Apa Ada di Sebalik Bab Boujloud (Pintu Gerbang Kota Berhias) di Fes el Bali

11:10 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bab Bou Jeloud @ Bab Boujloud merupakan pintu gerbang kota berhias di Fes el Bali, bandar lama Fez, Maghribi. Pintu gerbang ini dibina oleh pentadbiran kolonial Perancis pada tahun 1913,  berfungsi sebagai pintu masuk besar ke bandar lama.

Ketika kami tiba, hari sudah menjelang petang. Kami diberi masa selama setengah jam untuk melihat-lihat kawasan sekitar. Kamsiah tidak ikut serta kerana penat. Bersama beberapa orang rakan peserta rombongan yang lain, Kamsiah berehat di pintu masuk. Amie teruskan perjalanan memasuki Rue Tala'a Kebira dan Rue Tala'a Sghira.

Mari kita tinjau apa yang ada di sini di remang-remang petang begini.

Bab Boujloud


Pinjam gambar Google untuk gambar lebih jelas.


Pintu Bab Bou Jeloud yang lama ialah pintu gerbang yang ringkas dan sederhana yang dibina abad ke-12. Ia memberikan akses terus ke permulaan Tala'a Kebira, jalan souq utama yang melintasi Madinah dan menuju ke masjid Qarawiyyin dan universiti di tengah-tengah bandar. Laluan pintu pagar itu ditetapkan pada sudut berserenjang dengan Tala'a Kebira dan selari dengan tembok kota.





Sekitar Derbi Mernisi.





Sebaik sahaja menjejakkan kaki di lorong ini, kami disambut dengan aroma yang sungguh enak dari gerai-gerai makanan di kiri kanan jalan. Salah satu aroma yang sangat mesra dengan deria hidu sudah tentulah tagine! Perut berasa lapar pula apabila hidung disapa mesra dengan masakan Barbar ini. Dalam entri yang lepas-lepas, setiap kali Amie paparkan tagine dalam hidangan kami, memang Amie selalu sebut cara masakannya. Tagine ialah masakan kaum Barbar yang berasal dari Afrika Utara dan dinamakan tagine sempena penggunaan periuk tembikar sewaktu proses memasak. 

Secara tipikalnya, tagine @ tajin merupakan satu masakan daging rebus. Daging yang dimaksudkan ialah lembu, ayam, ikan atau pun kambing. Bahan ini selalunya ditambah dengan sayur-sayuran atau buah-buahan. Selain itu, rempah ratus seperti zafran dan kekacang juga boleh dimasukkan. Masakan ini akan direnih dan wap yang keluar itulah yang sangat semerbak dan membangkitkan selera untuk menikmatinya!

Dan boleh dikatakan, di mana-mana gerai atau restoran makan yang kami lalui atau temui, aroma beginilah yang sering menyambut kami!


Gerai makan di sini lebih terbuka dan luas berbanding di tempat lain sebelum ini.






Tempat cuci tangan pun penuh dengan jubin berukir indah!



Maghribi terkenal dengan pelbagai jenis roti. Salah satunya yang selalu dihidangkan untuk kami semasa makan tengah hari atau makan malam ialah khobz.  Khobz ialah roti bulat dan leper yang serupa dengan pita, selalunya digunakan untuk mencedok makanan semasa makan. Jenis roti popular yang lain termasuk batbout, roti pita Maghribi dan msemen, roti rata berlapis jenis masam atau manis, harcha dan krachel.

Briouat @ Briwa

Briouat atau briwa ialah sejenis pastri puff Maghribi yang manis. Briouat diisi dengan daging, biasanya ikan dan kambing atau ikan dan udang, dicampur dengan keju, lemon dan lada. Briouat dibalut dengan warqa iaitu doh kertas nipis dalam bentuk segi tiga atau silinder. Briouat jenis manis dipanggil briouat bil luz, diisi dengan pes badam atau kacang dan digoreng, kemudian dicelup dalam madu suam berperisa dengan air bunga oren. 

Briouat digoreng atau dibakar dan kemudian ditaburkan dengan herba, rempah ratus dan kadangkala dengan gula tepung.



Selain briouat banyak lagi makanan Maghribi di sini seperti
  • Faqqas
  • Ghoriba
  • Gazelle Ankles @ Ka'ab Ghzal
  • Chebakia
  • Sfenj
  • Qrashel
  • Meskouta
  • Dan lain-lain

Masa yang diperuntukkan selama sejam tidak memungkinkan Amie meneroka banyak lorong dan melihat satu-persatu gerai-gerai yang ada di situ.

Walaupun masih ingin berlama-lama di kawasan gerai makan tetapi terpaksa melangkah ke hadapan kerana waktu terus berjalan. 


Buah kaktus?
Tak sempat hendak tanya apa namanya.



Walaupun berpindah kaki dari satu lorong ke lorong yang lain, melalui satu pintu ke pintu yang lain tetapi rasa lebih selesa kerana tidak berasa terpengap oleh lorong dan dinding kota yang sempit seperti keadaan pasar sebelumnya.



Pandangan mata asyik tertumpu ke arah jubin pelbagai reka bentuk!






Fridge magnet pun cantik-cantik!






Tak sempat masuk ke lorong di sini.

Tempoh setengah jam, apa yang kami dapat? Kelam-kabut jugalah memikir hendak capai apa, hendak beli yang mana. Amie habiskan masa agak lama memilih scrub muka dan sabun mandi. Tak sempat ambil gambar sebab terburu-buru ke gerai lain untuk memilih jubin. Sudah beberapa hari asyik melihat jubin, petang ini putuskan hati untuk beli juga. Takut nanti tidak jumpa di tempat lain. Jubin seramik yang Amie pilih sudah tentulah lapik mug atau gelas.


Susah juga hendak memilih jubin seramik yang cantik-cantik ini. Beratnya pun satu hal. Harap-harap tidak pecahlah dalam penerbangan nanti. Harga yang ditawarkan untuk sekeping jubin seramik lapik mug atau gelas ini ialah 2.5 EURO. Di Morocco boleh gunakan DM (Morrocon Dirham) dan juga mata wang EURO.


Antara jubin seramik yang selamat dibawa terbang pulang.




Oleh kerana semuanya nampak cantik, memang susahlah hendak memilih. Amie beli satu dozen, 12 keping. 


Sebenarnya ada sesuatu yang Amie terlepas pandang dan tidak beli dalam gambar di atas. Nantilah Amie cerita dalam entri Sepanyol pula! Sudah selalu ingat dalam kepala, biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli. Tapi apa boleh buat. Benda nak jadi cerita kan... ahaks!

8 comments

  1. Bab Bou Jeloud cantik senibina dan design nya. Makanan local semua nampak sedap. Cantik jubin seramik tu. Boleh jadikan coaster kan. Kadang macam tu lah, tangguh beli lepas tu tak jumpa dah. Suami kata, haaaa dah cakap beli je terus. Semua yang dijual memang geram je tengok.

    BalasPadam
  2. Cantik betul lapik mug/gelas tu.

    BalasPadam
  3. cantiknya jubin seramik untuk hiasan rumah berat juga nak bawa terbang pulang

    BalasPadam
  4. Briwa tu sekali pandang macam samosa...
    Sy yang hanya menikmati gambar yg Kak Amie sajikan pun terpesona tengok jubin²nya. Memang tak rugi beli 1 set hehe

    BalasPadam
  5. Briouat tu nampak mcm samosa, intinya je manis. Haihh kalau saya memang tk cukupla sejam, dahla barang cantik2! Nasib baik dapat juga beli jubin tu, cantik2 semua coraknya!

    BalasPadam
  6. Macam tak cukup masa yang diberikan tu. Tempat terbuka macam ni kalau bau masakan tu memang cepat aromanya sampai. Ya, nampak selesa dan luas sikit di area gerai tu. Buah kaktus? rare tu. Cantiknya Moroccan Coasters tu, memang rugi kalau tak beli. Sekali beli, tudiaa sedozen. hihi...

    BalasPadam
  7. Ini pun cantiiiik, dan bisa juga jadi hadiah. 😍. Setengah jam saja diksh waktu kak????? Ya Allah, mau menangis saya, tak banyak yg dibeli itu 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  8. Cantiknya Coaster tu..kalau SA kat situ...memang sanggup beli tu...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe