : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (PERAK MONTH)
9:22 PTG
Enaknya kalau dapat cicah lemang, nasi himpit atau ketupat dengan Rendang Ayam Kota Lama! Makan dengan nasi putih panas pun sodap! Rendang Ayam Kota Lama merupakan satu lagi resepi tradisi negeri Perak yang sungguh enak tetapi amat mudah untuk disediakan. Semua bahan hanya perlu dilebur di dalam kuali tanpa menumisnya terlebih dahulu. Sepanjang tempoh memasak, anda akan terhidu semerbak campuran pelbagai jenis herba termasuk serai, lengkuas, halia dan kunyit hidup! Aroma yang terbit daripada hirisan daun kunyit sebagai sentuhan terakhir membuatkan anda tidak sabar untuk menjamahnya!
Resepi asalnya menggunakan ayam kampung, dan memang daging ayam kampung yang agak keras sedikit berbanding dengan ayam daging amat sesuai untuk dijadikan masakan rendang!
Resepi : Rendang Ayam Kota Lama oleh Chef Sapiah
Sumber : Resepi Tradisi Cita Rasa Malaysia : Perak
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung
2 sudu makan cili boh
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan
2 helai daun kunyit - dihiris
sedikit air
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 inci halia
Cara:
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang sudah dikisar tanpa perlu menumis.
3. Biarkan mendidih dan boleh masukkan kerisik dan santan.
4 .Tambah sedikit air dan biarkan hingga masak.
5. Kemudian masukkan daun kunyit yang sudah dihiris.
6. Hidangkan bersama lemang atau nasi putih panas.
I am submitting this post to Malaysian Food Festival Perak Month hosted by Wendyinkk of Table for 2....or More
11 comments
Sodap memang sodap
BalasPadamsalam kak..
BalasPadamerm..sedapnya rending. baru ja makan tengahari tadi..sampai bertambah nasi makan..hihi..
waduh jadi lapar malam malam begini lihat yg enak enak..nyammm
BalasPadamIsk isk isk seperti biasa menu Amie amat menyelerakan lapo terus perut hehehhe :)
BalasPadamKak..rajin riko ngelebokkei resepi nang fest..pingin nyicipi masakan mu..
BalasPadamSalam kak amie.. lebih kurang resepi rendang mama tun, cuma xperlu tumis. tun mmg suka menu2 yg lebur dlm periuk camnih
BalasPadambahan-bahannya seperti rendang biasa ya Amie.Ringkas dan tak banyak bahan.Senang ya main lebur je.Yang penting sodap :)
BalasPadamJiran saya, En Zubir masak rendang pun cam ni. Pakai ayam kampung jugak. Tahun ni masa dia buat open house, kami takde kat rumah pulak. Tak jadi makan. Tengok ni dah teringat ingat, haha.
BalasPadamKak Amie cayanggg..wah wahhhhh ini buat mieza malu nih..kak amie dok sabah masak masakan perak...mieza dok perak tak masak pun rendang perak...huwaaaa malunyer hahaha..akak, mieza nak cuba rendang ni hari ahad ni sebab ada student nak datang umah..minta izin nak kopipes resepi dulu :) I love youuuu
BalasPadamAlaaa..tiba2 rasa mcm nak mkn rendang laaa... Tapi tak rajin nak buat sendiri..Ngeee
BalasPadamgandingkan dengan lemang.. pasti menjilat jari ni amie..
BalasPadam