Family Time @ Chef Wan 1958 Putrajaya

11:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Ahad - 21 Disember 2025 - Putrajaya
Entah mimpi apa, kami sekeluarga dapat mengunjungi Restoran Chef Wan 1958 di IOI City Mall Putrajaya. Selama ini hanya berangan-angan sahaja untuk makan di restoran chef terkenal tanah air ini. Amie salah seorang peminatnya, sentiasa mengikuti perkembangannya dan memiliki buku resipinya. Untuk makan di restoran beliau, rasanya bak kata Mama Cella kena banyakkan zikir.... ahaks!

Selepas daftar keluar hotel pada pukul 11:30 pagi, maka menjalarlah dua buah kereta dari Park Inn by Radisson, sebuah dipandu Abang Farid dan sebuah lagi dipandu Fuad membawa kami menuju ke IOI City Mall Putrajaya.

Chef Wan's Cucur Udang

Wajah yang sentiasa ceria memeriahkan dunia masakan tanah air.

Sementara menanti pesanan tiba di meja, sempat belek-belek katalog menu Chef Wan 1958. Amie ambil beberapa keping gambar dari katalog menu untuk dijadikan entri.


Macam-macam menu yang ditawarkan termasuk masakan tradisi nusantara dan juga makanan barat. Semuanya nampak sedap dan rambang mata dibuatnya ketika memilih! Maklumlah, rasa teruja sangat sebab pertama kali dapat jejak ke restoran selebriti.







Fuad cadangkan supaya kami memesan masakan tradisional Melayu, nanti pada masa yang lain boleh cuba makanan barat pula. Eh, macam ada rancangan untuk datang ke Restoran Chef Wan lagi nampaknya!


Melayan cucunda Hamzah yang tak boleh duduk diam.



Cucur Udang Chef Wan menjadi pembuka selera. Rangup di luar, lembut di dalam, dengan udang yang kelihatan segar, dinikmati panas-panas bersama sos pencicah yang melengkapkan rasa. Hidangan ringkas ini terasa istimewa apabila dinikmati sekeluarga. 

Ketika kami menikmatinya, sempat pula Encik Suami bersuara : Rata-rata di atas meja pelanggan ada Cucur Udang Chef Wan!



Chef Wan’s Cucur Udang istimewa sebab rasa dan tekstur yang seimbang. Digoreng hingga rangup di luar tetapi isi udangnya tetap juicy dan segar, hasil gabungan udang segar, taugeh dan daun bawang dalam adunan tepung yang sempurna (deep-fried to crispy perfection). 

Hidangan ini bersaiz agak besar dan cukup untuk dikongsi beberapa orang dan tambah menyelerakan apabila  dinikmati bersama keluarga. Chef Wan's Cucur Udang disajikan dengan dua pencecah iaitu sos cili pedas dan sos peanut house-made Chef Wan.

Di bawah cucur udang yang besar ini, ada beberapa keping cucur yang sudah sedia dipotong.

Alhamdulillah, tercapailah selera untuk merasa Chef Wan's Cucur Udang yang selama ini hanya mampu dilihat sahaja.


Selepas cucur udang membuka selera, satu demi satu hidangan tiba di meja, seolah-olah membawa kami mengembara merentas rasa Nusantara. Soto Ayam berkuah panas dan beraroma, sarat rasa habis disantap oleh Fuad penuh selera. Laksa Johor pula tampil penuh karakter, kuahnya pekat dan dihias dengan pelbagai aksesori. Amie menikmatinya hingga ke titisan kuah terakhir.

Abang Farid pula menikmati sate ayam yang dibakar sempurna, harum aromanya, lembut isinya dan dilengkapkan kuah kacang yang seimbang rasa manis dan lemak. Encik Suami pula memilih Pecal Ayam  sementara Aseeyah dengan pilihan  Nasi Ulam Ayam Percik. Amie sengaja memesan Lontong Chef Wan, dan nampaknya Fuad sambung makan selepas menghabiskan Soto Ayam.

Akhir sekali, kami berkongsi cendol yang dingin dan manis berlemak selain minuman Asam Boi Pineapple, Homemade Pandan Drink dan Honey Lemon.

Abang Farid - Aneka Satay Chicken


Fuad - Chef Wan's Soto Ayam


Amie - Laksa Johor

Kuah Laksa Johor yang pekat penuh rasa.


Tambah enak dengan sambalnya!

Pesanan Tambahan - Lontong Chef Wan

Encik Suami - Pecal Ayam


Aseeyah - Nasi Ulam Ayam Percik

Firdaus - Chicken Chop & Mushroom Sauce

Hamzah - Beef Bolognese


Cendol Chef Wan

Asam Boi Pineapple - Jug

Abang farid & Aseeyah - Honey Lemon & Homemade Pandan Drink

Minuman Tambahan - Air Mineral

Video kenangan Chef Wan 1958 Putrajaya.

Kami dapat potongan 5% dari harga asal setelah Fuad membuat ulasan di FB Chef Wan.


Semoga Chef Wan dianugerahi kesihatan yang berpanjangan dan dapat meneruskan usaha memartabatkan pelbagai menu tempatan seantero dunia.

Alhamdulillah. Adakalanya impian yang kita telah terlupa menjadi nyata pada masa yang tidak terduga! Semuanya adalah rezeki Allah.



7 comments

  1. Makan dengan ahli keluarga memang nikmat dan seronok kan Kak Amie apalagi di tempat yang tersohor ni. Belum sampai ke tempat Chef Wan ni. Portion dia agak besar kan, kena tunggu korum lebih, tak dapat2. Nak sangat try cucur udang yang famous ni. Hamzah buah hati nenda berdua. Makin besar dan bijak.

    BalasPadam
  2. wahhhhh meriah menu nya & semua sedapnya! cucur udang tu perhhh!

    BalasPadam
  3. Cucur udang tu nampak rangup sangat. Suasana kat Chef Wan ni memang best. Saya pernah ke sini juga. Order semuanya nampak menyelerakan. Plating pun cantik.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kadang apa yg kita inginkan Allah makbulkan cuma bila Dan masa ya Allah yang mengetahui. Seronoknya tenguk laksa johor soto lontong. Kena terjah ni bila Allah rezeki kan lebih. Aamiin

    BalasPadam
  5. sedapnya semua menu cheffwan cucur udang n cendol mengancam selera

    BalasPadam
  6. ternayata sangat hebat Restoran Chef Wan nikan..amazing..bagi saya sangat terbaik..Orang Melayu yang berjaya.

    BalasPadam
  7. Cucur udang tu best seller rest chef wan tu selalu nampak orang share. Teringin juga nak try 1 hari nanti.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe