Belacan

6:50 PTG

Assalamualaikum.
Amie kongsikan menu ringkas yang Amie warisi daripada MIL. Keluarga sebelah Encik Suami memanggilnya BELACAN. Kalau kesuntukan masa atau kurang selera makan biasanya MIL akan mengolah hidangan ini. Dan sebenarnya BELACAN ini bukan hanya dihidangkan untuk keluarga, malahan di tempat kenduri juga adakalanya disediakan. Mungkin ada sesuatu yang istimewa disebalik nama BELACAN itu yang memang terkenal dalam masyarakat Melayu Cocos Lahad Datu.


Resepi : Belacan
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1 tin kecil sardin - toskan sosnya, dan hancurkan isi sardin
1 biji telur 
15 biji cili padi 
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2cm belacan
secubit garam / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih, bawang merah dan belacan hingga lumat di dalam lesung.
2. Masukkan isi sardin bersama secubit garam dan perasa pilihan.
3. Pecahkan telur dan gaul sebati bersama bahan di dalam lesung.
4. Panaskan minyak dan bentuk mengikut acuan sudu atau ikut citarasa untuk menggoreng adunan tadi.
5. Goreng hingga masak.
6. Ketika menghidang, bolehlah perahkan jus limau kasturi di atas BELACAN tadi.


Amie hidangkan BELACAN bersama ulam-ulaman seperti lobak merah dan kacang manis celur. Tidak ketinggalan, Amie gorengkan tauhu, tempe dan juga terung.


Sebagai pelengkap, Amie panggang ikan cencaru. Amie ratah-ratah sahaja lauk-pauk di atas ni... terima kasih MIL, kerana sempat meninggalkan BELACAN yang istimewa ini. Teringat kalau ke kampung, biasanya MIL sediakan BELACAN bersama ikan patin masak asam pedas cara Cocos!

16 comments

  1. Banyak sedap wo...bila la dapat merasa...

    BalasPadam
  2. Kak Amie..uniknya masakan belacan ni..masa mieza tgk tajuk mieza igtkan kak amie buat belacan..rupanya masakan ni dinamakan belacan..mesti sedap gabungan ikan sardin dan telur dan belacan itself...

    Dan asam laksa tu kan...sedap sgt..baru semalam suami mieza dok cakap nak makan laksa...

    BalasPadam
  3. Salam kak amie... jakun je tun baca. hihi... tun pun ingat kak amie wat belacan :)

    BalasPadam
  4. La....ingtkan k.amie buat belacan....rupanya nmanya belacan....mcm sedap plak....:-)

    BalasPadam
  5. Assalam kak amie,memang unik rcp ni.Kalau jdkn lauk mkn ngan ns sesuai x?ke kn wt kudapan cam mkn ikan celup tepung tu?

    BalasPadam
  6. Rahel,
    bila2 jak Rahel...nanti gue hantar ya.... tunggu di Takada!

    Mieza,
    mula-mula dengar BELACAN dari MIL dulu pun kakak ingat belacan apa, bila tengok cara MIL buat, baru faham apa maksudnya.
    Kena buat asam laksa juga dik Mieza weiiii...

    Tun Telani,
    he he hehh orang Cocos dah ada hakcipta namanya BELACAN, jadi kakak ikut namakan BELACAN juga.

    BalasPadam
  7. Asyifa,
    memang sedap Syifa, lagilah makan time perut kosong, dengan sepinggan nasi panas dan lauk berkuah!

    Lina,
    waalaikumussalam....memang dimakan dengan nasi ni Lina. Kalau buat kudapan terasalah macam makan belacan pulak he he heh...

    Faa,
    resepi tinggalan bonda mentua ni...

    BalasPadam
  8. Hahaha tmpt ni mmg belajaq ilmu baru la
    Serious 1st time tahu pasai ni ngeeee

    BalasPadam
  9. Unik namanya, tentu unik juga rasanya, ya Amie. Rupanya, macam beef burger pula.

    BalasPadam
  10. Nampak sedap tu Amie, ummi tak pernah makan lagi. Ummi ni peminat sardin, rasanya boleh je ummi makan belacan ni.

    BalasPadam
  11. Nampak sedap tu Amie, ummi tak pernah makan lagi. Ummi ni peminat sardin, rasanya boleh je ummi makan belacan ni.

    BalasPadam
  12. dh lama x singgah blog kak amie,masalah komputerlah kan...
    ingatkan belacan yg jual kt kedai tu,,eheheh...wah penuh 1 pinggan tu,sedapnyer lau ada depan mata,lagi2 kalau org malas nk msk cam saya nie...

    BalasPadam
  13. ini untungnya berkahwin dengan org yg berbeza budaya... boleh belajar resepi yang tak pernah kita tau kan.. nampak sedap 'belacan' tu amie..

    BalasPadam
  14. Ayu,
    memang banyak benda & ilmu dalam dunia ni ye Ayu he he heh...

    Ayah Temuk,
    memang unik Ayah, rupa beef burger tu Amie yang ubahsuai, rupa asal sebenarnya BELACAN ni macam jemput-jemput @ cekodok.

    Ummiross,
    memang sedap Ummi, boleh bubuh sukatan bahan ikut suka, kalau nak pedas boleh tambah cili padi, kalau tak mahu masin, kurangkan belacan... jangan lupa temannya sudah tentu nasi putih panas & sayur berkuah!

    BalasPadam
  15. Myda,
    betul tu Myda... untuk yang tak tahan lapar tunggu masak lama-lama, bolehlah cuba buat BELACAN ni.

    Madiha,
    alhamdulillah... ada hikmah di sebaliknya, memang banyak perkara Amie belajar dari belah suami.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe