Cucur Badak Udang

2:09 PTG

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua warga Malaysia. Apa juga pekerjaan yang kita lakukan sudah semestinya sedikit-sebanyak menyumbang kepada kemakmuran negara. Tanamkan azam untuk terus memberi sumbangan demi kepentingan agama, bangsa dan negara dengan seikhlas rasa. Insya-Allah segala apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan daripada-Nya. Mudah-mudahan rezeki terus bertambah termasuk rezeki kesihatan, ketenangan, kegembiraan dan rezeki rahmat hidayah daripada Yang Maha Esa. Marilah sentiasa bersyukur dengan segala limpah dan nikmat yang kita kecapi selama ini serta redha dan berlapang dada dengan setiap apa yang berlaku ke atas kita. Hari ini tangan agak rajin sedikit untuk menggentel ubi keledek dengan tepung disebabkan sudah terlalu lama tidak merasa Cucur Badak Udang. Sebenarnya yang menyebabkan teruja sangat nak buat kuih ini disebabkan kesukaan Amie makan inti kelapa di dalamnya! Udang-udangnya pula  tak sporting langsung! Walaupun sudah melekat elok, bila digoreng berguguranlah pula ke dasar kuali! Ini menunjukkan tuan tangan belum berapa mahir menghasilkan kuih Cucur Badak Berudang he he hehhhhhhh!


Dulu, semasa zaman bujang remaja di kampung, Amie rajin gentel-gentel kuih Cucur Badak tapi disebabkan sudah terlalu lama tidak membuatnya, terasalah kekok membentuknya supaya kelihatan cantik. Cucur Badak kami tidak berudang, tapi kali ini Amie cuba buat yang bubuh udang walaupun udang-udangnya habis tanggal tak mahu melekat! Apa pun, atas rasa tanggungjawab ingin menghimpun koleksi kuih-muih tradisi warisan nenak moyang, Amie usahakan juga walaupun hasil kejadiannya tidaklah secantik mana. Resepinya pula, Amie ikut yang biasa dibuat oleh bonda terutama intinya. Mungkin lain orang, lain tempat lain caranya tapi Amie rasa bangga sebab dapat sama-sama menyumbang resepi ini untuk tatapan bersama. Kalau ada yang salah dan silap, harap dibetulkan. Kalau ada yang istimewanya, mudah-mudahan dapat kita manfaatkan bersama. Bagi Amie, keistimewaan kuih ini selain pada ubi keledeknya, ia terletak pada intinya yang harum berempah!

Resepi : Cucur Badak Udang
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1/2 kg keledek
1 1/2 cawan tepung gandum
udang segar secukupnya
1/2 sudu teh pati asam jawa
minyak
garam / gula /perasa

Bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan udang kering - rendam dan tumbuk kasar
7 biji cili kering - kisar
4 biji bawang putih - kisar
1 labu bawang besar - kisar
2 batang serai - kisar
2cm lengkuas
2cm halia
1 sudu jintan manis - kisar

Cara:
1. Kupas ubi keledek dan rebus hingga empuk.
2. Gaul ubi keledek dengan tepung hingga sebati dan jadikan doh.
3. Untuk menyediakan intinya, panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk udang kering sehingga pecah minyak.
4. Masukkan pati asam jawa.
5. Masukkan kelapa parut, gula dan garam serta perasa pilihan.
6. Apabila agak kering bolehlah diangkat - Amie suka inti kelapa yang lembab basah sedikit.
7. Bulat-bulat doh mengikut saiz yang dikehendaki dan masukkan inti di tengahnya serta tutup kembali dengan sempurna.
8. Letakkan udang segar di atas doh tadi.
9. Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas sehingga kuning keemasan.
10. Sedia untuk dihidangkan - Amie suka makan Cucur Udang yang sudah sejuk.



Hebat betul resepi kuih-muih kita ye... sudahlah cucurnya badak, ditambah pula dengan udang dari laut! Unik dan tersendiri!

22 comments

  1. salam amie. Manalah datang nama bada tu ye. Mungkin sebab dia gemuk dan bulat?
    Bundo pun suka makan cucur madak ni sebab sukakan intinya. Yang amie punya ni lagilah menggoda sebab udang yang besar melingkar. pasti sedap.

    BalasPadam
  2. unik kan? dari manalah dia dapat nama cucur badak ni..kalau tengok ke rupe bentuknya tu, xdelah besar gedabak mcm badak. heheh...tak tahulah berapa dekad nani x makan cucur badak ni. macam susah betul nak jumpa kuih ni sekarang.

    BalasPadam
  3. salam amie,wah cucur badak lagi ada udang lagi dok tegolek kat atas bagi teringin sngt tu mesti kena buat jugak ni

    BalasPadam
  4. Salam kenal.sedapnya cucur badak...feveret saya ni.

    BalasPadam
  5. waduhhhh tak tahan tngk cucur badak yg cute ni, cantik je udang terletak kat atasnya..kalau akak buat mcm ni, habis udang2 tu tanggal di kerjakan Hamka...he3..

    BalasPadam
  6. Salam Amie. Cucur badak ini memang favourite Kak Noor. Lebih-lebih lagi kalau intinya manis-manis pedas dan pastrinya x tebal. Sebenarnya inilah cucur badak yang asli, wajib ada udang di atasnya. Sekarang ini cucur badak tak ada udang, hilang entah ke mana. Bolen aje.... atasnya.

    BalasPadam
  7. `selamat hari pekerja amie`..ehem sedapnya kalau dpt makan cucur badak udang petang2 ni.. :)

    BalasPadam
  8. Salam kak amie! kalau kita makan cucur badak yg ada udang ni kan kita suke betul makan cucur badaknyer dulu, udang yg tergolek golek tu kita simpan makan masa last sekali hihihi.. perangai mcm budak2 kecik jer kan :D lagi satu kan kita suke ekor udang, kalau suami kita makan udang mesti kita yg tukang licinkan kasi habis sume ekor2 udang kikiki...

    BalasPadam
  9. amie cucur badak ni tembam......pasti gebu jugak kan?

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie cayang hah! tu diaa bdak dah keluar... peh! sedap beno!!!

    BalasPadam
  11. As'salam Amie

    ada cucur badak versi ada udang tu, sedapnya. tu hari ct buat versi togel tak ada udang atasnya amie..hehehe.

    hujan pulak dibumi KL ni kalau dapat makan alangkah sedapnya ada pulak koipO seteko..hehehe

    BalasPadam
  12. salam kak amie.. tun pulak suka cucur udang je.. kurang sket inti kelapa kt dalam tu. hehe..

    BalasPadam
  13. Ibundo,
    Tak tahulah dari mana asal-usulnya nama kuih ni... dengarnya pun semacama aje ha ha hahh..agaknyalah sebab dia gemuk bulat macam badak kot. Intinya wangi aje...macam serunding juga. Udang tu.... rupanya orang duu2 buat cucur badak memang bubuh udang atasnya.

    Nani,
    Memang kalau tak buat sendiri, sampai bila pun Kak Amie tak dapat makan.... dah buat sendiri puaslah makannya Nani....siann Nani duduk jauh, kalau tak bolehlah seketul dua dihulur ye.

    Kak Noor,
    Buat kak... jangan tak buat. Kita suka bubuh inti banyak-banyak!

    BalasPadam
  14. Norzie Hany,
    Salam kenal juga...sesekali makan cucur badak memang sedap!

    Yatie,
    Memang anak-anak saya pun cabut dulu udangnya tu, ditinggalkannya badak tu terbongkang ha hahahh

    Kak Noor,
    betul tu.... yang nipis dan lembut, intinya ala-ala serunding begitu, cukup rasa dan aromanya... alhamdulillah, betullah Amie buat kuih warisan ini sebab sekarang memang tak jumpa badak berudang!

    BalasPadam
  15. Mama Aini,
    terima kasih... memang sedap sambil hirup minuman panas di petang yang dingin ini.

    Ika,
    ha hahahhh Ika kembalikan nostalgia masa kanak-kanak... memang betul tu, lepas tu tayang-tayang udang kat oprang lain biar diorang rasa jeles!!! Nasib tak baik udang kita kena rampas huwaaaaa.....

    Dapur Usang,
    gebu tapi lembut, banyak intinya di dalam....

    BalasPadam
  16. Sha....
    budak badak saja yang kuar dari hutan, udang dari dasar laut pun ikut tenggek atasnya.... ha hahahh

    CT,
    orang kata cucur badak berudang ni resepi yang asli... tapi memang kita tak jumpa rupa dia yang begini kan. memang tak tersedar diri makan di petang yang sejuk begini... kopi seteko pun kena tambah ...

    Tun Telani,
    Kak Amie suka intinya sebab itulah yang menambah lazatnya...

    BalasPadam
  17. lambatlah sikit singgah hari ni,hujan tadi, kilat sabung menyabung..
    Hujan dah reda, laparlah pulak,Ada lagi ke cucur badak tu Amie?

    BalasPadam
  18. mewahnya cucur badak ni dgn udang..kalau kat KL ni beli cucur badak dah x de udang...kena buat sendiri baru boleh letak udang

    BalasPadam
  19. Salam Amie,
    Alamak, terlepas bas lagi...huhuhu. Lama sesangat tak makan cucur badak ni, teringat seseorang pernah kata kalau cucur udang, mesti ada udang kat atas, kalau cucur badak, mana badaknya keh keh keh.....kita ketawa guling guling.....

    BalasPadam
  20. Ummiross,
    Walaupun ribut taufan sanggup Ummi redah untuk sampai ke sini yea... he he heh memang sudah habis, tapi Amie boleh buatkan lagi untuk Ummi sayang... rehtlah dulu, panaskan badan Ummi yang sejuk meredah Laut China Selatan tadi he he hehh

    Kasih,
    sekarang dah moden dah.... orang tak mahu bubuh haiwan laut atas haiwan hutan lagi dah hi hi hiii

    Wattie.....
    laaa kalu dah tertinggal bas, macamana boleh lepas ke mari...naik sampanlah jawabnya ye...
    ha hahahhh... badaknya tak ada dah sebab dah dilindung oleh udang... udang harimau pulak tu...hi hi hiiiii

    BalasPadam
  21. Salam Amie....rupanya banyak masakan Amie...tapi nape tak timbul dalam column my Fabulous blog akak...akak dah try masukkan dekat 4 x ilmu penghadang apa ni..akak susah nak masuk ke blog amie.

    Apa pun kalau akak dapat cucur badak macam nie akak terkam udang dulu mak datok besarnya udangnya syok makan ni..buat akak secawan kopi O...ooooo makin laju jadinya

    BalasPadam
  22. Salam Kak Amie..kuih feveret yana nii..suka sgt mkn tp nk bt maless hihii..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe