Sayur Lemak Putih & Ikan Bolu Goreng Sambal Tempoyak

6:57 PTG

Salam sayang buat teman-teman semua. Petang ini Amie sempat masak Sayur Lemak Putih dan Ikan Bolu Goreng Sambal Tempoyak. Sambil potong sayur dan membersihkan ikan, telinga pun ambil kesempatan mendengar rancangan ADILA, Aku, Dia dan Lagu melalui siaran Radio Klasik Nasional. Akhirnya siap juga dua jenis lauk yang Amie sediakan.


Ketika sedang mengambil gambar Sayur Lemak Putih, tak semena-mena airmata berlinang kerana sangat terharu mendengar coretan kiriman seorang isteri yang begitu tabah menghadapi dugaan bersama suaminya yang mengidap penyakit barah paru-paru. Terduduk seketika mendengar alunan lagu yang diminta oleh pengirim iaitu lagu Pelangi Petang nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan lagu Akulah Kekasihmu alunan mersik suara penyanyi Francisca Peter. Aduh... tangkap jiwang sungguh petang tadi! Sebenarnya sudah terlalu lama tidak mendengar ADILA. Tak perlulah Amie tuliskan resepi Sayur Lemak Putih sebab mudah sangat untuk disediakan dan memang lauk evergreen, ada sepanjang zaman sejak dahulu sampailah sekarang. Sesekali makan sayur masak begini memang sedap, terasa aroma santan kelapanya yang asli. Amie temankan bersama Ikan Bolu Goreng Sambal Tempoyak. Resepinya Amie pinjam dari Dapur Tanpa Sempadan, Che Mat Gebu. Terima kasih Che Mat, minta izin dan minta halalkan ye.


Resepi asalnya Che Mat gunakan ikan kembung, tapi Amie gunakan seekor ikan bolu potong dua. Kalau ada sesiapa yang masih belum tahu ikan bolu, nama lain baginya ialah ikan belanak sembawa atau milkfish. Amie kongsikan resepinya ye Che Mat untuk rujukan teman-teman yang lain. Sila datang ke Dapur Tanpa Sempadan - CMG untuk keterangan lanjut.


Resepi : Kembung Goreng Sambal Tempoyak
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembong hijau -boleh guna apa-apa jenis ikan berdaging

1 helai daun kunyit, hiris halus

2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

Cara:

  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal-embal (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan-bahan bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap jangan hancur sangat, biar kasar-kasar.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.
Uwaaaaa..... gara-gara mendengar ADILA sampai nangis-nangis rupanya terlupa tekan butang rice  cooker! Uwaaaa.... ini memang betul-betul menangis sebab semua lauk dah siap, nasi belum masak! Berasnya kembang sebab lama terendam! Lain kali dengar cakap orang tua-tua... jangan menyanyi ketika masak di dapur! Hu hu huuuuu



25 comments

  1. Assalamulaikum Amie.. wah sedapnya menu.. ikan goreng sambal tempoyak tu bagai menggamit gamit Ani je.. ;)

    BalasPadam
  2. Kalau Aju mesti nangis kak, tp tgk lauk ni terus happy ;)

    BalasPadam
  3. assalam kak amie..nani kalau pegi pasar, mesti jeling2 aje dgn ikan bolu sebab tak reti nak siang.banyak tulang, tak reti pulak. tapi kalau pegi gerai ikan bakar, memang ambik ikan bolu duluan.

    BalasPadam
  4. serius meleleh mas tgk ikn bolu grg sambal tempoyak tu! aduhai sedapnya kak, mkn plak dgn syr lemak putih..waduh..waduhhhh enak banget!

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Kak amieee kalau makan lauk2 ni confirm diet lari kuat2 sedapnyaa

    BalasPadam
  7. aie..acik pun dengar adila.memang kalau adila tu selalunya kami masih dalam kereta beum sampai rumah..memang setiap hari la dengar

    BalasPadam
  8. mbangkitkan selera semua lauk2 tu...lg2 lemak putih tu...sedapnya...

    BalasPadam
  9. Kak Amie,ikan bolu bersambal memang kesukaan gue..tak mo lauk yg lain lagi..

    BalasPadam
  10. Salam kak Amie... wah memasak sambil dengar lagu.. sure lauk yang di masak tu bila di makan pun berlagu aje hehehe... ikan bolu tu ikan apa kak?? almaklumlah dah dewasa baru nak belajar ni hehehehe

    BalasPadam
  11. Amie kalau masak semuanya kena dengan taste ummi, sebab tu bila ke dapur Amie,asyik kecur je airliur, hik!

    BalasPadam
  12. Aduhai Kak Amie, tak tahan tengok menu akak nie,,terutamanya masak lemak tuuu..

    BalasPadam
  13. amie,
    jenuk dapur embun ada kerabu tomato,kat sini ada ikan tempoyak tu..tinggal rajin tak rajin nak buatkan..tengok cam sedap ajer...

    BalasPadam
  14. sedapnye goreng masak tempoyak..
    mmg best giler..kecur air liur..!

    BalasPadam
  15. Salam Kak Amie..emm sesuai sangat gandingkan sayur putih ni ngan ikan masak sambal gitewww...kecur saya bila teringat aroma dan rasa tempoyak itewwwww

    BalasPadam
  16. Choco Ani,
    Waalaikumussalam, suka tempoyak ye... jom makan sama.

    Aju Mohit,
    he he heh pandai menangis jugak Aju ye.. hehehh

    Nani,
    tak berapa minat yang beli digerai, jadi masak sendiri je.

    BalasPadam
  17. Mas,
    lauk-pauk kampung Mas, marilah makan sekali.

    Chik Mimi,
    lupakan diet dulu Chik Mimi... kita makan dulu he he heh

    Acik erna,
    dah lama tak dengar ADILA sebab cengeng... suka nangis macam budak kecik! hi hi hiii

    BalasPadam
  18. Qasey Honey,
    dah selalu masak lemak kuning, masak lemak putih rasanya lain sikit... asli gitu.

    Rahel,
    gue memang hantu ikan bolu Rahel...

    Shahriah,
    agaknya jarang ditemui di sana, tu sebab ramai yang tak tahu...bolu tu sebutan orang sini, nama lainnya belanak sembawa.

    BalasPadam
  19. Ummiross,
    alhamdulillah, kalau begoitu masa Ummi datang rtumah Amie nanti, tak payahlah Amie tanya nak makan apa... Amie masak aje apa-apa ye Ummi sebab Ummi sama taste dengan Amie... senang diatur kalau gitu... he heheh

    Rohah,
    kak Amie sebenarnya dah lama tak makan sayur lemak putih, tu yang bersemangat memasaknya.

    Kak asma,
    tak apa Kak, jamu mata aje.. nanti kalau dah datang semanbgat rajin, baru buat. dulu..

    BalasPadam
  20. Nens,
    memang tempoyak membangkitkan selera... bagi yang sukalah ye Nens.

    Sue@Nenie,
    memang naik selera kita, marilah makan sama Sue.

    BalasPadam
  21. kak amie.
    kita dtg dh ujung2 tanjung nie..ada lg ke idakk..ada ke idakk..he hheee..kompom abis..licin..dulu2 rajin msk camne kak..tp skrg2 nie malas mmjang..so makan yg simple2 jew tiap hari.:)

    BalasPadam
  22. As'salam Amie

    Sesekali melayan lauk macam ni ada pulak ikan kerisi masak taucu ada sambal belacan mangga serta telur dadar, mahu bertambah nasi anak beranak dekat meja makan ya Amie.

    Lauk macam ni dah jarang orang masak, ct pula kalau dah tak tahu nak masak apa lauk inilah yang menjadi hidangan diatas meja, dengan aroma santan segar emm...sedapnya Amie..

    BalasPadam
  23. Assallamualaikum Amie..

    Nak ikan tuuuuu!!!! I like tempoyak very much...Sedapnyaaa....

    BalasPadam
  24. anak2 suka dgn masak lemak,tp amik kuahnya jelah.......tp kalau soon tu diorg mkn..

    BalasPadam
  25. kak amie..saya kadang2 pun suka dengar rancangan adila ni..hehehe...memang mengimbau kengangan lama bila dengar kan kak..hehehhe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe