Bebola Donut Kentang Sira Sambal

1:28 PTG

Selamat tengahari kepada semua pengunjung budiman. Nampaknya Amie terlewat waktu untuk memasukkan menu sarapan pagi. Tentu ketika ini masing- masing sudah isi perut dengan hidangan tengahari. Apa pun Amie ingin kongsi bersama Bebola Donut Kentang Sira Sambal. Sebenarnya resepi ini resepi yang Amie gabungkan daripada resepi beberapa orang blogger masakan. Agak lama dahulu memang Amie selalu terbaca resepi donut sira sambal tapi baru hari ini berkesempatan untuk mencubanya. Terima kasih buat Hasue: I Love My Life, minta izin, minta halal Kak Amie ambil resepi Donut Sira Sambalmu! Bolehlah klik di dapur Hasue DI SINI untuk keterangan lebih lanjut. Kata Hasue, resepi ini diperolehi daripada Noorsha: 1001 Cerita 1001 Rasa, juga boleh klik DI SINI untuk berkenalan dengan tuan punya asal resepi ini. Terima kasih buat kedua-dua penyumbang resepi yang sungguh istimewa ini. Dan tidak lupa juga, buat Quinnie@Qasehququinnie dan Ros@JintanManis yang memberikan idea untuk Amie membuat donut kentang. Tidak lama dahulu memang Amie pernah buat donut kentang dan bolehlah klik DI SINI.


Resepi Sira Sambal
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


Bahan-bahan untuk sira:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3 sudu besar gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
1/2 labu bawang besar-hasue tambah
garam secukup rasa- hasue tambah

10 -15 biji donut yang telah digoreng - Amie gunakan bebola donut kentang

Cara:
1. Kisar lada kering, bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa. 
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4. Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api dan sedia dihidang.  

Sambal yang Amie buat tidak sempat garing melekit sebab anak-anak sudah berkeliling menunggu untuk bersarapan. Akhirnya bebola donut kentang pun bersalut dengan sambal yang agak basah! Bukan apa, pagi tadi Encik Suami cadang untuk beli saja sarapan pagi tapi Amie kata Amie akan sediakan sarapan. Oleh kerana penyediaannya agak lewat, anak-anak pun rasa kelaparan walaupun baru pukul 9 pagi! Lain kali Amie akan cuba buat sambal yang betul-betul gurih dan garing untuk menyira donut!





Donut Kentang @ Bebola Donut Kentang
Sumber I: Ros @ Jintan Manis
Sumber II: Quinnie @Qasehququinnie

Bahan-bahan:
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek - Amie kisar kentang dengan susu segar
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit) 
80/90ml susu segar  - boleh ganti dengan air suam 
1  1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1  1/2  sudu kecil)
( Ros letak susu sikit-sikit.  80ml sudah memadai, dan kalau doh agak keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain. Kena pandai agak-agak supaya doh tidak lembik sangat, kerana hasilnya nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Cara: 
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan uli selama 8 hingga 10 minit. 
2. Perap doh  selama 40 -60minit dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap. Biar doh naik dua kali ganda. 
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.  - Amie banting  / lempar doh untuk keluarkan angin.
4. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda - Amie bulat-bulatkan saja sebab tak jumpa acuan donut.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan.  Selamat Mencuba.

Di bawah ini Amie sertakan sekali doh yang dibuat oleh Quinnie. Walaupun kata Quinnie sekadar untuk rujukannya sendiri, tapi Amie rasa mungkin ada rakan yang lain yang ingin mencuba cara Quinnie termasuk Amie sendiri. Minta izin ye Quinnie....

Bahan-bahan:
400 gram tepung gandum
4 biji kentang saiz kecil- direbus empuk dan lenyek
4 sudu besar susu pekat manis dicampur dgn 100ml air dikacau rata
1 biji telur ( dipukul sedikit)
2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
1 1/2 + 3/4  sudu kecil yis

Cara:
1. Mula-mula Quinnie masukkan tepung dan gula dalam mangkuk dan digaul rata. Kemudian buat bulatan di tengah-tengah tepung sampai nampak dasar mangkuk.
2. Kemudian Quinnie masukkan yis, masukkan air susu dan kacau guna garfu biar yis itu berbuih. Kemudian kacau-kacau rata dengan tepung, masukkan telur dan kacau lagi. Quinnie masukkan margerin dan  kacau lagi  hingga rata. Seterusnya Quinnie masukkan  pula kentang. Uli hingga doh sebati.
3. Tutup doh dengan tuala basah dan biar biar naik 2 kali ganda.
4. Menurut Quinnie, adunan di atas agak lembut dan akan menghasilkan donut yang gebu.
5. Bila doh sudah menggebu, Quinnie tumbuk-tumbuk untuk keluarkan anginnya.
6. Kemudian Quinnie sediakan loyang yang disapu dengan sedikit minyak untuk meletakkan donut yang diterap.
7. Quinnie juga sapu minyak pada tapak tangannya untuk memudahkan membentuk donut tapi kalau tak mahir katanya, bolehlah tabur sedikit tepung pada adunan semasa hendak menerap.
8. Cara Quinnie goreng donut pula ialah masak dengan api perlahan - Amie pun goreng dengan api  sederhana panas juga.
9. Quinnie salutkan donut dengan gula biasa yang dikisar kering.

21 comments

  1. amboi amboi...berkenan nya saya dengan set cawan labu tu...... geram sungguh nengok...

    * lupa kat kentang tu kejap!

    BalasPadam
  2. sure sedapkan...tergoda:)
    sesuai dengan alas meja dan cawan labu tu...colour yg cocok

    BalasPadam
  3. mesti sedap donut sira tu kan?..akak pernah buat sekali..

    rindu kat amie..dah lama tak bertandang ke sini...:)

    BalasPadam
  4. hadeh!!!! asik nampak menu donuat aje sekarang...tapi x mo buat!!! huhuh....tengah menahan diri daripada buat donut ni...takot terlebih makan pulak.

    BalasPadam
  5. assalam k.Amie
    donut bersira pertama kali tgk he he
    kreatiflah, memang sedap ni asyik duk donut manis je sekali tukar sira pedas mesti lagi sedap

    BalasPadam
  6. hhhmm sedap je nmpk donut bersira..selalu mmg jmp yg manis2 je kali nie mmg ada kelainan..mst try sbb suka kuih pedas berbanding manis

    BalasPadam
  7. Rajin betul cik kak ni. Tak pernah rasa lagi donut sira sambal ni.

    BalasPadam
  8. kak amie sedappnya donut sambai tu

    BalasPadam
  9. sedapnya donut sira tu amie, basah2 tu yg sedapnya

    BalasPadam
  10. Hadoii kak Amie sedapppp nooooo... hujan kat sini... lapo tengok kuih sambal yang tebabom tuUuuuuuuuuuuuuuuu..............

    BalasPadam
  11. salam kak amie .. wahh ini lebih kurang donut kentang la ni... tak pernah lagi buat donut siap dengan sira lagi... makan gitu ada la ... apapun nampak sedap ..dah lama dah wani last buat donut ...

    BalasPadam
  12. bestnya klu dpt mkn 2 3 biji nii..tukar selera pula dr manis ke pedas..mst sedap ;-)

    BalasPadam
  13. assalam kak amie..xmo komen pasal donut tentunya..berkenan la ngan tea set labu tuh..cantik sangattt

    BalasPadam
  14. tentu sedap donut tu.....tak pernah makan lagi donut bersira macam tu...

    BalasPadam
  15. Pergh!!!,memang mengancam nampak sira pedas tu,yum..yum!

    BalasPadam
  16. Cheq Sue,
    nampak comel ye...

    Kasih,
    terima kasih Kasih, meningkat motivasi he he heh

    Kak Anim,
    tentunya sedap kak, anak-anak pun suka..
    rindu Kak Anim, Amie balas dengan rindu juga...

    BalasPadam
  17. Nani,
    ha ha ha... makan sikit je Nani, tak apa, tak naik badan punya.

    Mama Sara Nur,
    memang lain rasanya bila tukar manis ke pedas.

    Whitecappucino,
    jemput WC...

    BalasPadam
  18. Ain,
    memang sedap yang pedas sebab kita dah biasa makan yang manis.

    Hazila,
    terima kasih cik adik Hazila ha ha hahh sebenarnya kakak bukanlah tergolong insan rajin menggodek tepung disebabkan jejari kakak ni sesungguhnya keras kejang gitu...

    Chik Mimi,
    memang sedap, sambalnya yang buat lebih sedap!

    BalasPadam
  19. Rosa,
    memang yang basah2 tu buat sedap tapi kena cepat2 makan sebab kalau lama-lama, nanti meresap dalam donut.

    Shahriah,
    donut begini tak panjang umurnya...kejap je habis, lagilah kalau sejuk hujan...

    Wani,
    kakak buat pun bila ada masa terluang... biasanya memang jarang buat donut.

    BalasPadam
  20. Yana,
    2-3 biji pun kenyang dah... tapi lepas tu nak makan lagi sebab godaan sambalnya tu.

    Lina_pg,
    cantik ye set cawan labu tu... sebenarnya dah masuk stor, tapi entah kenapa kelmarin kemas-kemas, keluarkan ke dapur pula..

    MP,
    memang sedap...lebih sedp dari yang bergula.

    Ummi,
    jemputlah makan Ummi...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe