Dulu dia pernah bertanya, walaupun dia sudah tahu 4 perkara yang disarankan dalam agama untuk mencari pasangan hidup. Akhirnya kita pun jawab: Pilihlah yang sederhana. Mudah-mudahan dia faham maksud kita kerana junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah memberikan contoh agar sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam hidup.Dan katanya lagi, andai jodohnya sampai biarlah walimatulurus diadakan kecil-kecilan sahaja. Jodohnya tiba di musim pandemik yang sudah tentunya membataskan...
Petang ini, sambung kerja di rumah dengan mengikuti google meet: TAKLIMAT PENGOPERASIAN PROGRAM KPMPerkasaKU (Kaedah Pengajaran dalam CATCH UP PLAN) Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah PPD Lahad Datu.Sempat hiris buah-buahan untuk dijadikan snack. Dan sudah tentu berterima kasih bersama daun keladi untuk Encik Suami kerana sudi masuk dapur sediakan jus buah tembikai. Bolehlah nikmati bergelas-gelas!Harap tidak terlelap sewaktu mendengar taklimat.Nyaman bah! ...
Jom jalan-jalan masuk Kampung Bugis di Batu 1, Jalan Segama Lahad Datu. Kita singgah di Warung Bakso Layan Diri yang terletak bersebelahan dengan masjid. Warung ini beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 8:30 malam. Kami pernah ke sini pada sebelah petang tetapi warung sudah ditutup. Khabarnya laris betul jualan bakso di sini. Tentu ada sesuatu yang menggoda selera pelanggan. Sebelum ini Amie hanya...
Makan masakan kampung memang tidak pernah menjemukan. Ada sahaja menu yang memikat selera. Sayangnya tak bolehlah nak pilih semua yang kita suka. Perut kita ada hadnya untuk diisi... ahaks! Nanti ambil banyak, tak habis dimakan, membazir pula.Sehari sebelum majlis resepsi Abang Farid, sempat jugalah kami jalan-jalan di Shah Alam dan singgah makan di Restoran Sidah di Seksyen 7. Kalau bawa Fairuz makan, memang kita...
Mengimbas kenangan 30 Oktober 2021.Majlis akad nikah Abang Farid dijadualkan pada pukul 10 pagi di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. Majlis ini sebenarnya dirancang lebih awal pada tarikh 16 September 2021, tetapi peningkatan angka Covid-19 semakin mencanak, jadi keluarga kedua-dua pihak sepakat menunda pada tarikh 30 Oktober 2021.Sudah tentu majlis ini tidak dapat dilupakan oleh kedua-dua pengantin : Farid &...
Entah berapa lama lagi dapur akan terus terbiar tak berasap, dan periuk tergantung tak berusik. Harapkan nasi bungkus sahajalah untuk makan tengahari. Kadang-kadang rasa segan pula berulang kali makan di kedai yang sama setiap hari.... ahaks! Dapur maya pun dah mula menyepi! Nak buat macamana? Kalau tak makan, perut lapar! Jomlah kita jalan-jalan cari makan. Kita layankan selera budak kecil satu ini. Pada suatu...