Walaupun dah mulakan tugas hari ini, sebagai ibu daku tetap mengutamakan isi perut keluarga kecilku... ecewaaaahhhhh! Padahal tengahari tadi perut masuk angin sebab lambat makan dan terpaksalah Encik Suami belikan makanan! He hehheee.... ini gara-gara kisah malam tadi, sepanjang malam Firdaus tak tidur, asyik meragam menyusu badan sampai ke pagi... alasannya sebab giginya dah nak keluar! Bangun pagi terlewat pulak... terus siap bergegas...
Pernah makan sayur pucuk timun Jepun? Entah betul entah tidak namanya begitu.... Amie ikut sajalah seperti apa yang disebut oleh penduduk setempat. Kakak ipar Amie suka beli sayur ini sekiranya melalui Kundasang, jadi dapatlah kami seikat dengan sayur-sayuran yang lain. Biasanya sayur ini ditumis begitu saja tapi kali ini Amie cuba masak lemak pula. Amie bubuh hirisan daging sebagai perencah. Boleh gunakan udang...
Selamat berhujung minggu buat semua.Hari ini Amie menghadiri mesyuarat akhir tahun di sekolah. Minggu hadapan, Isnin pendaftaran Tingkatan 4 diadakan, manakala hari Selasa pula program orientasi Tingkatan 1 pula akan berjalan. Rabu, cuti sempena Tahun Baharu 2014 dan sesi persekolahan dibuka dengan rasminya pada hari Khamis, 2 Januari 2014. Mmmmmm..... kita cerita masak-masak yok! Kalau ada yang perasan akhir-akhir ini masuk saja dapur...
Selalunya kalau nak hidangkan menu Ikan Masak Cuka, Amie gunakan ikan tengiri tapi kali ini Amie gunakan ikan gerut-gerut pula. Anak-anak suka kuahnya yang masam-masam manis ala-ala acar gitu.... Macam-macam cara orang masak ikan bercuka ni. Ada yang bubuh rempah dan sebagainya. Amie gunakan sajalah mana bahan yang ada di dapur. Yang penting ada bahan asasnya seperti cuka dan bawang serta gula. Resepi...
Ini Sup Kepala Ikan yang Amie masak dua hari lepas.Kalau terlepas pandang memang tersimpan sajalah dalam folder sampai bila-bila. Cara masaknya sama saja seperti Sup Ikan Siakap DI SINI, cuma Amie tak bubuh cendawan shiitake & tomato. Masak saja apa yang ada memandangkan waktu itu Firdaus sedang demam dan asyik minta didukung. Bila dah siap masak baru teringat tak ada daun sup... nak minta...
Pagi ini Encik Suami lewat sedikit pergi kerja. Kami berganti-ganti urus Firdaus. Maklumlah.... bila demam begini, manjanya bukan main lagi.Bila Amie ke dapur terbau bawang! Rupanya Encik Suami sedang potong bawang besar. Katanya nak buat nasi goreng. Baru Amie teringat ada lebihan nasi, sebab Fuad & Fairuz tidak makan di rumah malam tadi. Dua-duanya bersama sepupu mereka tidur di rumah kakak ipar. Amie...
Petang kelmarin Encik Suami terus pecut kereta dari Tawau ke Lahad Datu bila kakak ipar telefon bagi tau Firdaus panas badan. Katanya... selepas Amie telefon pada malam Isnin, sejam kemudian Firdaus diam saja, dan kemudian badannya agak hangat. Kami pun rasa tak sedap hati sepanjang perjalanan. Dah bawa ke klinik pukul 8 malam semalam. Doktor kata demam biasa dan bagi ubat demam. Pukul...
Akhirnya... sampailah kami ke Restoran Sri Titingan yang terkenal dengan hidangan makanan lautnya! Sayangnya, kami terpaksa menunggu giliran kerana tidak ada lagi tempat kosong walaupun ruangan makan melimpah keluar sehingga ke jalan! Rupanya... kena tempah lebih awal untuk dapatkan meja. Kali terakhir Amie datang tahun lepas tapi suasananya tidak begini... penuh sesak dengan pelanggan! Jom layan hidangan yang kami pesan... Kami memilih seekor...
Petang tadi dah pakat dengan kawan-kawan nak dinner 'seafood'. Janjinya pukul 7 malam berkumpul di King Park Hotel, memandangkan tempat penginapan kami tidak sama. Amie di Shervinton Hotel, Martha Chia pula di Heritage Hotel. Selesai solat Maghrib, Amie pun bersiap-siap untuk turun ke lobby sebab Martha dah janji tunggu pukul 6.50. Tiba-tiba dapat mesej dari ketua kami: Jam 7.30 malam ya, bukan 7.00....