Firdaus, oh Firdaus!
8:50 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apabila kita terlalai seketika, pelbagai kejadian tidak diduga akan berlaku. Semenjak dua menjak ini kita memang selalu lewat sampai ke rumah. Banyak kerja ladang yang perlu diselesaikan termasuk mesyuarat itu dan ini, latihan sukan di padang, laporan dan analisis SPM pula perlu dihantar ke PPD. Pelbagai program yang dijalankan di ladang, kita tak boleh lepas pandang apalagi kalau tersenarai sebagai ketua.
Firdaus beritahu, perlu siapkan buku skrap Sejarah. Kita pun setiap hari bertanya, sudah siap atau belum? Jawab Firdaus, sedang dibuat. Selalulah kita tengok Firdaus menaip sesuatu di komputer. Katanya, taip bahan untuk buku skrap. Jadi, kita pun tidaklah banyak berfikir dan terus tumpukan perhatian terhadap tugas hakiki dan program-program yang dirancang. Minggu terakhir bulan April, kita bertugas pada hari Sabtu dan Ahad untuk Program Kem Kepimpinan. Awal bulan Mei, keesokan hari selepas cuti 01 Mei, kita uruskan Program Reach For The Stars SPM dari pagi sampailah ke petang. Hari Sabtunya pula wajib ikut Bengkel Peningkatan Profesionalisme, juga dari pagi sehingga petang.
Oleh kerana keletihan, kita pun terlupa untuk mengikuti perkembangan Firdaus dengan buku skrapnya. Sesekali ada juga kita minta Encik Suami memantau kerja-kerja budak ini.
Hari Selasa, malam Rabu kita minta Firdaus tunjukkan hasil kerjanya. Yang ditunjukkan hanyalah dua helai kertas yang ditampal dengan tulisan yang dicetak dan digunting. Mana hasil yang lain? Katanya, belum siap. Tarikh akhir hantar pada hari Jumaat, 09 Mei 2025.
Barangkali tertekan dengan kerja analisis SPM 2024 yang akan dibentangkan pada petang Khamis dalam Dialog Prestasi, ditambah pula dengan kerja Firdaus yang belum selesai, maka kita pun terus jadi singa! Kena jambaklah rambut Firdaus malam itu! Encik Suami pun kena sekali. Singa betina pun terus membebel tak henti-henti! Kata Encik Suami, memang dia mengingatkan Firdaus untuk siapkan kerjanya. Kita kata, ingatkan saja tidak cukup tetapi kena pantau, lihat dan bantu!
Bermula pada hari Selasa malam Rabu, selama tiga malam berturut-turut kita terus paksa Firdaus siapkan buku skrapnya. Memang tidak cukup waktu. Memang letih tetapi apa boleh buat. Masa sudah suntuk. Siang kita di ladang, Firdaus sekolah pagi dan petang. Sepatutnya tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh dua atau tiga minggu terpaksa dibuat waktu malam dalam masa yang sangat singkat. Kita pun tidak sempat untuk memikirkan hasil yang kreatif. Apa yang penting, buku skrap mesti siap dan dihantar pada masa yang ditetapkan.
Pagi tadi, dalam perjalanan ke sekolah barulah sempat ambil gambar Firdaus dengan buku skrapnya. Firdaus kata: Terima kasih Mommy. Daus minta maaf.
Kelmarin, kita mesyuarat sampai ke petang dan walaupun letih, paksa diri untuk bantu Firdaus siapkan buku skrapnya. Encik Suami tolong masak nasi dan dadar telur. Disebabkan penat dan lapar, sedap sangatlah makan nasi lauk telur dadar!
Buku Skrap Sejarah Tahun 6 : Negeri-negeri di Malaysia. |
Sebenarnya, banyak perkara yang dikesalkan! Kita insaf, setiap anak tidak sama tingkah lakunya. Ada yang boleh berdikari, dapat menyiapkan tugasan sendiri. Ada yang perlu dipantau dan ditemani dari awal hingga akhir. Dan kita terlupa, Firdaus sebenarnya perlukan bantuan dan bimbingan! Apa pun, setakat ini hanya itulah hasil yang semampunya dibuat di saat-saat akhir.
Siaplah buku skrap sebanyak 47 muka surat. Namun begitu, Firdaus tertinggal pula untuk taip sumber rujukan. Allahu Akbar! Kita sudah penat. Firdaus pun sama. Jadi, terimalah hasil yang seadanya.
Bendera, Lagu dan Jata Sebagai Lambang Negeri.
Dalam perjalanan ke sekolah, Firdaus minta maaf. Ketika sampai di sekolah, sekali lagi Firdaus minta maaf. Dan dia cium kita untuk menyatakan rasa terima kasihnya yang tak terhingga. Hari ini hari Jumaat. Biasanya selepas solat Jumaat Encik Suami akan hantar Firdaus ke sekolah agama dan kemudian akan ambil Amie di ladang. Tetapi, ketika Amie masuk kereta, ada pula Firdaus. Budak ini tidak ke sekolah agama! Katanya penat. Mungkin jugalah sebab bersengkang mata siapkan buku skrap Sejarah selama tiga malam berturut-turut!
Setelah kita duduk dalam kereta, Firdaus pun bercerita.
Katanya, dia rasa sangat gembira sebab guru Sejarahnya menyatakan rasa bangga Firdaus dapat siapkan buku skrap Sejarah yang cantik dan lengkap. Kawan-kawan sekelasnya pun teruja melihat hasil kerjanya.
Katanya, dia rasa sangat gembira sebab guru Sejarahnya menyatakan rasa bangga Firdaus dapat siapkan buku skrap Sejarah yang cantik dan lengkap. Kawan-kawan sekelasnya pun teruja melihat hasil kerjanya.
Dalam perjalanan pulang, berulang kali Firdaus bercerita mendapat pujian daripada gurunya. Dan berulang kali juga meminta maaf di atas kealpaannya! Minta maafnya itu diulang-ulang sampailah turun dari kereta sewaktu hendak masuk rumah. Dia cium lagi kita! Kali ini disambung ayat: Lain kali Daus tidak akan buat begitu lagi.
Akhirnya kita dapat tangkap sesuatu sebab mengapa Firdaus tidak ke sekolah agama.
Kita tanya: Daus tak pergi sekolah agama sebab hendak beritahu Mommy buku skrap itu ka?
Jawabnya : Iya Mommy. Daus mahu beritahu Mommy sebab cikgu suka sangat bila Daus serahkan buku skrap itu.
Kita tanya: Daus tak pergi sekolah agama sebab hendak beritahu Mommy buku skrap itu ka?
Jawabnya : Iya Mommy. Daus mahu beritahu Mommy sebab cikgu suka sangat bila Daus serahkan buku skrap itu.
Tetapi.... tetapi!
Pagi tadi kita tengok salah seorang gurunya hantar gambar dalam kumpulan WhatsApp. Wajah-wajah tertera ialah wajah-wajah yang berjaya menghantar tugasan Bahasa Melayu. Tulis gurunya: Tahniah kepada anak-anak yang siapkan tugasan. Yang belum siap tolong siapkan.
Pagi tadi kita tengok salah seorang gurunya hantar gambar dalam kumpulan WhatsApp. Wajah-wajah tertera ialah wajah-wajah yang berjaya menghantar tugasan Bahasa Melayu. Tulis gurunya: Tahniah kepada anak-anak yang siapkan tugasan. Yang belum siap tolong siapkan.
Syukur Alhamdulillah. Terselit wajah Firdaus di belakang sedang memegang hasil tugasannya. Kalau tidak ada mukanya, mungkin sampai rumah singa betina bertukar jadi harimau pula!
Projek PSV menggunakan kacang hijau. |
Tengah hari tadi, di ladang, salah seorang anak kawan (kelas sebelah Firdaus) tunjukkan hasil tugas PSV kepada ibunya. Sekali lagi kita berdebar! Sebelum ini Firdaus minta kacang hijau dan kita suruh ambil dari kabinet dapur. Firdaus tidak pula beritahu ada projek PSV di sekolah! Kelmarin, Firdaus cerita pokok kacang hijaunya sudah bertunas.
Apa Firdaus sudah buat?
Mana hasil kerja PSV nya, dan apa dia buat dengan kacang hijau yang diminta itu?
Mana hasil kerja PSV nya, dan apa dia buat dengan kacang hijau yang diminta itu?
Oleh kerana Firdaus asyik bercerita tentang buku skrap Sejarah, jadi kita pun terlupa hendak tanya projek kacang hijaunya itu! Sebaik sahaja Firdaus keluar dari kereta, dia mengambil sesuatu dari celah pasu bunga dan tunjukkan kepada kita pokok kacang hijaunya!
Tiba-tiba kita teringat kerja PSV anak kawan.
Kita terus tanya : Ada siapkan tak projek PSV yang gunakan kacang hijau?
Jawabnya: Sudah siap. Kami buat di kelas. Sudah hantar.
Kita terus tanya : Ada siapkan tak projek PSV yang gunakan kacang hijau?
Jawabnya: Sudah siap. Kami buat di kelas. Sudah hantar.
Kita tanya lagi : Cikgu suruh buat projek PSV, kenapa pula tanam kacang hijau?
Jawabnya : Alaa... Mommy. Daus nak tengok rupa pokok kacang hijau. Inilah Daus tanam sendiri.
Jawabnya : Alaa... Mommy. Daus nak tengok rupa pokok kacang hijau. Inilah Daus tanam sendiri.
Allahu Akbar!
Banyak pengajaran yang diperoleh hari ini! Banyak sangat yang kita sudah terlepas pandang! Harapnya selepas ini, sesibuk mana pun dengan tugas sendiri, sepenat manapun juga kita akan cuba ikuti perkembangan Firdaus sepenuhnya. Bukan sekadar bertanya, tetapi melihat, membimbing dan membantu!
Banyak pengajaran yang diperoleh hari ini! Banyak sangat yang kita sudah terlepas pandang! Harapnya selepas ini, sesibuk mana pun dengan tugas sendiri, sepenat manapun juga kita akan cuba ikuti perkembangan Firdaus sepenuhnya. Bukan sekadar bertanya, tetapi melihat, membimbing dan membantu!
Sebagaimana menatang anak-anak SPM, begitulah ingin memberi perhatian kepada anak sendiri bagai menatang minyak yang penuh!
Pokok kacang hijau Firdaus yang tumbuh subur. |
Kata-kata Firdaus yang menyentuh hati:
Mommy tahu tak, Daus terus faham semua isi pelajaran Sejarah Negeri-negeri di Malaysia. Daus seronok dapat siapkan buku skrap Sejarah.
Alhamdulillah!
Dalam hati berharap agar Firdaus tidaklah dendam kerana kita jambak rambutnya pada malam itu disebabkan geram teramat sangat dengan sikap sambil lewanya! Emosi betul.... ahaks! Tulisan pun ikut plot naik turun getaran jiwa!
Mommy tahu tak, Daus terus faham semua isi pelajaran Sejarah Negeri-negeri di Malaysia. Daus seronok dapat siapkan buku skrap Sejarah.
Alhamdulillah!
Dalam hati berharap agar Firdaus tidaklah dendam kerana kita jambak rambutnya pada malam itu disebabkan geram teramat sangat dengan sikap sambil lewanya! Emosi betul.... ahaks! Tulisan pun ikut plot naik turun getaran jiwa!
15 comments
Kak Amie, saya paham sangat yg dirasakan. Kadang kita merasa marah saat anak tidak mengerjakan tugas, atau tidak belajar pdhl esok dah exam. Saya pun pernah lah menjadi singa sampai hrs memukul anak.
BalasPadamTapi setelahnya, saya juga yg menangis menyesal .. tp terkadang cara itu yg memang ampuh utk mendidik mereka jadi disiplin.
Alhamdulillah firdaus tahu kesalahannya, dan mau meminta maaf. Dia pasti tidak akan mengulangi lagi kalo sampai begitu 👍👍
Mudah-mudahan Firdaus akan kotakan apa yang dikata.
PadamAnak Generasi Alpha memang jauh beza dengan generasi sebelum-sebelumnya.
Sedikit kita terlepas pandang, persekitaran dan medsos mengambil tempatnya!
Tu la kita mak2 ni kak memang sentiasa kena pantau anak2. Kalau idok ambik mudah je budak2 ni. Bila busy takdan nak pantau jugak kan. Cie pun selalu jadi singa betina. Hihi
BalasPadamBeza sungguh generasi X, Y, Z jika dibandingkan dengan Generasi Alpha. Tahap berdikari mereka rendah dan mungkin disebabkan waktu lahir mereka sudah bergantung tinggi kepada dunia digital dan persekitaran turut mempengaruhinya.
PadamKita sebagai mak nak yang terbaik utk anak. Anak kekdng fikir utk hari esok je. Mak2 ni fikir utk akn dtg nun jauh ke depan lgi.
BalasPadamBetul tu.
PadamLatar belakang zaman kelahiran pun berbeza.
Memang tak boleh terlepas pandang dalam mendidik anak-anak di zaman serba mencabar ini.
Haaa Daus.... kan udah kena jambak rambutnya tu... jangan minta potong rambut gaya askar sudah takut mommy buat lagi. Dgn Incik Majid sekali kena bebel... ini biasa.. takkan nak geram sorang²😁
BalasPadamBetul Faizah. Tak boleh kita geram sorang-sorang. Boleh jadi gila dibuatnya... ahaks!
PadamAllahu....kenapa saya yang menangis...😭😭😭
BalasPadamPagi2 belum sarapan tapi sudah kenyang air mata😭
Rasa diri sendiri gagal jadi anak yang baik dan ibu yang baik..
Kita generasi X Mama Cella. Kita berada di antara Generasi Baby Boomers dan Millennials. Kita membesar dalam peralihan perubahan sosial dan teknologi. Bermakna generasi kita lebih berdikari dan adaptif. Kita anak yang baik sebenarnya. Kita juga ibu yang baik. Bezanya anak gen berikutnya sudah dipengaruhi oleh persekitaran digital, dunia tanpa sempadan sehingga mengurangkan nilai-nilai seperti di zaman kita. Lingkungan hidup mereka penuh cabaran besar!
PadamBudak-budak sekarang mamang kena pantau.. Cakap je tak jalan. Tu hari seorang anak buat perangai, pagi-pagi cakap sakit mata. Kita yang dah makan garam dulu ni memang sangat faham, ni mesti ada something wrong. Semak punya semak rupanya ada kerja rumah tak buat. Saya sutuh dia buat juga sampai siap kemudian hantar ke sekolah. Hehe.
BalasPadamBetul Encik Fairus.
PadamMereka bijak dengan mekanisme bela diri.
Perlu simpan sedikit kecurigaan dan waspada dalam diri kita supaya anak-anak terus berada di landasan yang betul dalam menuju kedewasaan.
bagusnya firdaus. dia tau dia buat salah, terus minta maaf dan ucap terima kasih pada mommy dia. walaupun buat last minit tapi kemas juga hasilnya tu!
BalasPadamteringat zaman2 saya dulu, paling malas bila kena buat buku skrap camni sebab tak suka tampal gambar gam melekit-lekit tu. tapi yg bestnya sebab boleh hias ikut kreativiti kita
Firdaus ni bijak dan bertanggungjawab. Ucapan maaf dan terima kasih selalu di bibir. Sama je anak2 masa sekolah dulu, last minute tu biasa. Alhamdulillah ada printer, kertas. Sebelum tidur memang bertubi tanya homework dll, ada jugak terlepas pandang, tak siap. Berasap mulut haha.
BalasPadamLama juga tu mommy bertukar jadi singa. Sabar je lah. Budak-budak ni tak dipantau memang keluat jadinya. Ada hikmahnya disebalik kejadian. Dia salah dan sedar. Bagus budak Firdaus ni. Dah makin besar ni nampak macam rupa abang Fairuz pula.
BalasPadam