ADSENSE

Selasa, 29 Januari 2013

Asam Laksa

Assalamualaikum.
Jom nikmati Asam Laksa. Sebenarnya ini menu hari Ahad, dan disebabkan 'kematian' talian internet terpaksalah ditunda satu demi satu resepi untuk dikongsi bersama.


Bila disebut Asam Laksa, memang ramai yang suka menikmatinya dan cara penyediaan serta bahan-bahannya pun mudah diperolehi. Cuma, kali ini Amie tidak menemui walau sehelai daun pudina untuk hiasannya. Apa pun, tanpa daun pudina, tidaklah mencacatkan keenakan Asam Laksa ini.


Resepi : Asam Laksa
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan: 
1 kg ikan kembung & 1/2 kg ikan selayang - rebus dan ambil isinya / kisar
2 bungkus laksa kering - rendam hingga lembut - celur
7 keping asam gelugur
10 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan (belah 2)
garam & perasa pilihan

Bahan untuk hiasan laksa:
1 biji timun - potong nipis
1 rumpun daun salad - hiris nipis
4 labu bawang besar - mayang
10 biji telur - rebus, kupas dan belah
1 biji nanas - buang kulit dan ricih-ricih
5 biji lada merah - hiris nipis
limau kasturi - belah dua

Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
1.5cm belacan
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara:
1. Satukan isi ikan dengan air rebusan, bahan kisar dan tambah air mengikut kepekatan yang diingini.
2. Masukkan daun kesum, asam gelugur, bunga kantan dan garam serta perasa.
3. Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar isi ikan tidak berketul.
4. Masak sehingga asam gelugur kembang dan rasanya sebati.
5. Jangan biarkan kuah mendidih terlalu lama di atas api.
6. Hidangkan bersama laksa yang telah direbus dengan bahan hiasan yang lain.



.... dan kami pun makan laksa berkali-kali sampai ke petang!

6 ulasan:

Tina Othman berkata...

kak amie

terliurnya tina tgk, sedapnya, lama tina tak buat sebab kalau buat, mmg kompom tina sorang je yg akan abiskan hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

dulu madihaa kurang gemar asam laksa.. tp bila dah masuk 4 series ni dah mula suka pulak.. hehee... terus kecur tgk asam laksa amie ni...

Gee® berkata...

nakkkk...!!!

whitecappuccino berkata...

nak jugak!!!

Lesung Batu berkata...

tudiaaa...full bowl! hehe..sedapnya aihh!!

ummiross berkata...

Singgah dapur Amie jap sebelum tido, laksa dah abih, tengok gambar pun jadilah, hehe..