Assalamualaikum. Moga Jumaat nan redup dan damai ini memberi seribu ketenangan dan keberkatan buat semua. Tengahari tadi Amie sediakan menu ringkas, Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bunga Kantan & Tomato, dengan sayur bening bayam merah. Kiranya menu yang dihidangkan ini tergolong dalam menu ringkas, sihat dan berkhasiat.... almaklumlah, dua tiga hari lepas rasa panas badan semacam gara-gara melantak durian, manggis, rambutan, mangga dan entah...
Assalamualaikum. Petang tadi masak lauk ringkas saja. Ada kepingan ikan tenggiri dan potongan telurnya sekali. Masak rebus-rebus ala singgang tapi Amie bubuh kepingan nanas. Oleh kerana nanas sudah masak, jadi kuranglah rasa masamnya sebaliknya timbul rasa manis tapi sedap saja bila masuk tekak apalagi kuahnya! Hirup kuah yang masih hangat, baru puas hati! Oleh kerana sudah bubuh nanas, Amie tak bubuh asam keping....
Assalamualaikum dan selamat petang. Tanpa banyak bicara dan mukadimah yang panjang lebar, jom basuh tangan, kita baca doa dan santap hidangan di bawah ini. Ada Ikan Sembilang Goreng Berlada, sayur Peria Goreng Hati Ayam dan juga Sup Kaki Ayam. Resepi : Ikan Sembilang Goreng Berlada Olahan : Amie's Little Kitchen Bahan-bahan: 5 keping ikan sembilang - lumur dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian...
Assalamualaikum. Jom sama-sama nikmati Bubur Jagung & Durian. Enak disantap ketika masih panas dan bertambah kelazatannya sesudah disejukkan. Menu begini juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang bertandang ke rumah di waktu petang. Amie telah beberapa kali menyediakan bubur jagung untuk tetamu kami. Tapi sebaiknya pastikan dahulu, jangka masa kehadiran tetamu tersebut. Kalau saudara mara yang berkunjung, tentulah ingin berbual mesra dan...
Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen pada hari Ahad yang redup, mendung tapi menyamankan ini. Terima kasih buat pengikut baru yang bertambah dari hari ke hari. Hari minggu yang dingin ini Amie sediakan menu Nasi Lemak Tumis kerana tertarik dengan resepi yang dipaparkan hasil kunjungan Amie ke rumah Mama Kitchen - Cik Manggis malam tadi. Sebelum memasak nasi lemak, Cik Manggis...
Assalamualaikum. Apa khabar rakan-rakan pengunjung yang disayangi? Selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. nampaknya cuaca agak mendung petang ini. Elok benarlah ambil sebiji bantal dan rebahkan kepala....... he he he sesekali layan mata apa salahnya! Sekali lagi Amie paparkan resepi Udang Kam Heong yang Amie adaptasi dari resepi Ketam Kam Heong hasil air tangan Chef Wan. Namun untuk hari ini, sebenarnya Amie menyediakan...
Assalamualaikum. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untk bersama rakan pengunjung yang tetap setia bertandang ke dapur Amie. Petang ini Amie kongsi satu lagi resepi berasaskan ikan yang mudah dan ringkas tapi menyelerakan. Amie kata 'menyelerakan' sebab setiap kali hidangan ini dijadikan menu antara lauk-pauk di atas meja, memang habis licin ikan dan kuahnya kecuali hirisan lada dan bawang sebab anak-anak tak pandai makan kedua-dua...
Assalamualaikum. Mudah-mudahan hari Jumaat yang penuh keberkatan ini dapat kita penuhi dengan sebaik-baik amalan sejak kita bangun pagi tadi. Alhamdulillah, kita dapat bertemu lagi di dapur Amie. Sementara menunggu Encik Suami dan anak-anak pulang dari menunaikan solat Jumaat, Amie kongsikan salah satu menu hidangan tengahari kami yang serba ringkas ini. Amie sediakan Sambal Petai tetapi Amie tidak gunakan cili kisar sebaliknya Amie hanya...
Assalamualaikum. Dah sarapan pagi? Apa agaknya hidangan untuk alas perut rakan-rakan ye. Pagi ini Amie paparkan Ikan Bayan Masak Asam Pedas, dan ini bukannya menu sarapan pagi kami. Sebenarnya resepi ini Amie tangguhkan paparannya disebabkan masalah album picasa yang telah penuh 2 hari lepas. Maknanya menu ini merupakan menu hidangan tengahari kami 2 hari lepaslah... Resepi masak asam pedas yang Amie gunakan kali...
Assalamualaikum. Petang tadi terjumpa peparu lembu dalam peti sejuk. Peparu ini Encik Suami bawa pulang masa Hari Raya Aidil Adha tempohari. Lamanya.... sampai terlupa nak masak! Akhirnya Amie putuskan untuk rebus kesemuanya dan goreng saja. Tak sempat nak cari resepi peparu goreng, buat sajalah mana yang patut dengan apa sahaja bahan yang ada asalkan boleh diterima tekak. Peparu Goreng Berempah Olahan : Amie's...
Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung yang dihargai. Lama benar rasanya Amie tidak memaparkan hidangan sarapan pagi. Tapi sebelum itu Amie ingin berkongsi satu pengalaman yang sangat berguna buat diri Amie dan juga rakan-rakan blogger yang lain. Kelmarin, semasa Amie hendak memaparkan hidangan tengahari (belum dipaparkan lagi sehingga kini), tiba-tiba Amie menghadapi masalah tidak boleh memuatkan gambar di sebabkan ruangan dalam Album Picasa sudah penuh 1GB....