Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!
11:34 PTG
Hari terakhir di Bosnia and Herzegovina...
Kami sempat mencari alas perut di Sebilj, dan makan doner kebab. Di sini (dalam bahasa Turki) disebut Döner Kebap yang bermaksud panggang berpusing. Kebab Turki ini dipanggang secara menegak.
Saiz doner kebap (kebab) ini besarlah juga... berbanding dengan saiz kebab yang kita biasa beli dan makan di pasar malam.
Sebaik sahaja kami memesan doner kebap, pelayan wanita ini segera mengambil dua keping roti dan memasukkannya ke dalam oven yang terletak di bahagian bawah untuk memanaskannya. Beberapa saat kemudian, roti tadi dikeluarkan semula dan belah sedikit, seterusnya dikorek sedikit menjadi poket.
Dengan menggunakan pemotong elektrik, wanita tadi menghiris nipis bahagian luar daging yang disusun seperti bentuk kon itu.
Daging nipis tadi dimasukkan ke dalam roti, dan ditambah dengan pelbagai jenis bahan lain termasuk daun salad, hirisan tomato, bawang besar, dan sebagainya.
Seperti biasa, Lucinda dengan minuman berasaskan limau....
Di sini pun tak ada minuman panas, kena cuci perutlaaa...
Döner Kebap dah sampai.
Saiznya yang besar.... Amie memang tak dapat habiskan sebiji Döner Kebap ni, tapi Amie habiskan juga isinya.... daging dan lain-lain. Cuma roti... sebab tepung yang digunakan merupakan tepung yang tak diproses ringan seperti tepung gandum yang kita biasa gunakan, itu yang buat kita cepat kenyang walaupun hanya makan sedikit!
Rasanya masa berlalu begitu pantas! Tanpa disedari, kami sudah berada di dalam kereta menuju ke lapangan terbang.
Saat akhir itu Feda membawa kami, singgah beberapa minit di atas sebuah kawasan tinggi untuk melihat-lihat kawasan sekitar Sarajevo. Sudah semestinya rasa sangat sayu bila terpandang sekali lagi deretan kubur yang bercampur dengan kuburan mangsa perang.
Dan juga pemandangan yang tidak jelas dek sentiasa berkabus oleh kerana suhu yang dingin.... nun Sungai Miljacka yang telah kami susuri, serta Latin Bridge yang menjadi saksi pembunuhan Putera Mahkota Austria Frantz Ferdinand sehingga tercetusnya Perang Dunia Pertama!
Bila teringat kembali betapa bersungguh-sungguhnya Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri kita membantu sedaya upaya agar negara yang cantik ini pulih seperti sediakala selepas Perang Bosnia 1992-1995.
SARAJEVO 12 Okt. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang menamatkan lawatan ke Sarajevo malam tadi meninggalkan Bosnia-Herzegovina dalam linangan air mata selepas menemui kanak-kanak yang belajar di sebuah sekolah rendah yang dibina daripada derma rakyat Malaysia.
Dalam satu majlis yang mengharukan di sekolah Camil Sijaric di sini, Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dipersembahkan dengan satu koir 700 orang kanak-kanak Bosnia berusia antara 6 hingga 13 tahun di sekolah tersebut.
Mereka menyanyikan kepada Perdana Menteri sebuah lagu sedih tentang kegilaan perang yang liriknya berbunyi:
Jangan biarkan kebodohan perang berlaku
Jangan cetuskan kegilaan sesama manusia
Orang dungu menawarkan khayalan jahat
Menakutkan kita dengan kisah ngeri
Dan meruntuhkan setiap kegembiraan
Jangan biarkan perang terjadi.
Sumber : UTUSAN MALAYSIA 13/10/2000
Sempat bergambar kenangan dengan Feda.
Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Feda masih lagi bercerita tentang negaranya.... tentang sumbangan rakyat Malaysia membantu membina semula negaranya yang lumpuh selepas perang, walaupun di sana sini pembangunan dan perubahan masih belum begitu ketara. Ternyata, perang benar-benar memusnahkan segalanya! Feda sempat menunjukkan sebuah bangunan BOSMAL (Bosnia Malaysia) City Centre, yang merupakan bangunan tertinggi di Balkan. Bangunan ini dibina atas usaha sama negara kita juga. Satu lagi, kata Feda ada sebuah jambatan persahabatan Bosnia -Malaysia, dan juga Masjid Malaysia.
Feda juga sempat menunjukkan tugu peringatan perang kanak-kanak Bosnia yang terbunuh : Boleh klik sini untuk lanjut : MONUMENT TO 1600 SARAJEVO CHILDREN KILLED BY SERBIAN TERRORIST
Cacatan kecil Feda untuk kami: PUNA POZDRAVA IZ SARAJEVO!
Assalamualaikum...kata Feda.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh!
Entri berkaitan:
8 comments
Wah, bertuahnya dapat ke Bosnia. Pengalaman menarik. Wajib baca seluruh cerita kembara Kak Amie ni!
BalasPadamsaya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
Padampengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan
nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
angka yang kemarin di berikan 4D yaitu 6377 TGL 01-09-2016
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat Rp.250.juta
bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri
apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
ini nomor hp -> (-082-370-357-999-) MBAH SERO
demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
atau silahkan buktikan sendiri..
Pojie,
BalasPadamsilakan.
Assalammualaikum, kak, minta izin untuk dikongsikan di Google+ saya, pengalaman akak di Bosnia, memang menakjubkan. Insyallah, suatu hari, saya pun mahu mengembara seperti akak...Insyallah....
BalasPadamKin,
BalasPadamdiizinkan.
bestnya kak mie ke bosnia
BalasPadamsy tetarik dgn keindahan sarajevo ms tgk drama kalau hati ini rama rama
lakonan yana samsudin..
damai tenang sejuk mata memandang
bestnya kak mie ke bosnia
BalasPadamsy tetarik dgn keindahan sarajevo ms tgk drama kalau hati ini rama rama
lakonan yana samsudin..
damai tenang sejuk mata memandang
paduuu kebab nya. sedap!
BalasPadamsakit jantung
penyakit gerd
kencing manis
sakit lutut
supplement ibu mengandung