Ikan Merah Masak Taucu
9:04 PTG
Lama benar rasanya tak makan ikan!
Malam tadi ketika sedang mamai-mamai tidur, tiba-tiba teringat ada satu tin ikan sardin di dalam almari dapur. Amie pun terus telefon Fuad. Ha ha haaa.... macam jauhnya sebatu! Padahal, Amie dalam bilik, Fuad pula di tingkat bawah.
Jam sudah menunjukkan angka 1 tengahmalam.
"Ada satu tin sardin dalam almari dapur.
Esok pagi masak sardin jew untuk sahur.
Jangan lupa goreng telur dadar.
Masak sayur sup untuk Baba.
Simpan balik ayam masuk tempat sejuk beku."
Menyahutlah anak teruna kita dengan penuh taat : "Ok. Ok. Mommy."
Sepanjang bulan Ramadhan memang Amie tak pernah masak untuk sahur. Fairuz dengan Fuad sudah sedia dengan jadual giliran memasak. Tidak ada arahan atau paksaan untuk memasak sahur, tapi itulah yang mereka lakukan bermula dari tahun lepas. Memang tak lena tidur sebab menjelang pukul 3 pagi, ada sahaja aroma menerjah menerobos masuk ke bilik tidur!
Selesai masak, Fuad atau Fairuz akan kejutkan kami berdua untuk bersahur.
Itu cerita semalam!
Ini kisah hari ini pula.
Hari ini Amie lepaskan rasa dengan memasak ikan merah.
Ikan Merah Masak Taucu.
Ikan Merah Masak Taucu tambah dengan terung!
5 keping ikan merah - perap seketika dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - goreng hingga masak
2 biji terung panjang - belah 2 dan potong 2 setiap bahagian - goreng hingga masak - toskan
3 sudu besar taucu masin
1 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
5 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia
1. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan / terung.
2. Masukkan kesemua bahan hiris, dan tumis hingga wangi.
3. Masukkan taucu , dan tambahkan air.
4. Setelah tumisan mendidih, masukkan ikan dan terung goreng.
5. Kacau rata, dan tambahkan perasa seperti garam./ gula/ perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.
Nampaknya, ada banyak lebihan ikan masak taucu, jadi esok pagi Fuad hanya perlu panaskan saja untuk sahur.
Di saat hendak berbuka, Encik Suami minta Amie masakkan sup sayur. Amie campurkan lobak merah, taugeh, sawi dan fish ball. Enck Suami kata, sup itulah yang membuka seleranya!
Sebelum ini setiap kali berbuka, makanan sampingan wajib ada yang Encik Suami beli sudah tentunya murtabak, popia dan sejenis kuih lain. Petang tadi, Amie yang pilih kuih ...hiks! Sudah tentulah Amie pilih kuih kegemaran Amie seperti tepung talam gula merah!
Seri muka ini kata Encik Suami untuk Firdaus!
Sudahnya Firdaus tak akan menyentuh nasi sekiranya sudah berasa kenyang makan kuih!
Heheheee... kuih nona manis kononnya!
Amie belum sentuh lagi, tak tahu apa rasanya!
Yang ini kuih rangin.
Kecil comel saja saiznya, dengan harga RM1 untuk 3 biji!
Rupanya dua biji sudah hilang dari piring, dan Amie sempat masukkan ke mulut sebiji yang tertinggal. Ha ha haaa... tak payah, gigit, masuk terus ke mulut sebab kecil sangat! Eh...! Atua mulut kita yang besar sangat...wakakakaaaa!
Yang ini memang tidak ada sesiapa nak usik.
Amie simpan dalam peti sejuk.
Belum lagi Amie makan. Esok pagi waktu sayur pun boleh makan, atau untuk berbuka esok petang pula!
Hari tu teragak-agak nak beli otak-otak takut gatal. Hari ini tak teragak-agak beli 15 bungkus otak-otak. Alhamdulillah! Otak-otak tak gatal!
2 comments
wah untungnya ada anak bujang pandai masak. Dah boleh ganti mak dia di dapur. Jarang anak bujang nak bangun masak sahur.
BalasPadamNotie,
BalasPadamnak buat cemana...semuanya jantan ha ha haaaaa...terpaksalah tolong mommy diorang.