Jumaat, 6 Julai 2012

Jus Lobak Putih

Ada sesiapa pernah membuat Jus Lobak Putih? Atau minum Jus Lobak Putih? Apa rasanya? Tentu rasanya tidak dapat menandingi jus epal atau jus oren. Bagaimana pula khasiatnya? Berdasarkan catatan dalam http://www.tanamsendiri.com/2011/01/khasiat-jus-lobak-putih.html, jus lobak putih mampu mengurangkan rasa sendat, buang angin dan boleh mengubat jangkitan pada hempedu.  Di bawah ini Amie paparkan Jus Lobak Putih, tetapi kenapa warnanya tidak putih? Warnanya berubah kerana Amie tambah madu, dan bukan dalam kuantiti yang banyak. Hanya 2 sudu makan sahaja, kerana Amie gunakan madu asli  dari Kundasang yang memang berwarna gelap!


Untuk info lebih lanjut mengenai khasiat lobak putih, bolehlah klik di http://kakmekurut.blogspot.com/2011/07/lobak-putih.html. Lobak putih juga dikatakan mempunyai khasiat kesihatan untuk gigi, gusi, rambut dan mulut, serta pelbagai lagi termasuklah untuk pesakit diabetes. Biasanya jus lobak putih disediakan bersama campuran madu atau gula batu dan juga perahan jus limau nipis. Amie gunakan madu dan jus lemon.

Resepi : Jus Lobak Putih
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 batang lobak putih - buang kulit dan potong-potong kecil
2 sudu makan madu
1 sudu perahan air lemon
400ml air
ketulan ais - pilihan

Cara:
1. Kisar lobak putih bersama air, dan madu.
2. Tapis untuk mendapatkan jusnya.
3. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Campurkan madu dan ketulan ais.
5. Sedia untuk dinikmati


Bagaimana rasanya? Sekiranya anda minum ubat, sedap atau sebaliknya? Jus ini sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan tubuh badan.

9 ulasan:

Lawa Collections✿ berkata...

sedap ker? bolehlah try nanti :)

Amie berkata...

Lawa,
tak sedap... ini juas untuk kesihatan.

babYpose berkata...

boleh la cuba nanti, jus peria dh cuba, tak sedap tapi kalau pikir kesihatan, psikologi rasa mcm segar je hehe :)

Tihara berkata...

lobak putih elok makan lepas operate kan kak..

Amie berkata...

babYpose,
betul tu Baby, bila fikir kesihatan memang rasa bersemangat nak cuba minum... Amie pun memang dah berkira-kira nak cuba buat jus peria, tapi katanya yang elok peria katak... tak jumpa lagi peria katak!

Tihara,
ooo ye... nampaknya kak Amie belum begitu banyak mengumpul informasi tentang pelbagai khasiat lobak putih, terima kasih dik Tihara atas info itu...

Kak Sam berkata...

Assalamualaikum...
Amboi... agak2 esok pun kam heong jugak ke? hehehe sib baik virus M masih bermaharajalela, kalau tak mesti dah ke dapur sekarang ni. Nampak sedap le.

suraya berkata...

Ramai yang kata jus lobak putih ni busuk semacam aje. Namun ia baik untuk sakit batu karang. Batu karang tu akan pecah dan keluar semasa buang air kecil.

Nuwairani Ismail berkata...

nani tak pernah makan yang dibuat jus. tapi kalau lobak putih yang dibuat kerabu tu biasa jugak makan.

Amie berkata...

Kak Sam,
he he heh tengah suka kam heong, nanti kalau dah puas makan, puas cuba.. cari resepi lain pulak.

Suraya,
ada dengar juga tentang khasiatnya untuk ubati penyakit batu karang. Manalah ada ubat yang wangi, yang semanis madu kan Suraya... he he he sepahit hempedu tu adalah tapi lobak putij ni taklah busuk he he heh

Nani,
Kak Amie cuba buat pertama kali, tak sampai berapa minit perut bergelodak semacam... terus cuci bersih yang di dalam tu! Lega...