Bihun dan Nasi Goreng dengan Daging & Cekur Manis
2:21 PTGBismillahirramanirrahim.
Selamat berhujung minggu rakan-rakan blogger dan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Semoga sihat-sihat dan dipermudah segala urusan sepanjang hari ini.
Rasa agak kekok juga sebab akhir-skhir ini hanya dapat muncul sekali-sekala sahaja. Ibaratnya tenggelam timbul bagai hilang tempat berpaut.... ahaks! Begitulah kalau sudah tidak menulis entri setiap hari secara konsisten, ada kalanya terkial-kial apabila hendak memulakan semula.
Pagi tadi Amie masak dua jenis sarapan. Amie masak Bihun Goreng dengan Daging & Cekur Manis. Teringat Encik Suami selalu sebut sewaktu kecil dahulu, arwal MIL selalu goreng bihun dengan cekur manis. Ada baki nasi, jadi Amie goreng juga dengan cara yang sama. Daging yang Amie gunakan sudah direbus empuk guna slow cooker dan Amie sejukbekukan. Senanglah hendak digunakan, hanya nyakbeku sahaja sebelum diolah.
| Bihun dan Nasi Goreng dengan Daging dan Cekur Manis. |
| Menu Sarapan Bihun dan nasi Goreng dengan DDaging & Cekur Manis. |
Suatu ketika dulu Amie pernah kongsikan Nasi Goreng Hati dengan Cekur Manis, menu kegemaran Bonda. Seterusnya Amie ubah suai bahan daripada hati kepada daging rusa dan juga daging lembu. Bagi yang suka makan hari, sudah tentulah Nasi Goreng hati dengan Cekur Manis lebih sedap. Apa pun kalau bijak mengolah, kesemuanya sedap belaka.
| Bihun Goreng dengan Daging & Cekur Manis |
Resipi Bihun Goreng dengan Daging & Cekur Manis
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 1 bungkus bihun - rendam hingga kembang / lembut - toskan
- secekak pucuk cekur manis
- 1 cawan hirisan daging yang sudah direbus empuk
- 1/2 cawan hirisan lobak merah
- 1 labu bawang besar - cincang
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
- garam / perasa pilihan
- 4 sudu besar minyak
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit aroma.
- Masukkan lobak merah dan hirisan daging. Gaul rata, dan biarkan seketika sehingga lobak merah layu.
- Masukkan bihun, dan gaul sebati.
- Masukkan pucuk cekur manis, lada putih, garam / perasa pilihan.
- Gaul rata.
- Setelah pucuk cekur manis berubah warna, padamkan api dapur.
Amie masak bihun tanpa penambahan perasa seperti kicap, sos tiram dan juga kicap masin seperti yang dinyatakan oleh ChatGPT di bawah ini. Amie kurangkan penggunaan sebarang perasa sebab hendak jaga pemakanan Encik Suami yang berpantang garam yang tinggi.
| Nasi Goreng dengan Daging & Cekur Manis |
Untuk Nasi Goreng dengan Daging & Daun Cekur, cara masakannya sama sahaja dengan Bihun Goreng dengan Daging dan Cekur Manis, cuma Amie gantikan lobak merah dengan hirisan isi jagung manis.
| Nasi Goreng Daging Rusa dengan Cekur Manis. |
Ini menu lama, bulan Ogos sebelum Amie balik ziarah Bonda di Selangor tempoh hari. Tidak pasti sudah dijadikan entri atau belum. Sewaktu masak Nasi Goreng Daging rusa dengan Cekur Manis ini, Amie tambahkan serbuk perencah nasi goreng kampung.
| Lemon Madu Panas |
Apabila makan bihun atau nasi goreng, sudah tentulah sesuai sangat ditemankan dengan secawan lemon madu panas. Itu cita rasa Amie ya... ahaks! Gandingkan dengan kopi, lagilah nikmatnya!
15 comments
Bihun atau nasi goreng, dua² kesukaan Sy. Tapi Sy belum pernah masukkan daun cekur manis dlm bihun atau nasi goreng. Lain kali boleh cuba resepi Kak Amie ni
BalasPadamSegernya lemon madu panas.
BalasPadamNampak menyelerakan menu sarapan kak Amie.
BalasPadamJarang jumpa orang guna daun cekur manis dalam goreng-goreng begini, selalu buat sayur bening je. Nampak sangat menyelerakan
BalasPadamwah boleh cuba ni goreng bihun n nasi guna cekur manis
BalasPadamBihun goreng dengan daging dan cekur manis tu bukan sekadar sarapan, ada kenangan arwah MIL sekali di sebaliknya. 🥰 Bijak juga stok daging rebus dalam freezer, bila nak masak terus mudah dan cepat.
BalasPadamLemon madu tu bagus untuk detox
BalasPadamDah google baru tahu apakah itu cekur manis.. 😅
BalasPadamMakanan yg simple tapi sgt lah menyelerakan.. 🤤👍🏻
BalasPadamUii sedap... nanti nak buatlah resepi ni...
BalasPadam#doneterliur =D
BalasPadamTeringat dulu saat baru melahirkan , dipaksa mama untuk makan rebus sayur ceker manis, atau kami sebut daun katuk. Tiap hariiiii dimasakkan itu karena bisa menambah breast milk kan. Sampai saya jemu memang.
BalasPadamSeandainya dulu dibuat nasi goreng, mungkin saya lebih suka 😄
Masuk blog ini pagi-pagi mengundang kelaparan sebab molek sungguh la gambar kejadian nasi goreng dan bihun gorengnya
BalasPadamTak pernah lagi masukkan cekur manis dalam bihun. Nanti nak cuba.
BalasPadamMemang sedap Kak Amie masak, thanks for sharing nak try masak bihun guna pucuk cekur manis nanti.
BalasPadam