Makan Congkak di Tanah Aina Cafe by Farhana's Oven
3:11 PTG
Makan Congkak?
Huh!
Nak Tahu, teruskan bacaan anda.
Tak tahulah apa istimewanya tempat makan ini...
Aton selalu hantar gambar makanan di sini. Bila berkesempatan singgah sekejap di kampung pada 9 September 2016 lepas, Aton pun ambil juga kesempatan bawa Amie ke situ..... ke tempat makan yang selalu disebut-sebutnya iaitu Tanah Aina Cafe by Farhana's Oven. Kesian jugak pada Aton sebab dari pagi lagi sewaktu temankan dia pilih mozek di Ijok, dia kata harap-harap ada waktu untuk sampai ke Tanah Aina... waktu tu tak terbayang Tanah Aina macamana... kenapa ada perkataan tanah saja yang disebutnya!
Tanah Aina Cafe ini terletak di Wisma Tanah Aina, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu Tiga, Shah Alam, Seksyen-U1. Patutlah dia asyik dok sebut-sebut .... rupanya dekat tempat kerja dia. Katanya dia suka tengok benda-benda comel terhidang dalam piring macam gambar kat atas tu!
Kami sampai di sini dekat masuk waktu Mahgrib. Jadi sempatlah solat di musolla / surau di cafe ini sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA.
Bahagian luar, pintu masuk Tanah Aina Cafe.
Aton teruja nak makan cekodok durian. Katanya, murah tu 3 ketul RM7! Kalau iye puunnn... sabarlah dulu makcik! Tu yang kat bawah tu.... yang dia order congkak tu siapa nak habiskan?
Banyaknya kuih! Ada kuih tradisional, ada desserts.... semuanya comel belaka, dibubuh dalam lubang congkak. Tu pasal menu ini dinamakan Congkak kot! Satu Congkak tu berharga RM38.00. Maaf Ton, aku tak sanggup nak isi perut, setakat seketul dua bolehlah!
5 orang makan satu Congkak macam tak habis nih.... kalau jenis kantung perut kecik aaahhh hihihiiiii! Tapi boleh tapau kalau tak habis...
Ini Nasi Goreng Tanah Aina, Mira punya pesanan. Mira pun tak habis makan. Waktu kami bayar di kaunter, pelayan restoran tanya, nak tapau tak nasi goreng tu.... ya, memang banyak lebihnya. Okeylah... tapau sajalah. Nasi goreng penuh satu lesung batu siap dengan ayam goreng dan aneka aksesorinya tu berharga RM16.00.
Ini Amie punya steak, haaa yang ni dia punya sos lada hitamnya tu memang sedap! Sayur-sayur yang mengiringinya pun rasa enak sekali dengan aromanya yang menggoda. RM35.00.
Inilah yang Aton tunggu-tunggu! Cekodok Durian yang 3 ketul harga RM7 tu.
Tak rugi! Selain saiznya yang besar, rasanya tersangatlah sedap! Nyesal pulak cuit sikit! Aton suruh makan lagi, tapi kita tolak sebab kita nak habiskan steak! Dia suruh Amie tapau bawa ke airport, takut malam nanti rasa lapar sebab terbang pukul 2 pagi.... malaslah nak bawak! Kita suka lenggang kangkung jew..... hiks! Tapi memang serius... sangat sedap! Tak tahu bila ada kesempatan nak merasa lagi. Kalau balik kampung pun bukan semestinya musim durian!
Biskut yang comel ni pun tak tersentuh... Aton tapau jugak!
Ko banyak sangat order laa Ton... perut aku tak muat!
Sempat intai bilik air yang bersih dan cantik di cafe ini. Jarang nampak bilik air secantik ini di kebanyakan restoran kan... itu kata Atonlah, bukan Amie yang kata. Amie tulis jew di sini.
Terima kasih Ton. Entah berapa kali sebut-sebut pasal tanah Aina Cafe, akhirnya sampai juga di sini walaupun masa sangat suntuk. Terima kasih juga sebab hantar ke KLIA malam tu. Nanti ada rezeki dan kesempatan bawak lagi aku ke sini ye, tapi bukannya dalam keadaan kelam-kabut cam hari tu... dalam perjalanan nak ke airport, tiba-tiba ko nyinggah situ. Manalah kita nak konsentarsi di restoran tu sebab asyik teringat janji dengan kawan di KLIA yang menunggu sejak tengahari!
3 comments
saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
BalasPadampengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan
nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
angka yang kemarin di berikan 4D yaitu 6377 TGL 01-09-2016
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat Rp.250.juta
bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri
apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
ini nomor hp -> (-082-370-357-999-) MBAH SERO
demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
atau silahkan buktikan sendiri..
Nampak macam sangat menarik tempat ini!
BalasPadamCongkak da rm 40.... durian goreng rm 15..
BalasPadam