ADSENSE

Jumaat, 6 Julai 2012

Nasi Goreng Kam Heong

Selamat petang buat semua pengunjung yang sudi bertandang ke Amie's Little Kitchen. Nampaknya kerap benar Amie paparkan hidangan berasaskan 'kam heong' yang bermaksud wangi! Asas wangiannya tentulah gabungan serbuk rempah kari, daun kari, udang kering dan juga minyak bijan! Ada banyak nasi putih tersimpan dalam peti sejuk, lebihan hidangan di kampung malam tadi. Amie ingin mencuba resepi Nasi Goreng Kam Heong! Apa salahnya kita cipta resepi sendiri, betul tak? Kalau ada sesiapa yang pernah terjumpa resepi Nasi Goreng Kam Heong sebelum datang ke dapur Amie, anggaplah nama resepi yang sama ini sebagai satu kebetulan sahaja. Maklumlah sebelum memasak resepi ini, Amie tidak mencari maklumat berkenaan dalam internet. 


Resepi : Nasi Goreng Kam Heong
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
10 ekor udang harimau - bersihkan kulit dan belah belakang
5 pelepah daun kari
7 biji cili padi - hiris
7 ulas bawang putih - cincang
3/4 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan tumbuk kasar
5 batang anak jagung - potong bulat
3 batang kacang panjang - potong serong
a batang lobak merah - hiris kecil
3 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
minyak
garam secukup rasa
1 cawan air

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan udang kering dan goreng hingga masak.
3. Masukkan cili padi, serbuk kari dan daun kari. Gaul sebati.
4. Masukkan udang, anak jagung, kacang panjang dan lobak merah.
5. Tambah air jika bahan tumisan terlalu kering. Biarkan hingga masak.
6. Masukkan sos tiram dan kicap cair.
7. Masukkan nasi putih dan gaul rata.
8. Renjiskan minyak bijan dan taburkan lada putih dan sedikit garam. Gaul lagi hingga sebati.
9. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.


Alhamdulillah. Resepi Nasi Goreng Kam Heong telah dinikmati kami sekeluarga. Sebentar tadi Amie sempat menyelongkar resepi Nasi Goreng Kam Heong bersama Encik Google. Memang ada resepi Nasi Goreng Kam Heong di Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. Bagaimanapun, mungkin terdapat sedikit perbezaan bahan dan cara penyediaannya. Namun begitu, bahan asasnya tetap sama iaitu penggunaan udang kering dan daun kari walaupun tidak ada disebut serbuk kari dalam resepi tersebut. Satu lagi, warna Nasi Goreng Kam Heongnya juga lebih gelap dengan penggunaan kicap pekat! Amie hanya gunakan satu sudu makan kicap cair sahaja! Jika ada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut Nasi Goreng Kam Heong di Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah bolehlah klik DI SINI.


Selamat mencuba, dan selamat mempelbagaikan resepi. Moga bertambah meriahkan dunia masakan tanahair kita! Jumpa lagi di lain paparan.

22 ulasan:

babYpose berkata...

adoi dear, jadi lapar la sgt tgk udang ketul2 tu, tunggu habibi sampai ja, nak dinner dulu, biasa after maghrib hehe..

Amie berkata...

Babypose,
jom makan sama.... ooo tunggu hubby sampai ye... alhamdulillah, isteri solehah!

Azie berkata...

As salam. Semua main kam heong ni. Teringin nk cuba la.

Amie berkata...

Azie,
silakan... sebab sedap dan memenuhi selera itulah yang balik-balik kam heong he he hehh

whitecappuccino berkata...

banyak aksesoris tu..sedap!!!

Acik Erna berkata...

assalam amie..amie selalu masak guna udang harimau ye..mesti sedap udang tu amie

ady berkata...

as-salam kak Amie
aboiii sedapnye nasi goreng kam heong tu kak..udang tu sungguh menggoda sekali ya..

Dede Thea berkata...

woww harus di cuba ini in my kitchen
nampak enak sekali

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ berkata...

Amboiiiii sedapnya nampak nasi goreng tu! Lapar pulak..join for supper ya :)

Tihara berkata...

seronoklah masuk blog akak, banyak makanan sedap2 :)

rahel berkata...

Wah..sedapnya nasi kam heong...letak cili padi yg cincang byk2 ya...biar pedas2 gitu..

ummiross berkata...

Lewat ummi singgah hari ni Amie..
ada nasi goreng kam heong rupanya,nak tumpang makan dah abih agaknya, macam ni kenalah ummi try wat sendiri nanti...

AZLITA AZIZ berkata...

Salam Amie

Nampak menarik nasi goreng ni.. harus akak cuba juga nanti

Tina Othman berkata...

wa sedapnya

quinnie berkata...

saya kalau nasi goreng letak daun kari memang suka...nanti nak buat lah....:)

~~zana@pb~~ berkata...

Belum pernah cuba nasi goreng ni, rajin betul Amie masak, isteri solehah ni..

Amie berkata...

White Cappuccino,
bagi dia warana-warni sikit WC.

Acik Erna,
waalaikumussalam... udang harimau ni kawan Encik Suami bagi, ada lebih sikit... udang harimau keras sikit berbanding udang kertas.

Ady,
waalaikumussalam...
jemput makan sama Ady.

Amie berkata...

Dede Thea,
silakan... insya-Allah enak!

Love2Cook,
meh makan sama... memang sedap!

Tihara,
terima kasih sudi datang sini, kesempatan masak hanya sekali aje dalam sehari (hari bekerja)... ini sajalah yang boleh dikongsi bertsama.

Amie berkata...

Rahel,
memang berasap telinga! Kak Amie suka sediakan sekali minuman suam-suam panas...bila kepedasan teguk, adeeehhhh menjadi2 asapnya!

Ummiross,
kalau buat sendiri kita boleh bubuh bahan yang kita suka ye Ummi, tentu memenuhi selera.

Azlita,
silakan mencubanya, mesti sedap bila dimasak di dapur Masam Manis he he hehh

Amie berkata...

Tina Othman,
betul tu Tina... memenuhi selera kami.

Quinnie,
timbul aroma ang menyelerakan kan dik Q!

Zana,
saja-saja reka cipta ... terima kasih Zana, aminnnn.

Yana Shaiful berkata...

Kak Amie..yana nak tumpang mkn sini yerr..sedapnyaa..dah dapat bau kam heongnyaaa hikhikk...nnt nk try jgk lah..tq Kak Amie bg idea..cayannng akak sokmo ^_^

Amie berkata...

Yana,
sesekali masak ikut kepala sendiri sedap juga Yana... he he he hhh