Selamat petang semua. Musim cuti sekolah sudah bermula. Anak-anak pun asyik berulang-alik ke dapur mencari makanan, buka tudung saji, buka peti sejuk. Mesti keluar pertanyaan : Mommy tak masak? Mommy masak apa hari ini? Yang bagusnya tu, makanan yang dimasak tidak bersisa sampai ke hari esok, atau masukkan di dalam peti sejuk untuk dipanaskan semula pada waktu yang lain. Kentang yang terbiar di...
Bila sebut tentang pengat keladi, maka terbayanglah pencuci mulut yang sangat popular di kampung kami masa kecil-kecil dulu. Maklumlah, hidup sebagai anak tani, memang tak lari dari menyantap hidangan berasaskan ubi, keladi, keledek, jagung, pisang dan sebagainya! Ketika bulan puasa, Bonda tidak ketinggalan menyediakan pengat sebagai pemanis mulut. Sepanjang bulan puasa, memang ada sahaja pengat yang Bonda olah termasuk pengat keladi! Biasanya Bonda...
Sabtu, 8.40 pagi bersamaan 30 September 1995, rasanya baru semalam mendengar tangisan pertamanya dan menatap matanya yang bersinar terang ketika melihat dunia buat pertama kalinya! Masih terbayang, setelah dibersihkan dan diselimut rapi oleh jururawat Hospital Lahad Datu dan diserahkan ke pangkuan, matanya seolah-olah mengucapkan sesuatu walaupun pada ketika itu tiada apa yang terang pada pandangan matanya, namun anak matanya tepat memandang ke mataku...