ADSENSE

Khamis, 27 Disember 2012

Kek Mentega Pandan

Selamat malam semua.
Puas Amie tergelak menyaksikan hasil Kek Mentega Pandan Amie di bawah ini. Memang sekali pandang  maca okey saja tapi bila dua kali pandang..... Allah! Kek hangus! Apa pun kata UCU BAKERY - FARIDAH, janganlah suka merendah diri nanti susah orang nak nampak.... lega rasanya bila Ucu kata lagi, pada mata kasar akak mungkin keras kejung, comot le, selekeh le, tapi pada mata halus Ucu ni... nilah yang dinamakan keindahan n kesenian dalam mendeko...dan kelazatan yang tak terhingga tau! Inilah komen yang menyejukkan hati Amie yang diberikan oleh Ucu dalam entri KIWI MOUSSE CHEESE CAKE Amie minggu lepas. Wokey.... biar pun Kek Mentega Pandan ini hitam di luar tapi manis di dalam! Buktinya, Encik Suami tidak sabar-sabar untuk menikmatinya sambil mengupas bahagian luarnya... tidaklah hangus tapi.... boleh tengok gambar di bawah tu.... saja letak di bawah nuuu...






Wokey.... terima kasih buat Ita dari MASAM MANIS - AZLITA AZIZ kerana sudi kongsi resepi Kek Mentega Pandan yang sungguh lazat ini (kalau kena caranya he he he ehhh). Amie terlebih titik pewarna hijau epal, jadi lebih hijaulah jadinya berbanding Kek Mentega Pandan yang dihasilkan oleh Ita. Maklumlah kita baru nak berjinak-jinak dengan dunia ini, tentu masih banyak salah silapnya. Minta izin ye Ita, Amie salin resepinya di bawah ini untuk tatapan rakan-rakan yang lain. 

KEK MENTEGA PANDAN
By : Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Resepi Jamuan Kek 

Bahan-bahan:
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur
60 gm santan
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau epal 
240 gm tepung naik sendiri
30 gm kelapa parut kering
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla

Sediakan loyang 9 inci
Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan oven pada suhu 170C

Cara:
Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
Kemudian masukkan  esen vanilla, kelapa parut , pes pandan dan pewarna hijau. 
Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan santan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 inc dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek dimasak sempurna.




Nampak tak di belakang tu... rupa paras sebenar Kek Mentega Pandan Amie. Apa pun masih boleh dimaafkan kerana ini kali pertama Amie menghasilkannya. Kali kedua mungkin warna hitam manis itu bertukar kepada coklat pula, dan seterusnya akan terhasillah Kek Mentega Pandan yang sempurna. Apa pun, sebenarnya.... kek sudah habis dimakan anak beranak, tinggal kulit-kulit nan hitam manis tu aje....

9 ulasan:

Rohah berkata...

salam kak, kita tgh membaking kek chiffon ni, tapi beludak, bekasnya kurang besar..
rajin kakak sorang ni ngadun kek, kepingin mbanget yo..

Cik Ain berkata...

aaaaaaaaaaa..sedap nye ain dah la hantu kek nyum2

MulutPayau berkata...

Yg hitam manis tu ketepikan kerana warna hijaunya menggoda kalbu..tapi hasil Tgn kak amie tak pernah mnghampakan...

Gee® berkata...

Cantik warna hijaunya... berseri2

Nens Collection berkata...

bestnyer je ni kak amie..telan air liur nens..hehe..;)

azieazah berkata...

Rata rata chef yang handal tu, bukan sekali masak terus sedap. Adat la tu kan? Asal tak jadi pembaziran, dah syukur. Practice makes perfect!

Sue @ Nenie berkata...

salam...petang2 sedap layan kek macam ni

ummiross berkata...

Janji sedap Amie, rupa belakang kira, hehe..
Nak sepotong!!

zila norazila berkata...

salam kak amie,
zila minat jgk kek camne..simple2 klu yg byk icing kurang sikit makn..tp suami mesti ada icing..klu x der dia x mkn..he hhehe payahhh:)