فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Diulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar Rahman. Sumber : Google Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Moga ceria dan gembira menyiapkan rutin rumahtangga, bersyukur mendapat segala nikmat dan rezeki kesihatan dan ketenangan yang berpanjangan. Alhamdulillah. Pagi ini, rasa bersemangat masuk dapur untuk sediakan sarapan pagi. Seperti biasa, masak serbuk...
Sewaktu kami jalan-jalan ke Sandakan dua minggu lepas, kami sempat singgah di pasar basah. Tidak banyak pilihan hasil laut berbanding dengan pasar ikan di Tawau. Namun begitu, kebanyakannya kelihatan segar-segar belaka, seperti di pasar ikan Kunak. Selain memborong ikan dan sotong segar, kami melihat-lihat juga ketam nipah. Ketam nipah atau ketam bakau kelihatan masih hidup. Walaupun kaki dan penyepitnya sudah diikat rapat ke...
Bila suhu sejuk, alangkah nikmatnya kalau dapat makan hidangan panas selain kuah sup! Jom kita masak Lidah Lembu Goreng Pedas dengan Terung Taiwan. Barulah berpeluh-peluh dahi... ahaks!Selain rasa pedas cili padi kampung, Amie tambahkan Thai Sauce Maepranom untuk rasa lebih lazat. Amie juga gunakan belacan Papar untuk aroma lebih mengancam.... ahaks! Dan untuk memudahkan kerja memasak, Amie masak sekali harung dengan terung Taiwan!Bahan-bahan:400...
Hari ini mendung. Hujan renyai hingga ke petang membawa ke malam. Petang tadi, sesampainya di rumah, rasa sepi! Fuad yang sedang bercuti sudah dua hari berada di Tawau bersama sepupunya. Fairuz belum pulang dari sekolah. Firdaus pula sudah mula bersekolah sejak kelmarin. Encik Suami belum sampai ke rumah. Bila suasana sepi, rasa rindu pula akan suara anak-anak berteriak, berkelahi dan bergelak ketawa! Dalam...