Jumpa lagi. Menyempatkan diri jenguk dapur maya sebelum beradu. Sekadar cerita tentang mangga epal 7 kg di dapur. Ada yang masak dan kebanyakannya dalam keadaan mengkal. Sedapnya kalau dibuat jeruk! Kita suka sangat jeruk mangga epal, sebab mangga jenis ini tidaklah masam. Jom mulakan operasi mengupas buah mangga. Lebih kurang 5 kg mangga epal mengkal sudah dikupas. Kemudian hiris ikut saiz yang disukai....
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Hujung minggu bukan bererti maa untuk berehat! Hari begini, semua benda sedang berlonggok untuk dikemas.... ahaks! Ya! Bukan hari untuk bermalas-malas dan melingkar atas katil sehingga terbit matahari! Inilah hari paling sibuk ketika berada di rumah. Segala-galanya yang berkaitan dengan rumah dari bilik tidur, ruang tamu, dapur dan halaman rumah perlu dibersihkan. Huurrmmm......
Selamat berhujung minggu. Pantai Timur Sabah , sepanjang hari hujan dari pagi sehinggalah ke petang. Seawal pagi, selepas solat Subuh, berdua bersama Encik Suami meredah hujan, menyusuri jalan berliku-liku menuju ke Semporna. Bawa bekal pulut panggang, kuih lapis dan kuih getuk ubi. Untuk anak-anak di rumah, Encik Suami belikan nasi kuning, karipap dan telinga gajah. Fuad tak dapat ikut sebab ikuti pembelajaran secara...
Jumpa lagi. Sekarang ini dah mula jarang-jarang masuk dapur maya. Sepanjang cuti PKP memang seronok pagi petang, siang atau pun malam, kalau ada masa terluang terus kongsi resepi di sini. Sempat lagi kunjung ziarah ke 'rumah' kawan-kawan, dan menambah kenalan. Di kesempatan ini Amie ingin ucapkan berbanyak terima kasih buat pengikut baru yang sudi lepak di dapur yang tidak sepertinya ini. Jadi, memandangkan...
Selamat berhujung minggu. Hari ini tak masak untuk hidangan tengahari. Pagi tadi masak nasi lemak, sekali harung untuk sarapan dan makan tengahari. Untuk lauk nasi lemak, Amie temukan paru rusa dari Sungai Kinabatangan dengan kerang dari Tawau. Isi kerang tersangatlah kecil, tapi kira sudah cukup bagus sebab ada! Bolehlah tukar-tukar selera makan sambal kerang pula. Paru rusa yang kami beli di Sungai Kinabatangan...