Hohoho.... Balik Kampung!
6:30 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tajuk entri kali ini seolah-olah balik kampung hendak sambut raya pula!
Sebenarnya catatan 21 Disember 2025. Selepas makan tengah hari di Chef Wan 1958 Putrajaya, kami bergerak pulang ke kampung. Sudah tentulah Bonda terkejut sebab tidak diberitahu awal tentang kepulangan kami!

Nampaknya buah rambutan di atas pokok di hadapan rumah turut menyambut kepulangan kami. Walaupun belum masak ranum, tapi rasa teruja memetik dan makan bawah pokok sangat menggamit rasa! Terbayang zaman kanak-kanak dahulu, belum pun sempat buah rambutan menguning, sudah kami kekah atas pokok dengan adik-beradik yang lain.
| Di waktu petang kami duduk bawah pokok makan buah rambutan! |
| Lauk-pauk makan tengah hari dari Pelosok Salai. |
Keesokannya, pesan dengan Wak Niah supaya masak nasi sahaja. Amie dengan Encik Suami ke Puncak Alam membeli barang dapur. Kemudian kami beli saja lauk-pauk di Pelosok Salai Bukit Kuching @ Daging Batang Pinang Salai Lemak Cili Api di kampung sebelah. Macam-macam lauk ada di meja makan:
- Ikan Tilapia Bakar dengan Air Asam & Sambal
- Siput Sedut Masak Lemak
- Itik Salai Lemak Cili Api
- Belulang @ Kulit Lembu Masak Lemak
- Kerabu Daun Selom, Kacang Botol dengan Taugeh
- Ayam Goreng Berempah
- Petai
| Bismillah. |
2 comments
Terus rasa lapar nampak menu kak amie ni. Sedap semuanya ni. Menu kampung.
BalasPadamSedapnyaaaa....mesti seronok mak Kak Amie bila nampak Kak Amie balik...makan plak lauk pauk sedap..alhamdulillah..
BalasPadam