Ikan Jenahak Masak Tempoyak
6:12 PTG
Cuaca petang ini agak mendung.
Fairuz ikuti latihan rumah sukan di padang. Firdaus kesunyian tak berkawan. Diajaknya Amie tidur! Amie pun apa lagi! Baringlah sama, dan mata pun terlelap. Televisyen menonton kami berdua.
Tiba-tiba tersedar, teringat sedang rendam ikan di sinki. Terus bergegas ke dapur. Oh! Nampaknya ikan sedang elok lembutnya.
Nak masak apa dengan ikan jenahak nan seekor ini?
Seperti biasa, belek-belek resepi di dapur kawan-kawan. Bila terjumpa satu-satu resepi, fikir-fikir dulu ada tak bahan yang nak digunakan? Oh! Rezeki petang nampaknya. Dah sampai ke dapur KASIH ILMAR, terjumpa resepi Ikan Jenahak Masak Tempoyak! Alhamdulillah.....semua bahan yang diperlukan ada. Jom masak.
Nampaknya Encik Suami tak sabar dah nak makan. Kebetulan nasi pun sudah masak. Apalagi! Makanlah kami berdua. Fairuz belum sampai rumah. Firdaus pulak dah kenyang makan kuih! Alhamdulillah. Cukuplah dengan lauk begini. Dah tak fikir nak masak sayur. Kuahnya tu pun dah cukup menyelerakan!
Amie kongsikan resepinya di sini ye Puan Sri Zanita Ramli, tuan punya dapur KASIH ILMAR. Ada ubahsuai sedikit terutama sukatan dan penggunaan kunyit. Puan Sri Zanita Ramli gunakan kunyit hidup dan kunyit serbuk, tapi Amie hanya gunakan kunyit hidup saja memandangkan warnanya pun dah cukup cantik.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan jenahak seberat 700 gram - bersihkan dan potong 4 bahagian
4 sudu besar tempoyak
6-7 tangkai daun kesum
15 biji cili pai merah - Amie gunakan cili padi minyak
3 cm kunyit hidup
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - serai tu kurus, jadi Amie gunakan 3
4 cawan air
garam / gula secukup rasa
Alhamdulillah... semua bahan ada.
Jom kita masak.
Cara:
1. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi hingga hancur. (takut-takut juga tumbuk takut terpercik ke mata...hihihiii!) Tak berapa nak lumat tu.
2. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk, serai dan tempoyak. Kacau hingga sebati dan masak hingga kuah mendidih.
4. Jangan lupa masukkan sekali daun kesum.
5. Kecilkan api dan renih sehingga ikan masak.
Encik Suami tambah nasi dua kali!
Wokeh!
Dah nak masuk waktu Maghrib.
Nak hantar semangkuk Ikan Jenahak Masak Tempoyak ke rumah Puan Sri Zanita Ramli.
Nak ucap terima kasih padanya!
6 comments
Assalam kak amie,
BalasPadamAduh kecur tgk msk tempoyak ni...dah lama xmkn tempoyak..jgn kata nk buat msk,nk mkn ngn sambal pun xde stok.
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamCombination serai.. daun kesum & tempoyak.. sudah pasti satu rumah berbau harum.
Lina,
BalasPadamwaalaikumussalam.... tempoyak buat sendiri ni Lina...jimat2 he he heee sementara menunggu musim durian tiba!
Shansiah,
waalaikumussalam... alhamdulillah...aroma itu turut membangkitkan selera!
Assalam
PadamCari resepi jenahak masak tempoyok. Dptlah resepi ni tapi takde pulak daun kesum
Assalamualaikum Amie. Agak lama juga saya tak kunjung ke sini, almaklum sejak akhir2 ni agak sibuk diri ini. Blog pun dah lama tak update...Terima kasih Amie kerana sudi mencuba resipi dari dapur kasihilmar. Tengok hidangan Amie tu lebih menyelera nampaknya. :D
BalasPadamDh cuba msk dh. Sedap sgt. Mula2 husband kata..mana ade jenahak msk tempoyak paten je msk tempoyak. Bila dh mkn bertmbh2 nasi n lauk. Terima kasih sudi kongsi resepi
BalasPadam