Ahad, 30 Disember 2012

Nasi Ayam Panggang Madu

Assalamualaikum.
Selamat petang dan selamat bersantai-santai di hujung minggu. Hari ini tidak ada menu hidangan tengahari yang Amie paparkan sebab gantung periuk. Ada majlis kenduri di kampung. Bagaimana pun Amie kongsikan bersama resepi Ayam Panggang Madu, salah satu resepi yang baru disiarkan dalam Majalah AROMA Edisi Januari 2013. 


Sebelum ini Amie pernah kongsikan resepi  tetapi Amie ubahsuai resepi tersebut untuk siaran Majalah AROMA.


Resepi : Nasi Ayam Panggang Madu
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - rendam selama 10 minit dan kemudian basuh bersih
2 sudu makan stok ayam pekat
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan - siat dan simpulkan
air secukupnya - anggaran 1:1.5 (1 cawan beras = 1.5 cawan air)

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.

Bahan-bahan untuk ayam panggang madu:
3 bahagian peha ayam

Bahan A:
5cm halia - kisar
5 biji bawang putih - kisar
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan lada putih - tumbuk
2 sudu makan minyak bijan
3 sudu makan perahan jus lemon

Bahan B:
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan madu 

Cara:
1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 30 minit. (Lebih lama perap lebih baik)
2. Panggang di dalam oven dengan menggunakan api sederhana panas sehingga masak.
3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B. 
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven, dan keluarkan.
6. Sedia untuk dihidang.


Bahan untuk sos:
3 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 sudu makan perahan jus lemon
garam dan gula

Cara:
1. Kisar kesemua bahan di atas.
2. Biarkan seketika supaya meresap kesemua bahan sebelum dihidangkan.




 Selamat mencuba!

19 ulasan:

mama sara nur berkata...

selamat berhari minggu
best menu k.amie hari ni sgt mabeles hehee

hana berkata...

salam kak... wah tahniahhh.... selera btol nengok nasi ayam panggang akak tuh! nak curik jauh sgttt... hehe

faa.rosli berkata...

akak kalo sepinggan ni kalah harga kenny rogers...sedapnya kak....nyumnyum

Nooriah Abdullah berkata...

wah tahniah Amie menu dah masuk majalah selangkah ke depan dah tu, sbb tu lah akak nak minta sepinggan nasi ayam panggang madu ni heee

Uncle Lee berkata...

Hello Amie, wow, saya suka ni ayam dish, looks sedap best.
Wishing you and family selamat tahun baru, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

laskar pelangi berkata...

wah dapat masuk majalah lagi. tahniah kak!!
mesti tambah nasi ni kalau dapat nasi ayam panggang madu ni...hurmmmm

khairiah khaizu berkata...

sedapnya ayam masak madu, suami saya suka kalo masak nasi ayam madu....dia blh makan sekor ayam tu huhu....

khairiah khaizu berkata...

sedapnya ayam masak madu, suami saya suka kalo masak nasi ayam madu....dia blh makan sekor ayam tu huhu....

Mieza berkata...

Seronol sgt tengok kak amie di magazine...semoga kak amie terus maju...

nasi ayam ni kalau dah masuk mag mesti sedap...nnt mieza nak cuba...terliur tgk peha ayam tu kak...

Kak Nita berkata...

Tahniah kak ,dari bahan2nya tu boleh tau mmg sedaplah nasi ayam tu...

zila norazila berkata...

salam syg kak amie..kita nk cuba yg ayam madu tue pulak..nasi tue dh cuba mmg the best:)

whitecappuccino berkata...

uhuhuh amie...sgt menyelerakan

tun_telani berkata...

Salam kak amie... sedapnyerr nmpk ayam tuu... musim hujan sejuk2 gini mmg sedap makan nasi ayam ngan sup panas2.

ummiross berkata...

Amie cayang..ummi ni tak abih lagi excited sebab masakan Amie tersiar dalam majalah, siap bagitau kat suami lagi, hihi.
Perut tengah lapar ni Amie, rasa nak 'ngap' je ayam tu, dapat peha tu pun jadilah, hehe..

Amie berkata...

Mama Sara Nur,
terima kasih... memang mabeles, jemput!

Hana,
terim kasih Hana... tak apalah Hana, walaupun jauh boleg juga curik2 pandang he he heh

Faa,
bila dah pandai buat ayam panggang ni Faa, memang rasa confident sangat...boleh buat banyak kali, sebab sedap!

Amie berkata...

Kak Nooriah,
terima kasih kak... Kak Noor punya permintaan, 2 pinggan pun boleh kak he he heh

Uncle Lee,
selamat tahun baru 2013 buat Uncle Lee juga...

Lasykar Pelangi,
terima kasih... he he heh tambah ayamnya, tak menambah nasinya hikhikk

Amie berkata...

Khairiah,
wow! Boleh habih sekor ayam! Hebatnya...

Mieza,
kak Amie pun seronok sama Mieza... daripada hobi harian ada juga yang sudi memandang he he heh

Nita,
terima kasih Nita... memang sedap, cubalah!

Amie berkata...

Zila,
salam cayanggg... dipersilakan mencuba menu yang ringkas penyediaannya tu...happy cooking Zila.

Whitecappuccino,
terima kasih WC!

Tun Telani,
memang sedap Tun.. tapi resepi kakak ni tak ada supnya!

Ummiross,
he he hehh...sampaikan salam buat Encik Suami Ummiross... memang rasa seronokkan Ummi, sebab hobi biasa-biasa disunting orang majalah he he hehh

QasehnyaRania berkata...

menarik tgk aym dengan nasi tu kak :)
sedappp kan ;)